Hikayat Nabi Sulaiman dan Burung Enggan Berkicau

Nabi Sulaiman dikenali sebagai raja yang agung pada zamannya. Putra Nabi Dawud itu mendapatkan anugerah dari Allah dengan pengetahuan yang luas, di antaranya mengerti dan bercakap dengan binatang, termasuk dengan burung.

 

Al-Qur’an mengisahkan tentang seekor burung hud-hud yang memberikan laporan kepada Raja Sulaiman tentang seorang penguasa yang menyekutukan Allah SWT, iaitu Ratu Bilqis (keterangan lengkap dalam surat An-Naml).

 

Kisah di atas sebagai pembuka cerita burung lain pada masa Nabi Sulaiman. Dikisahkan dalam Hikaya Shufiyah karangan Muhammad Abu al Yusr Abidin, ada seekor burung yang memiliki kicauan merdu dan tampilan indah telah dibeli oleh seorang lelaki dengan harga seribu dinar. Setelah dibeli, burung itu pun diletakkan dalam sebuah sangkar.

 

Suatu ketika, datanglah seekor burung lain yang bersuara kuat dan bising, sementara si burung dalam sangkar hanya terdiam dan membisu.

 

Melihat kejadian itu, lelaki pemilik burung dalam sangkar itu kesal. Ia kemudian melaporkannya kepada Nabi Sulaiman.

 

“Ok, baiklah, segera bawa ia kepada saya” kata Nabi Sulaiman.

 

Burung tersebut kemudian dihantar kepada Raja Sulaiman.

 

“Bagi pemilikmu ada hak yang harus engkau penuhi. Dia membelimu dengan harga mahal. Akan tetapi, kenapa engkau diam membisu saja tanpa berkicau?” tanya Raja Sulaiman meminta penjelasan si burung.


“Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku hanya menjerit kerana sedih dan rindu dengan kawan-kawanku dan meminta untuk membebaskan dari sangkar dan penjara. Lantas datanglah burung sejenis denganku dan memerintahkanku agar bersabar. Dan dia memaklumkan kepadaku satu perkara, bahawa meminta paksa keluar (اللجاج) hanya akan menambah deritaku. Sementara lelaki itu mengurungku demi suaraku, maka aku pun diam membisu,” jawab si burung.

 

Akhirnya, dengan kebijaksanaannya, Nabi Sulaiman melepaskan si burung dan mengganti harga beli pemiliknya dengan harga asal.

 

Kisah di atas memberikan pelajaran akan betapa pentingnya menjaga harmonisasi makhluk hidup. Keberadaan mereka tidak lain kecuali ayat-ayat Tuhan. Mereka memiliki hak hidup dan berkawan dengan sejenisnya. Bukan sebab materi dan kesenangan pribadi sehingga melupakan harmonisasi alam semula jadi. Disadari atau tidak, keserakahan manusia telah menimbulkan banyak kepunahan bagi haiwan – haiwan dan makhluk hidup. Firman Allah,

 

تسبح له ما في السماوات السبع والأرض ومن فيهن وإن من شيء الا يسبح بحمده ولكن لاتفقهون تسبيحهم إنه كان حليما غفورا (الإسراء : 44)

 

“Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi engkau tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun lagi Maha Pengampun ( QS AL Isra’ : 44).

 

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply