HUKUM GUNA PAKAIAN TIDUR SEMASA SOLAT

Pakailah pakaian yang indah-indah dan bersih ketika mana menunaikan solat kerana kita sedang bertemu dengan Sang Pencipta Yang Maha Kuasa.

solat

Sebagai insan biasa, pastinya perasaan malas sering menghantui diri terutama ketika ingin melakukan ibadat, malah ramai yang mengambil mudah termasuk melaksanakan perintah wajib dariada Allah. Antaranya, bangun pada awal pagi bagi menunaikan solat fardu subuh dianggap berat kepada mereka yang berjaga malam atau terlewat tidur.

Selain ingin terus segera menuanikan ibadat fardu tersebut, ada sebilangan kita yang tidak membersihkan diri terlebih dahulu dan memakai pakaian tidur semasa menunaikan solat subuh. Namun perlu diingatkan bahawa syarat sah solat ada enam perkara antaranya adalah bersihnya badan, tempat solat dan pakaian seseorang yang ingin menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

Selain itu, seseorang itu perlu juga memastikan pakaian mahu digunakan semasa solat adalah bersih daripada segala jenis najis, sekaligus memastikan solat itu sah dan diterima Allah. Perkara itu berdasarkan firman Allah bermaksud: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan”. (al-Muddatthir).

Maka seelok-eloknya, kita pilihlah pakaian terbaik untuk bertemu dengan Allah, pemilik segala alam. Hendak jumpa raja pun kita pakai cantic-cantik, inikan pula hendak bertemu Pencipta kita.

Dipetik dari: Utusan Online 8/7/2019

 

 

Tags:

No Comments

    Leave a reply