HUKUM NADA DERING AL-QURAN DAN AZAN

Mutakhir ini, ramai umat Islam dilihat menggunakan ayat al-Quran, zikir atau azan sebagai tetampan nada dering telefon bimbit. Pada asasnya, ia tidak menjadi kesalahan, malah secara tidak langsung menzahirkan rasa cinta dan usaha seseorang Muslim untuk sentiasa berdampingan dengan al-Quran.

Walaubagaimanapun, ia perlu dilihat kepada tempat dan adab penggunaannya. Sebagai contoh, tempat diberhentikan (waqaf) ayat al-Quran itu ketika menjawab panggilan. Jika tidak, ini sudah tentu menjadikan ayat tersebut tergantug dan tidak menghasilkan maksud sebenar. Perlu berhati-hati menggunakan ayat al-Quran atau zikir dalam telefon bimbit.

Ini berdasarkan dapatan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 telah membincangkan ‘Hukum Penggunaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Dan Laungan Azan Dalam Nada Dering Dan Paparan Skrin Di Dalam Telefon Bimbit’. Muzakarah memutuskan bahawa, pada prinsipnya, Islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat-ayat suci al-Quran dengan syarat:

1. Penggunaannya menepati adab ditetapkan dalam Islam.

2. Digunakan di tempat yang tidak mencemarkan kesucian ayat suci seperti dalam tandas.

Justeru, amalan itu dilihat amat tidak wajar kerana berkemungkinan besar ketika tuan punya telefon bimbit ingin menjawab panggilan tanpa meraikan ayat dan lafaz azan sudah berhenti pada waqaf atau tergantung. Pendapat ini selari dengan beberapa pandangan tokoh ulama masa kini.

telefon

Dipetik Oleh: Utusan Online 8/7/2019

No Comments

    Leave a reply