HUTANG NEGARA DAN PENJELASAN YANG MENGECEWAKAN

Biarpun tidak pernah mendalami bidang ekonomi, tidak bermakna seseorang itu boleh disogokkan dengan pelbagai data yang mengelirukan.

Sejak berakhirnya era pemerintahan Barisan Nasional akibat kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14, minat awam untuk memperkatakan tentang hutang negara meningkat cepat selepas isu tersebut dimanipulasikan secara meluas oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Setiap kali rakyat mendesak dan memperlekehkan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat kerana gagal menunaikan janji, rakyat diberitahu keadaan ekonomi tidak mengizinkan dan negara berhadapan  jumlah hutang yang besar.

hutang dan jaminan kerajaan

Definisi hutang negara turut mengalami pengherotan definisi. Hutang yang dibuat oleh kerajaan dan jaminan kerajaan bagi membolehkan sektor swasta meminjam telah disatukan untuk merasionalkan tindakan melanggar janji. Dalam definisi lama, jumlah hutang negara yang dibuat oleh kerajaan sebelum menyerahkan kuasa kepada Pakatan Harapan ialah RM 686 bilion.

Beberapa hari selepas memasuki urus tadbir negara, Pakatan Harapan memberikan status  bahawa jumlah hutang negara ialah melebihi RM 1.04 trilion. Maka, ramailah rakyat Malaysia tersedak dan gelisah, seolah-olah kerajaan sebelumnya menyembunyikan angka sebenar.

Rakyat ikut percaya. Namun bukan semua rakyat boleh menerima perangkaan tersebut secara mudah dan timbul pelbagai polemik yang besar. Bekas-bekas pemimpin kerajaan mula mempersoalkan asas pengiraan yang dibuat, akhirnya mereka diberikan jawapan bahawa perakauan kreatif telah menjerumuskan satu perspektif baharu, Malaysia memang banyak hutang.

stigma banyak hutang

Stigma banyak hutang itu memberikan impak kepada pasaran saham. Beberapa hari selepas BN melepaskan kuasa memerintah, perniagaan pasaran saham menyaksikan penurunan yang ketara dan  ramai pelabur asing mula menarik diri . Akibatnya, nilai pasaran saham jatuh dan ratusan billion ringgit ‘hilang’.

Ia tidak terhenti setakat itu. Kesannya turut dialami oleh nilai ringgit. Nilai ringgit berbanding dolar telah berubdah dari RM 3.80 berlegar kepada  RM 4.18 hingga RM 4.19. Ia menyebabkan barangan import menjadi lebih mahal, kerana dolar digunakan untuk menentukan harga dan pembayaran pembelian barangan import.

Ketika nilai mata wang turun, sebelum BN dijatuhkan, ramai rakyat Malaysia kecewa kerana nilai Bhat terus meningkat dan beberapa mata wang asing semakin mengukuh. Ada dakwaan bahawa ringgit tidak laku di luar negara. Bagi  RM 100, ia melekat sekitar 750 bhat. Bagi setiap RM 100 pertukaran, kita ‘kehilangan’ 200 hingga 250 bhat. Namun, kejatuhan nilai ringgit tidak juga menghalang rakyat Malaysia melancong dan mengekang kemasukan pendatang tanpa izin.

pekerja dari Afrika

Keadaan itu berlaku untuk beberapa bulan. Tetapi, sejak Pakatan Harapan menggunakan alasan ‘hutang besar’ ia sudah berlanjutan lebih setahun. Beberapa hari lepas, ada cadangan bahawa kerajaan Pakatan Harapan sedia mempertimbangkan kemasukan pekerja dari Afrika.

Ngeri dan menakutkan. Masalah pendatang dari Afrika, pembabitan dengan penipuan internet, masalah jenayah dan berniaga tanpa kebenaran masih belum selesai. Bila pekerja dari Afrika dibawa masuk secara sah, ia bukan sahaja menambahkan bilangan pak hitam, bahkan bakal membawa lebih banyak masalah.

Sebelumnya kita jarang mendengar rakyat Malaysia diserang tibi ataupun kematian akibat campak kerana proses imuninasi yang dilaksanakan oleh kerajaan berkesan. Tetapi, dengan kebanjiran pendatang asing, dari pelbagai negara, penyakit tersebut timbul semula,  kemasukan mereka tanpa perlu melakukan saringan kesihatan.

Kita boleh mengawal pendatang asing secara sah, tetapi, kita gagal mengesan secara total pendatang asing tanpa izin. Banyak ketirisan berlaku, banyak perilaku yang tidak sepatutnya berlaku. Salah guna passport juga menjadi suatu perkara yang membimbangkan. Atas maksud pelancongan, pendatang asing membabitkan diri dalam kancah pelacura.

Lebih mendukacitakan ialah, kesanggupan rakyat tempatan untuk bersengkongkol atau menjadi dalang. Ada yang menipu sudah berkahwin dengan rakyat tempatan, tidak kurang juga berselindung di sebalik bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan.

bukan rakyat tempatan berniaga

Hari ini, apabila kita berada di Chow Kit, sukar melihat orang Melayu berniaga. Apabila kita memasuki pasar basah, wajah Melayu  bukan lagi rakyat tempatan. Mereka mungkin dari Aceh ataupun dari Jawa. Kalau ke Pasar Borong Selayang, yang berniaga di tepi jalan adalah warga Bangladesh ataupun Myanmar dari suku kaum Rohingya.

Kita tidak tahu, apakah suku kaum Rohingya itu benar-benar pelarian UNHCR? Kita juga tidak tahu, Bangladesh yang berniaga itu merupakan pemilik barangan ataupun kuli. Sebabnya, apabila kita tanya mereka menjawab “cari makan” dan tauke sudah keluar.

Siapakah tauke itu? Jika menurut nama yang tertera di paparan lesen, ia adalah rakyat tempatan. Kita sedia maklum, ramai rakyat tempatan mengambil jalan mudah. Menjual atau menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

Lupakan soal warga asing, kita fokuskan mengenai hutang negara. Sebabnya, beberapa hari lalu kita diberitahu bahawa Menteri Kewangan akan mengetuai rombongan ke China. Salah satu tujuannya ialah mengenai Bon Panda. Bulan Mac lalu, telah selesai Bom Samurai, pinjaman mudah dari Jepun dengan kadar faedah rendah bernilai RM 7.3 bilion.

kurangan pendapatan

Sebelum akhir tahun 2018, kerajaan meminta agar Petronas menyalurkan wang sebanyak RM 50 bilion dan royalti minyak sebanyak RM 32 bilion. Nilainya berjumlah RM82 bilion. Kerajaan sebenarnya berhutang dengan Petronas.

Dengan alasan untuk menampung kehilangan pendapatan akibat pemansuhan cukai selama tiga bulan dan  kurangan pendapatan ekoran menukarkan sistem cukai GST kepada SST. Rakyat menjadi sedikit ‘senak’; episod lama  berulang kembali.

Pada zaman 1980-an dan 1990-an, Petronas dipaksa membangunkan pelbagai projek yang tidak perlu, seperti Dayabumi dan KLCC. Atas cita-cita besar dan demi maruah Dr Mahathir (berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau meninggalkan legasi besar).

Petronas juga diminta membantu beberapa entiti kerajaan yang berhadapan masalah. Akibat skandal BMF, Petronas dipaksa bail-out Bank Bumiputra Malaysia. Akibat tersilap percaturan, Petronas diminta bail-out MISC (milik Mirzan Mahathir).

Dayabumi kini seperti projek gajah putih. Tidak ada lagi pejabat-pejabat kerajaan  di situ. Petronas telah berpindah ke KLCC.

Sesekali menjengok Pasar Seni, dengan memanjangkan sedikit langkah, kita akan ketemui penagih di Dayabumi. Mereka berlindung sementara menunggu hujan teduh sebelum kembali turun ke Sungai Gombak dan Sungai Kelang.

Jika kita menaiki komuter di awal pagi dan turun di Stesen KL, kita dapat melihat mereka dari jejantas menghala ke Stesen Bas Klang.

rugi RM 150 bilion

Beberapa hari lalu, akibat salah laku dan rasuah, termasuk 1MDB, Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan telah rugi sebanyak RM 150 bilion. Walaupun tidak mahir dan cekap menganalisis petunjuk ekonomi, sekali-sekali kita boleh juga mencari satu kesimpulan. Apakah ia adalah nilai sebenar secara kumulatif akibat salah laku dan rasuah?

Jika benar angka itu, kita kembali bertanya: berapakah jumlah sebenar kerugian yang diakibatkan oleh salah laku dan rasuah berkaitan 1MDB? Kita tahu, 1MDB telah meminjam sekitar RM 30 atau RM 40 bilion?

Tetapi, khabarnya aset dan pendapatan yang dapat dijana menerusi Bandar Malaysia dan Razak Exchange sekitar RM 140 bilion. Bukankah itu satu petunjuk bahawa 1MDB tidak rugi?

RM 100 lagi adakah membabitkan penjawat awam? Apakah kesemuanya nilai itu adalah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan? Berapakah kerugian di pihak swasta? Apakah kerugian pihak swasta turut ditanggung oleh kerajaan?

Sebelum memerintah dan ketika awal mengambil alih pentadbiran negara, 1MDB dikatakan sebagai projek sakit yang sedang nazak. Nazaknya kerana aset yang dimiliki oleh 1MDB adalah lebih rendah daripada jumlah hutang.

Ah! Nampaknya 1MDB benar-benar menjadi sasaran dan kambing hitam. Akibat ditembak, BN penasaran dan kini, UMNO sedang “dibakar” akibat penyaluran “wang yang dicuri” bersumberkan  1MDB.

desakan haramkan UMNO

Rakyat semakin celik dan bijak membuat interpretasi akibat kenyataan politik yang semakin hari semakin bercanggah. Najib semakin mendapat perhatian semula kerana dakwaan terhadapnya lambat lagi selesai manakala senarai pertuduhan tidak mengaitkan langsung dengan 1MDB.

Menurut Nancy Shukri, rakyat Sarawak mengharapkan Najib kembali berkuasa. Nah! Rentak terbaharu ialah mengaitkan salah laku dengan UMNO. Ada gurauan sinis memohon agar Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengharamkan UMNO. Kita tunggu apa keputusan ROS.

UMNO didesak supaya diharamkan kerana kerjasama bersama PAS semakin utuh dan memasuki fasa yang lebih serius. Kerjasama itu dilihat dapat mencabar prestasi politik PPBM dan boleh menggugat kelangsungannya pada PRU ke-15. Tetapi, dengan mengharamkan UMNO, parti itu akan mendapat simpati yang lebih besar.

Semasa PPBM belum tersusun, UMNO tidak menggunakan kuasanya untuk membatalkan PPBM walaupun tidak melaksanakan mesyuarat agung sebagaimana ditetapkan oleh perlembagaan parti. ROS hanya menangguhkan keputusan pendaftaran Pakatan Harapan dan SPR tidak membenarkan logo PPBM digunakan dalam PRU ke-14.

Begitu juga ketika DAP berhadapan dengan isu integriti dalam pemilihannya. Akibat ‘computer glitch’ dan aduan ahli-ahlinya sendiri, DAP tidak dibatalkan pendaftarannya dan dibenarkan untuk bertanding dalam PRU ke-13. PAS pernah memberikan kebenaran menggunakan logo parti itu kerana percaya dengan konsep PAS untuk Semua dan Negara Berkebajikan.

meminjam lagi

Bekas Perdana Menteri hari ini (Free Malaysia Today, 29 Jun 2019) mencabar Lim Guan Eng untuk ‘membuktikan saya salah’ apabila hutang negara secara rasminya meningkat kepada RM 797.4 bilion. Memetik  siaran laman web Bank Negara Malaysia, Najib berkata, “kerajaan menerbitkan bon sukuk untuk meminjam lagi sebanyak RM 4 bilion semalam dengan bayaran balik pada 2039”.

Bagi tempoh enam bulan (2019), kerajaan dilaporkan telah meminjam RM 67 bilion bon sukuk tempatan. Kini, jumlah hutang adalah RM 797.4 dan menjelang bulan depan, Najib  yakin ianya akan mencecah RM 800 bilion.

Sejak PH mengambil alih pentadbiran, hutang rasmi negara telah meningkat sebanyak RM 100 bilion, iaitu purata setiap bulan meminjam sebanyak RM 5.7 bilion (RM 100 bilion dibahagikan 14 bulan). Setiap hari, secara statistiknya kerajaan berhutang RM 190 juta. Sesuatu yang amat mengejutkan, tetapi Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak akan bangkrap.

Pada tahun 2016, ada pihak meramalkan Malaysia akan bangkrap dan ramalan tersebut disangkal oleh Najib sebagai ‘sekadar serangan politik’. Asasnya ialah badan penarafan antarabangsa memberikan ekonomi Malaysia tidak berada dalam keadaan krisis.

Lebih menyakitkan ialah apabila beberapa orang penasihat Lim Guan Eng memberikan pandangan bahawa penurunan penarafan pihak antarabangsa mengenai ekonomi Malaysia kurang tepat dan betul.

Inilah yang berlaku sekarang, sedangkan pemimpin-pemimpin PH turut menggunakan data yang dikeluarkan oleh badan penarafan antarabangsa untuk menyerang Malaysia ketika berkempen. Mereka lebih gemar menggunakan data secara selektif demi menjayakan propagandanya.

Diulang-ulangkan mengenai kegagalan pencapaian pelajar Malaysia dalam TIMMS dan PISA. Begitu  indeks kebebasan dan persepsi rasuah. Kini, setelah berkuasa, keputusan TIMMS dan PISA tidak lagi menjadi sasaran tetapi terus mempertikaikan indeks penarafan kredit oleh badan antarabangsa .

benar-benar RM 1 trilion

Menurut Najib lagi, tahun 2017 kerajaan meminjam RM 113.9 bilion dan membayar balik RM 73.2 bilion. Baki hutang ialah RM 40.8 bilion sedangkan 2018 Kerajaan PH berhutang RM 114.8 bilion dan hanya membayar balik RM 63.8 bilion. Hutang tahun 2018 ialah RM 63.8 bilion.

Dalam tempoh enam bulan 2019, kerajaan meminjam RM 74.3 bilion dan membayar balik RM 17.7 bilion. Bakinya sebanyak RM 58.6 bilion. Ertinya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Kerajaan PH berhutang sebanyak baki pinjaman yang belum dibayar balik.

Jika dimasukkan RM 82 bilion daripada Petronas, hutang untuk setengah sahaja mencecah RM 140 bilion . Sebab itulah Najib yakin, hutang rasmi negara menjadi RM 1 trilion menjelang 2020.

Saya pernah menyebut angka RM 1 trilion hutang adalah nilai ambang yang dianggap boleh diterima oleh rakyat Malaysia, dan kerana itulah sejak awal-awal lagi Kerajaan menggembar-gemburkan ‘hutang yang banyak dan dahsyat’.

Tujuannya ialah ‘conditioning ’ pemikiran rakyat Malaysia agar tidak terkejut apabila ia benar-benar mencecah RM 1 trilion. Inilah teknik propaganda yang sudah dan akan terus dilakukan demi menggambarkan betapa buruknya kerajaan sebelumnya. Juga sebagai alasan untuk mengetepikan sebahagian daripada 244 inisiatif yang terkandung dalam Buku Pakatan Harapan.

Kita turut diberitahu bahawa sebanyak RM 6.2 bilion diperlukan untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya mulai 1 Januari 2020. Lim Guan Eng berkata, pengambilalihan itu tidak akan menggunakan wang kerajaan, tetapi melalui penerbitan bon, yang kemudiannya akan dibayar balik menerusi kutipan caj kesesakan.

Kerajaan akan menjimatkan RM 5.3 bilion kerana tidak perlu membayar pampasan jika kenaikan kadar tol tidak diluluskan. Pengguna secara kumulatifnya dapat berjimat RM 180 juta setahun (percuma  lewat malam dan diskaun 30 peratus di luar waktu puncak).

Sebenarnya rakyat tidak lagi terkesima dengan pengumuman baharu itu. Rakyat Malaysia akan  berbangga sekiranya Lim Guan Eng bercakap secara jujur, berapakah sebenar hutang rasmi negara sejak PH memerintah. Berapakah jumlah hutang rasmi negara telah bertambah.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan menambahkan jumlah hutang sedangkan rakyat diminta untuk ‘mengikat perut’ selama tiga tahun. Kerajaan bekerja keras untuk mengurangkan  hutang. Hutang yang manakah mahu dikurangkan? Hutang baharu atau hutang lama?

Bom jangka

Berdasarkan pengamatan awam, hutang tidak berjaya dikurangkan. Bahkan semakin bertambah. Kenapa perlu berunding untuk Bon Panda? Tidak cukupkah dengan Bon Samurai dan duit daripada Petronas?

Selepas Bon Panda apa lagi bon yang hendak dilakukan? Apakah selepas ini ada ‘bom jangka’ yang akan menyusul dan Malaysia kekal dengan ‘hutang yang banyak?”. Jika hutang boleh menyebabkan BN tersungkur, hutang juga boleh mengakibatkan PH penasaran. Ia tetap akan menjadi isu besar yang sukar ditangkis lagi. Statistik telah membangkitkan emosi dan rasa mual.

 

Monosin Sobri

 

No Comments

    Leave a reply