IDOLA PARA MUJAHID MUDA

“Ratusan tulisan dan pidatonya mampu menghidupkan ruh baru dalam diri ummat. Seolah-olah beliau dipilih Allah s.w.t untuk menegakkan kembali kewajiban yang telah dilupakan sebagian besar umat Islam, iaitu jihad.” Demikian komentar Dr. Dahba Zahely, cendekiawan Muslim Malaysia tentang Dr. Abdullah Azzam. Komentar senada juga datang dari cendekiawan dan ulama dari pelbagai negara.

Sesungguhnya, Abdullah Azzam bukan hanya peribadi mujahid di atas kertas dan podium, tetapi juga seorang mujahid yang gagah berani di medan tempur. Beliau lahir dan besar di tanah yang peuh konflik, Palestin. Sejak kecil beliau sudah dikenal sebagai anak yang pintar dan tegas. Sebelum usia akil baligh, beliau sudah bergabung dengan Ikwanul Muslimin. Pada usia 20-an, bersama para pemuda Palestin, beliau sudah berani melawan Israel yang memiliki persenjataan canggih. Keterlibatannya secara langsung bertempur melawan zionis Israel, membangitkan semangatnya untuk belajar pelbagai hal tentang peperangan.

Tidak hanya melawan Israel, tokoh kelahiran tahun l941 ini juga bertempur membantu pejuang Mujahiddin Afghanistan ketika mengusir tentera Soviet Union. Itu dilakukan setelah beliau menyelesaikan program doktor di Universiti Al Azhar, Mesir. Mulanya beliau mengajar di Universiti Islam Antarbangsa di Islamabad, Pakistan. Tetapi bau harum darah para syuhada Mujahiddin begitu kuat menggodanya. Akhirnya beliau memutuskan untuk bergabung dengan para pejuang Mujahiddin yang menentang Tentera Merah. Beliau banyak belajar tentang jihad daripada para tokoh Mujahidin. Dan juga sebaliknya, para tokoh Mujahidin juga banyak belajar daripadanya. Abdullah Azzam menjadi seorang yang disegani di arena jihad Afghanistan, di samping para pemimpin Afghan sendiri.

Pada tahun 1980 beliau pindah ke Peshawar. Di sana beliau mendirikan Baitul Anshar, sebuah lembaga yang menghimpun bantuan untuk para mujahid Afghan. Beliau juga menerbitkan sebuah media Ummah Islam. Menerusi majalah inilah beliau membangkitkan kesedaran ummah tentang jihad. Katanya, jihad di Afghan adalah tuntutan Islam dan menjadi tanggungjawab umat Islam di seluruh dunia. Seruannya itu tidak sia-sia. Jihad di Afghan berubah menjadi jihad sejagat yang diikuti oleh seluruh umat Islam di pelosok dunia. Pemuda-pemuda Islam dari seluruh dunia yang terpanggil oleh fatwa-fatwa Abdullah Azzam, bergabung dengan para mujahidin Afghan.

Jihad di Afghanistan telah menjadikan Abdullah Azzam sebagai tokoh pergerakan jihad zaman ini. Beliau menjadi idola para mujahid muda. Peranannya mengubah pemikiran umat Islam akan peri pentingnya jihad di Afghanistan telah membuahkan hasil yang sangat mengagumkan. Soviet Union sebagai kuasa besar telah ‘dihantar pulang’ dengan rasa malu, kerana tidak berjaya menduduki Afghanistan.

Abdullah Azzam telah berjaya meletakkan keududkan jihad di hati kaum Muslimin. Penghargaannya terhadap jihad sangat besar. “Aku rasa seperti baru berusia 9 tahun, 7 setengah tahun jihad di Afghan, satu setengah tahun jihad di Palestin dan tahun-tahun yang selebihnya tidak bernilai apa-apa,” katanya pada suatu ketika. Beliau juga mengajak keluarganya memahami dan memiliki semangat yang sama dengan dirinya. Isterinya menjadi pengasuh anak-anak yatim dan pekerja sosial di Afghanistan.

Komitmen Abdullah Azzam terhadap Islam sangat tinggi. Jihad sudah menjadi falsafah hidupnya. Hingga akhir hayatnya, beliau tetap menolak tawaran mengajar di beberapa universiti. Beliau berjanji terus berjihad hingga titisan darah penghabisan. Mati sebagai mujahid itulah cita-citanya. Wajar kalau kemudian pada masa hidupnya beliaulah tokoh rujukan umat dalam hal jihad. Fatwa-fatwanya tentang jihad selalu dinanti-nantikan kaum Muslimin.

Tentu saja komitmen yang begitu besar itu telah menimbulkan keresahan di kalangan musuh-musuh Islam. Beberapa kali Abdullah Azzam menerima dugaan pembunuhan. Sampai akhirnya pada Jumaat, 24 November 1989. Tiga buah bom yang sengaja dipasang di lorong yang biasa dilalui Abdullah Azzam, meletup ketika beliau meletakkan keretanya untuk bersembahyang Jumaat. Abdullah bersama dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, meninggal dunia di situ juga. Kereta Abdullah Azzam hancur. Anaknya, Ibrahim, tercampak sejauh100 meter; begitu juga dengan lainnya. Tubuh mereka juga hancur. Namun keanehan terjadi kepada Sheikh Abdullah Azzam. Tubuhnya masih utuh bersandar pada sebuah tembok. Hanya sedikit darah yang mengalir dari bibirnya.

Kini Abadullah Azzam memang telah pulang ke rahmatullah, tetapi fatwa-fatwanya tetap hidup sepanjang masa. Cubalah renungi fatwanya yang berikut ini:

“Wahai anak-anak Islam! Biasakanlah dirimu dengan kebisingan bom-bom, peluru mortar dan pekikan senapang dan tank. Jauhilah kemewahan.”

“Wahai kaum Muslimin, berimanlah dengan apa yang diimani oleh generasi pertama umat Islam, amalkan kebaikan, baca dan hafalkan al-Quran. Berhati-hatilah dengan apa yang kamu katakan. Bersolatlah pada malam hari, amalkan puasa sunat, carilah kawan pergaulan yang baik dan ikutlah dalam pergerakan Islam.”

“Ketahuilah bahawa pemimpin pergerakan tidak mempunyai kuasa ke atas kamu untuk menghalangi kamu berjihad, atau mencegah kamu meninggalkan jihad demi menyebarkan dakwah, lantas menjauhkan kamu daripada medan perang… Jangan sekali-kali meminta benar atau tidaknya (lagi) kepada siapapun tentang jihad, sebab kebenarannya sudah pasti.”

“Jihad tidak boleh ditinggalkan, kerana Allah sendiri mengatakan bahawa jihad itu ibadah. Orang yang istiqamah berjihad diangkat tinggi darjatnya oleh Allah. Jihad adalah membebaskan manusia daripada penindasan. Jihad itu melindungi martabat kita dan memperbaiki dunia. Jihad adalah jalan kemuliaan yang kekal.”

Catatan: Ibnu Khaldun

No Comments

    Leave a reply