IJTIMAK UMAT ISLAM

Seri Petaling – Perhimpunan yang berlangsung selama tiga hari ini adalah siri pertama dari dua siri yang telah dirancang. Siri pertama bermula 1 April dan tamat pada 3 April. Manakala siri kedua untuk kawasan Kuala Lumpur  dan Selangor akan diadakan pada 1-2 Mei nanti. Kedua-dua siri Ijtimak ini diadakan di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Tujuan utama:
1. Untuk kesatuan ummah secara praktikal

2. Untuk menyatukan ummah dalam menegakkan kalimah Allah dengan menjadikan 6 sifat para Sahabat sebagai panduan Islah

3. Untuk menggerakkan ummah secara praktikal bagi gerakan mengimarahkan masjid 24 jam setiap hari sebagaimana Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah saw melalui 4 amalan masjid: dakwah, mengajar dan belajar, ibadat khusus dan khidmat.

4. Memahamkan ummah betapa perlu untuk mereka bergerak bagi tujuan islah diri dan ummah

Anggaran kehadiran ijtimak #1 KL&Selangorr = 10,000 hadirin

JEMAAH YANG DIBENTUK DAN DIKELUARKAN DARI IJTIMAK KL
1-3 April 2016
4 bulan Negara Jauh = 4 jemaah
Colombia, Peru, USA, Australia

4 bulan Negara Jiran = 2 jemaah

4 bulan IPB = 8 jemaah

2 bulan Masturat Negara Jauh = 1 jemaah

40 hari Negara Jiran = 2 jemaah
40 hari Jalan Kaki = 3 jemaah

40 hari Sabah Sarawak = 4 jemaah
40 hari Dalam Negeri = 22 jemaah

Jumlah = 46 jemaah

Disediakan oleh:

Hj Abu Bakar
Jemaah Tasykil Markaz Seri Petaling,
Kuala Lumpur, Malaysia.

#TANWIR – Dakwah untuk semua.

Artikel berkaitan : Dakwah jamaah tabligh

1 Comment
  1. Reply Sang Faqir April 4, 2016 at 7:32 am

    الحمد الله رب العالمين

Leave a reply