Iktibar Isra’ Mi’raj

Setiap bulan Rajab, kaum Muslimin memperingati peristiwa luar biasa sekaligus mukjizat teragung, iaitu Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Jumhur ulama bersepakat bahawa perjalanan itu dilakukan oleh Nabi SAW dengan jasad dan ruh.

Isra adalah perjalanan Nabi SAW dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsha (di al-Quds, Palestina).Mi’raj adalah kenaikan Nabi SAW menembus lapisan langit tertinggi sampai batas yang tidak dapat dijangkau oleh ilmu semua makhluk. Semua itu ditempuh dalam waktu semalam.

Peristiwa Isra Mi’raj terjadi pada tahun ke-10 dari Nubuwah, ini pendapat al-Manshurfury. Menurut riwayat Ibnu Sa’d di dalam Thabaqat-nya, peristiwa ini terjadi 18 bulan sebelum hijrah.

Peristiwa ini bertujuan untuk menenangkan perasaan Nabi SAW; sebagai nikmat besar yang dilimpahkan kepadanya. Lalu, agar Nabi SAW merasakan langsung adanya pengawasan dan perlindungan Allah SWT, kerana sebelumnya Nabi mengalami kesulitan dan penderitaan dalam menjalankan dakwah dan kehilangan orang-orang yang sangat dicintai, iaitu Abu Thalib dan isteri tercintanya Khadijah binti Khuwailid; untuk menunjukkan pada dunia bahawa Nabi SAW merupakan Nabi yang teristimewa; untuk menunjukkan keagungan Allah (QS al-Isra’ [17]: 1, QS al-An’am [6]: 75, dan QS Thaha [20]: 23); dan untuk menguji keimanan umat manusia.

Mengapa perjalanan Isra Mi’raj dimulai dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha? Peristiwa ini memberikan isyarat bahawa kaum Muslimin di setiap tempat danmasa harus menjaga dan melindungi Rumah Suci (Baitul Maqdis) dari keserakahan musuh Islam.

Hal ini juga mengingatkan kaum Muslimin zaman sekarang agar tidak takut dan menyerah menghadapi kaum Yahudi yang selalu menodai dan merampas Rumah Suci. Dalam perjalanan Isra Mi’raj, Nabi SAW dipertemukan dengan para nabi terdahulu. Perkara ini merupakan bukti nyata adanya ikatan yang kuat antara Nabi SAW dan nabi-nabi terdahulu.

Nabi SAW bersabda, perumpamaan aku dengan nabi sebe lumku ialah seperti seorang lelaki yang membina sebuah ba ngunan, kemudian ia memperindah dan mempercantik bangunan tersebut, kecuali satu tempat batu di salah satu sudutnya.

Ketika orang-orang mengelilinya, mereka kagum dan berkata, Amboi indahnya, jika batu batu ini diletakkan? Akulah batu bata itu, dan aku adalah penutup para nabi. (HR Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis sahih diriwayatkan, Nabi SAW mengimami para nabi dan rasul terdahulu dalam salat jamaah dua rakaat di Masjidil Aqsha.

Kisah ini menunjukkan pengiktirafan bahawa Islam adalah agama Allah terakhir yang diamanahkan kepada manusia. Agama yang mencapai kesempurnaannya di tangan Nabi SAW.

Pilihan Nabi SAW terhadap minuman susu, ketika Jibril menawarkan dua jenis minuman, susu dan khamr, merupakan isyarat secara simbolik bahawa Islam adalah agama fitrah. Yakni, agama yang akidah dan seluruh hukumnya sesuai dengan tuntunan fitrah manusia. Di dalam Islam, tidak ada sesuatu pun yang bertentangan dengan sifat tabii manusia.

Perjalanan Isra Mi’raj dalam rangka menerima perintah salat dari Allah, tanpa melalui perantara. Hal ini menunjukkan pentingnya salat bagi kaum Muslimin. Salat yang dilakukan akan dapat mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih bermakna. Jika pelajaran Isra Mi’raj ini dapat diimplementasikan dalam kehidupan, dapat membawa perubahan kehidupan menjadi lebih baik. (republika.co.id)

 

No Comments

    Leave a reply