IKTIBAR KEJATUHAN KERAJAAN BESAR

Semua ahli-ahli UMNO perlu menerima hakikat kekalahan yang dialami dlm PRU 14 minggu lepas. Begitu juga dengan UMNO sendiri untuk menjadi sebuah parti politik yang terus relevan dimata rakyat ahli-ahlinya perlu muhasabah diri masing-masing akibat kegagalan itu. UMNO juga harus belajar dan meneliti daripada kesilapan sejarah kegemilangan Islam di Andalusia, yang walaupun pernah menjadi sebuah kerajaan yang berpengaruh dan kuat selama hampir 800 tahun, akhirnya tumbang dengan mudah dibelasah oleh ketumbukan askar Kristian.

Analisis yang dibuat oleh seorang pakar sejarah berdasarkan sumber berbahasa Arab, Prof. Dr. Raghib as-Sirjani, Bangkit dan Runtuhnya Andalusia: Jejak Kejayaan Peradaban Islam di Sepanyol (edisi terjemahan bahasa Indonesia, 2013) begitu menarik untuk dijadikan teladan kerana beliau menyulaminya dengan apa yang telah digambarkan oleh Allah SWT dalam wahyu-Nya terhadap hakikat manusia apabila lupa diri ketika di puncak kuasa.

UMNO juga masih belum mampu menyingkirkan zon selesa sebahagian daripada pemimpinnya, yang bermati-matian mahu mempertahankan kedudukannya walaupun secara realitinya sudah tidak lagi boleh diterima oleh sebahagian besar ahlinya.Ini jugalah faktur yang menyebabakan kekalahan yg besar menimpa Barisan nasional.

Persoalan tidak meletakkan ilmu di atas segala-galanya itulah juga menyebabkan mutiara keagungan Islam pada zaman silam mudah dihancurkan, kerana musuh-musuh Islam mencari kelemahan berdasarkan kerangka ilmu yang dibina berdasarkan semangat dan nilai mereka.

Itulah sebabnya, apabila hak dan kebebasan sudah dijadikan falsafah perjuangan, maka di situlah pula akan menjadikan nilai agama semakin berantakan, atau dianggap terlalu berkiblatkan dunia. Itulah sebenarnya yang terkandung dalam konsep semangat zaman atau zeitgeist, yang boleh dianggap sebagai trendy atau popular, tetapi tidak disusuli dengan nilai-nilai agama, moral dan budaya.

Andalusia yang mula didirikan sekitar tahun 711 oleh Tariq bin Ziyad, cukup banyak menyumbangkan proses peradaban tinggi sehingga melahirkan ramai pelopor dunia keintelektualan Islam yang bukan sahaja bersifat semasa, bahkan mendahulu zaman.

Bagaimanapun, setiap daripada mereka mempunyai tahap keimanan yang tinggi, kerana mereka bermula dengan memahami isi kandungan al-Quran, dan bukannya sebahagian daripada peradaban moden, lebih menguasai ilmu pengetahuan tetapi gagal menguasai kandungan al-Quran.

Nama-nama besar seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu al-Khatib, Ibu al-Firnas, Ibnu Khaldun dan Ibnu Batutah lahir semasa kegemilangan empayar Islam di Andalusia. Setelah empayar itu jatuh, dan diperintah oleh Ratu Isabella dan Raja Ferdinand pada 6 Januari 1492, jumlah penduduk Islam menjadi semakin mengecil dan kini dianggap sebagai kumpulan marginal.

Kenapakah perkara itu berlaku? Ialah kerana kegagalan umat Islam sendiri untuk membina benteng dan kekuatan ummah semasa berkuasa, lebih mengutamakan kepentingan material.

Pada tahun 1609, Raja Philips III yang memerintah menguatkuasakan satu Titah Diraja dengan memberi kata putus kepada pemeluk Islam (dianggarkan berjumlah 350,000 orang), sama ada bersedia menerima pembersihan etnik dan dihalau keluar dari Sepanyol atau menukarkan agama kepada Kristian. Mereka yang enggan menukarkan agama dibunuh dan disiksa manakala wanita pula dirogol.

Itulah hakikat yang wajar menjadi daya bertindak UMNO atau mana parti Islam yang berkuasa kalau tidak mahukan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia menerima nasib yang sama sebagaimana terjadinya ke atas umat Islam di Sepanyol selepas ratusan tahun ditewaskan oleh pemerintahan Kristian.

Sejarah kejatuhan Islam di Andalusia sepatutnya dijadikan amaran awal yang besar kepada UMNO kalau mahu melihat parti itu benar-benar berjaya melakarkan peradaban besar pada masa depan dan meneruskan kelangsungannya.

Ingatlah, fakta sejarah akibat kerakusan memikirkan kuasa menyebabkan rakyat mula meluat dan bakal mencari jalan bagaimana menjatuhkan orang yang berkuasa.

Catatan Ibnu Atta

No Comments

    Leave a reply