Ini Cara Mengenali Hadis Daif

Dalam membaca kitab hadis, sering kali kita menemukan beberapa istilah. Salah satunya adalah hadis daif. Lalu apa sebenarnya hadis daif tersebut? Dalam kesempatan kali ini, kami akan membahas hadis daif.

Pengertian hadis daif secara bahasa ialah lawan kata dari “qawiyun” (kuat) iaitu lemah. Lemah yang dimaksud dalam konteks ini adalah lemah yang ma’nawy. Menurut Mahmud Thahan dalam Taisyiru Muthalahil Hadits, lemah itu ada dua; iaitu lemah hissiy dan ma’nawy.

Secara istilah, seperti yang disampaikan Ibnus Shalah yang dipetik oleh Imam As-Suyuthi dalam Tadribur Rawi adalah ma lam yajma’ sifat as-shahih wal hasan, iaitu yang tidak terkumpul sifat-sifat sahih dan sifat-sifat hasan.

Bagaimanapun, definisi ini dikritik oleh Ibnu Daqiq. Menurutnya, memadai menggunakan istilah hadis daif dengan hanya menyebutkan yang kedua sebagaimana ungkapan Ibnus Shalah (ma lam yajma’ sifat hasan).

Pendapat Ibnu Daqiq ini disetujui oleh Imam Al-Bayquni dalam bait syairnya yang menyebutkan:

وكل ما عن رتبة الحسن قصر # وهو الضاعف وهو أقسما كثر

Dengan kata lain, tidak jauh berbeza dengan pendapat Ibnu Daqiq akan tetapi Al-Bayquni menjelaskan bahawa yang dimaksud kehilangan syarat-syarat hasan adalah terbahagi menjadi beberapa bahagian, iaitu hilang syarat hadis hasan.

Hadits daif juga memiliki sifat-sifat yang berbeza bergantung kepada tingkatan daif sama ada dari segi riwayatnya dan kelemahannya iaitu daif, daif jiddan, al-wahiy, mungkar dan yang paling rendah adalah maudu’.

Di bawah ini adalah contoh hadis daif yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari jalur sanad Hakim Al-Astram, yang di-jarh atau diberi status daif oleh para ulama.

من أتي حائضا أو إمرأة أو كاهنا فقد كفر بما أنزل علي محمد

Ertinya, “Barangsiapa yang mendatangi seorang haid, atau perempuan atau seorang dukun, maka ia telah kufur atas hal yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.”

Setelah meriwayatkan hadis di atas, Imam At-Tirmidzi pun menjelaskan lebih rinci dalam syarahnya bahawa ia tidak mengetahui hadits tersebut kecuali dari sanad Hakim Al-Astram dari Abi Tamimah Al-Hujaimy dari Abi Hurairah. Bahkan Imam Bukhari pun mengatakan bahawa hadis ini daif dari segi sanadnya. Hal ini memang terbukti kerana dalam sanadnya terdapat nama Hakim Al-Atsram yang telah didaifkan oleh para ulama.

Lalu bagaimana caranya kita mengetahui bahawa seorang rawi tersebut daif atau tidak. Pertama, meneliti apakah semua perawi memiliki riwayat yang tersambung, yakni dengan cara meneliti riwayat guru-murid dari kitab tarajum seperti Tadzhibul Kamal karya Al-Mizi atau Lisanul Mizan karya Ibnu Hajar dan lain sebagainya.

Kedua, mencari apakah perawi tersebut adil dan dabit atau tidak, dengan melihat kritik dari para ulama terhadap para rawi tersebut, apakah ia orang yang tsiqah (terpercaya), katsirul khata’ (banyak salah), daif (lemah) dan lain sebagainya. Ketiga, meneliti apakah terdapat illat, iaitu secara zahir terlihat sahih tapi ketika diteliti kembali banyak pertentangan. Salah satu ulama yang ahli dalam ilmu ini adalah Imam At-Tirmidzi. Keempat, membandingkan dengan periwayatan rawi yang lebih tsiqah, apakah terjadi perbezaan matan atau tidak. Jika berbeza maka periwayatan perawi yang lebih tsiqah tersebut yang lebih dipilih (mahfudz), sedangkan periwayatan rawi yang kurang tsiqah disebut syadz.

Lalu bagaimana selanjutnya ketika sudah diketahui bahawa hadis tersebut daif. Para ulama berbeza pendapat mengenai hadis daif ini.

Ajaj Al-Khatib dalam Ushul Hadits menjelaskan tiga perbezaan pendapat berkaitan status kehujahan hadis daif.

Pendapat pertama, hadis daif tersebut dapat diamalkan secara mutlak, yakni baik yang berkaitan dengan masalah halal, haram, mahupun kewajipan, dengan syarat tidak ada hadis lain yang menerangkannya. Pendapat ini disampaikan oleh beberapa imam, iaitu Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Daud dan sebagainya.

Pendapat kedua, dibenarkan mengamalkan hadis daif dalam fadhailul amal, baik yang berkaitan dengan hal-hal yang dianjurkan mahupun hal-hal yang dilarang.

Pendapat ketiga, hadis daif sama sekali tidak dapat diamalkan, baik yang berkaitan dengan fadailul amal maupun halal haram. Pendapat ini dinisbatkan kepada Qadi Abu Bakar Ibnu Arabi.

Di antara tiga pendapat di atas, pendapat kedua ini yang dipilih jumhurul ulama. Tetapi pendapat itu harus memenuhi beberapa syarat yang dijelaskan Imam Ibnu Hajar. Pertama, kedaifan hadis tersebut tidak termasuk syadid. Kedua, termasuk hadis yang boleh diamalkan. Ketiga, ketika mengamalkan, tidak meyakini ketetapan hadits tersebut akan tetapi dengan ihtiyat (hati-hati). Wallahu a’lam

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply