Ini Riwayat Ibn Abbas Tentang Istawa yang Dipalsukan Wahabi

Di antara perbezaan akidah Ahlussunnah Wal-Jama’ah dengan Salafi- Wahabi adalah tentang konsep keberadaan Allah SWT itu tanpa tempat atau bertempat. Ahlussunnah Wal-Jama’ah meyakini bahawa Allah ada tanpa tempat sedangkan Salafi-Wahabi meyakini Allah bertempat di arasy. Di antara hujah yang digunakan oleh Salafi-Wahabi dalam meyakini Allah bertempat di ‘arasy adalah beberapa ayat mutasyabihat dalam al Qur’an yang menjelaskan Allah ber-istiwa’ pada ‘arasy, di mana mereka mengertikannya secara literal, dengan erti bersemayam.

Ahlussunnah Wal-Jama’ah menafsirkan istiwa’ tersebut dengan dua pendekatan. Pertama, pendekatan tafwidh iaitu mengembalikan makna yang sebenar kepada Allah. Pendekatan ini diambil oleh majoriti ulama Salaf. Kedua, pendekatan ta’wil, iaitu mengertikan istiwa’ Allah dengan makna yang dapat dibenarkan secara bahasa, misalnya bermakna menguasai. Pendekatan ini diambil oleh majoriti ulama khalaf.

Penafsiran Salafi-Wahabi terhadap istawa dalam al-Qur’an dengan erti bersemayam dan bertempat, tidak memiliki dasar yang kuat, baik secara syarak mahupun secara akal logik. Al-Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Asma’ wa al-Shifat, melalui jalur sanad yang sangat lemah, bahawa Ibnu Abbas RA menafsirkan ayat istawa dengan bersemayam. Tetapi kemudian al-Baihaqi menjelaskan bahawa riwayat tersebut munkar atau dusta, kerana diriwayatkan melalui beberapa perawi yang tidak dapat dijadikan hujjah dan pendusta.

Selanjutnya Ibnu al-Qayyim dalam kitabnya Ijtima’ al-Juyusy al-lslamiyyah, kitab yang ditulis untuk menghimpun pernyataan para ulama yang menyokong akidah kaum ghulat alhanabilah, memetik penafsiran Ibnu Abbas tersebut dari al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Shifat.  Hanya saja, Ibnu al-Qayyim membuang penjelasan al-Baihaqi, bahawa riwayat tersebut munkar alias dusta dan palsu.

 

(1) Ibnu al-Qayyim dalam kitab Ijtima’ al- Juyusy al-lslamiyyah halaman 249, memetik penafsiran Ibnu Abbas terhadap istawa dengan bersamayam, dari al-Baihaqi, tetapi membuang penjelasan al- Baihaqi bahawa riwayat tersebut dusta dan palsu.

 

(2) Al-Baihaqi dalam kitab al-Asma” wa al-Shifat, halaman 383-384, meriwayatkan dari Ibnu Abbas, yang menafsirkan istawa dengan istaqarra (bersemayam).

 

(3) Lalu al-Baihaqi menjelaskan bahawa riwayat dari Ibnu Abbas tersebut dusta, di dalam sanadnya terdapat Abu Shalih al-Kalbi dan Muhammad bin Marwari al-Suddi, dua perawi yang pendusta.

 

www.sarkub.com

 

No Comments

    Leave a reply