INTERNET MEMBANGUNKAN EGO BARAT

Oleh: Monosin Sobri

Saya diminta untuk berkongsi pandangan dengan lebih 30 orang pegawai kanan sebuah kementerian mengenai lanskap media yang sedang menguasai masyarakat dunia, terutamanya dari perspektif pengurusan persepsi. Saya tidak atas alasan apa yang menyebabkan saya dipilih, saya sebenarnya bukanlah termasuk dalam kalangan yang benar-benar “technology savy”, hanya sekadar salah seorang yang menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada tugas harian.

Seronoknya apabila sebahagian besar khalayak adalah hampir sebaya. Sedang menghitung hari sebelum mencapai umur persaraan mandatori. Sedikit berbeza ialah posisi dan senioriti. Mereka sudah jauh di atas, manakala saya masih tidak berubah walaupun berada di gred yang sama sejak lebih 10 tahun. Saya tidak cemburu, rezeki tetap ada kerana ia adalah ketentuan Allah SWT.

Mungkin kerana minat saya dalam bidang media begitu besar, saya dipilih untuk berkongsi pandangan dan pengalaman. Sebab itulah juga mungkin memberanikan saya menerimanya walaupun diberitahu kurang dari dua puluh empat jam. Saya anggap ia sebagai suatu penghormatan, keistimewaan yang jarang saya peroleh dan tidak semua berpeluang.

Saya membawa suatu persoalan mudah, iaitu impak internet ke atas budaya berfikir, bertindak, berkreasi dan meneruskan hidup. Kita mungkin merasa bosan jika kehidupan kita tidak ditemani oleh sebarang gajet. Saya pernah alaminya. Akhir Jun lalu, di Hulu Baram,  Sarawak. Jangkauan internet dan liputan telefon selular tiada. Kami hanya mampu membaca apa yang sudah dibaca beberapa hari lalu, baik dalam facebook, WhatsApp,Twitter dan juga gmail.

Ketika di Long Bedian, saya bercadang untuk menggunakan kemudahan yang digambarkan sebagai Kampung WiFi.Sayangnya, selepas setahun diisytiharkan, kemudahan WiFi tidak diselenggara, sudah tidak boleh digunakan. Ketika di sini, kami masih boleh berhubung, kerana isyarat daripada jenama telekomunikasi tertentu sahaja boleh diterima, tetapi melibatkan data. Di Long Luteng, terasa begitu bosan pada mulanya, akhirnya merasai betapa amannya jika hidup ini tanpa dibelenggu oleh gajet.

Pergantungan kepada gajet menyebabkan kita mudah merasa lesu, kerana mudah terobek dan terobsesi “gelandangan” yang masuk memenuhi storan gajet kita. Larry Downes dan Chunka Mai merumuskan, mel elektronik (e-mail) telah merevolusikan teknologi digital, di mana 3 billion pemegang akaun telah menghantar sejumlah 294 billion e-mail. Bagaimanapun, 78 peratus hadir dalam bentuk SPAM.

Pada tahun lalu (2014), tiga billion pengguna internet menghantar 240 billion e-mail; memuatnaik 72 jam video Youtube; melakukan 4 juta pencarian melalui Geogle Search; berkongsi 2.46 bilion kandungan facebook; memuatturun 48,000 aplikasi Apples; berbelanja di Amazon.com sebanyak US$83,000 ; melakukan tweet sebanyak 277,000 mesej; dan, 216,000 foto menerusi Instagram, setiap minit setiap hari. Itu sebabnya bagi yang ketagih internet, jiwanya boleh jadi kacau kalau tidak boleh memuatnaik dan memuatturun sesuatu ke dalam gajetnya. Sebab itulah juga setiap orang sedaya upaya berusaha mempamerkan gajet yang dia ada, termasuklah ketika berjalan dan menikmati makan malam bersama teman-teman atau pasangan.

Gajet tidak boleh dipisahkan, sedangkan ada kajian mendapati satu daripada tiga penceraian di United Kingdom mempunyai kaitan dengan ketaksuban bergajet. Kajian lain mendapati wanita muda menghabiskan masa lebih lima jam seminggu untuk berselfie atau beberapa sebab, termasuk memuaskan ego untuk mencapai kepuasan diri dan membalas dendam kerana ditinggalkan oleh pasangan. Dalam keadaan mempamerkan keunikan diri, selfie turut mendatangkan mudarat kerana ikut mendedahkan sisi buruk tanpa sedar. Kajian itu dikeluarkan pada pertengahan Mei lalu, melibatkan dua ribu orang wanita dan dilakukan secara online.

Internet telah melahirkan lebih ramai bilionair berusia muda dan mencabar kedudukan jutawan dalam ekonomi lama, iaitu ekonomi berasaskan pengeluaran barangan secara fizikal. Tahun 2014, lima buah syarikat memperoleh pendapatan berjumlah US$387 bilion, menyamai KNK (GDP) United Arab Emirates (UAE) bagi tahun 2013. Syarikat yang dimaksudkan itu ialah empat buah dari Amerika Syarikat—Apples, facebook, Microsoft dan Verion—dan sebuah dari Korea Selatan –Samsung. Kesemuanya berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dunia Internet telah mengubah bagaimana manusia mengendalikan urusan sehariannya, seperti dijelaskan oleh Alexis Ohanian, penulis buku Without Their Permission (2014), pada tahun 2013, terdapat 40 juta halaman tidak disunting telah dijana oleh 3 juta pengguna, dan ditonton oleh  sahaja lebih 56 bilion pengunjung. Ini bererti kandungan semakin menjadi bahan yang penting sehingga terbina frasa “content is a king”. Sebab itulah dalam dunia siber, sesebuah laman lebih digemari jika ia bersifat “user-generated.”

Sebagai contoh ialah pembangunan Wikipedia  sebagai ensaiklopedia elektronik yang dimulakan oleh Jimmy Wales dan Larry Sanger pada tahun 2001. Peringkat permulaan, ia dicurigai, termasuk mendakwa sebagai tidak menepati kriteria ensaklopedik oleh mereka yang berpendirian idealis. Kini, Wikipedia menjadi rujukan utama di internet, kerana para pengguna sendiri membangunkan kandungan dan memasukkan maklumat-maklumat terbaharu yang diketahuinya. Kaedah ini telah memperkenalkan konsep Wikinomic.

Analisis Andrew Keen dalam buku terbaharunya, The Internet Is Not The Answer (2015) seolah-olah mengejek mereka yang melihat internet sebagai punca kemusnahan terhadap nilai-nilai lama. Buku-bukunya yang ialah Digital Vertigo (2012) dan buku kedua yang mendapat perhatian besar sehingga diterjemahkan ke tujuh bahasa, The Cult of Amaetur (2008).

Digital Vertigo, Andrew Keen mengkritik kemunculan media sosial telah menyebabkan ramai orang kehilangan privacy, kerana setiap apa yang dipaparkan dikongsi dan seterusnya diberikan imej tertentu, termasuk ulasan bersandarkan emosi tanpa melihat kepada realiti. Seperti juga mereka yang berhadapan dengan serangan vertigo, berkaitan dengan masalah gegendang telinga yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dan boleh mengakibatkan seseorang itu terjatuh, kelahiran media sosial akan menjadikan manusia menghampiri kepada keadaan anti-sosial.

Kebenaran ini semakin terserlah apabila facebook berjaya membangkitkan kemarahan awam terhadap pemimpin sehingga berlakunya pemberontakan di Mesir, Tunisia dan beberapa buah negara lain. China tidak membenarkan rakyatnya membuka akaun facebook manakala Jerman sudah mengeluarkan cadangan untuk menyekatnya sekiranya penyedia platform itu membenarkan isu-isu perkauman dibangkitkan.

Facebook telah dikuasai oleh lebih 1.3 bilion pemilik akaun, dan menempa sejarah sebagai platform media sosial yang paling berjaya buat masa kini, terutama dalam kalangan generasi muda. Jika diambil dari perspektif yang lain, facebook sebenarnya sudah menjadi suatu kekuatan kuasa, yang boleh menyamai China dari segi jumlah penduduk. Facebook sudah pun memiliki “mobile apps” yang begitu popular sekarang, iaitu WhatsApp. Bagaimana pun, dari segi operasi, kededuanya ditadbirkan secara terpisah.

Buku pertama Andrew Keen, The Cult of Amaetur mencetuskan pandangan kemudaratan internet kepada budaya dan nilai sosial, yang sebelumnya dipertahankan oleh budayawan. Internet telah merombak makna budaya dan nilai kehidupan, sehingga menjadikan sesetengahnya terjatuh ke telaga utopia, bukan lagi suatu perkara yang hidup dan dilihat sebagai keperluan untuk bermasyarakat.

Dalam bukunya yang terbaharu, Andrew Keen berusaha untuk membuka pemikiran pembaca agar lebih realistik bukan bertindak sebagai pengguna tegar. Manusia yang mencipta dan membangunkan internet serta pelbagai platform media sosial, yang sepatutnya tidak membiarkan media sosial “shape us.” Katanya: “Like it or not, the digital world is reshaping our society with a biweldering speed…The Internet may not (yet) be the answer, but it nonetheless remains the central question of the first quarter of the twenty-first century…The internet companies…are destroying local business..It’s a failure..’an epic fucking failure’.”

Seperti juga kemunculan mesin cetak yang diasaskan oleh John Gutenberg setelah meneliti kaedah percetakan dari China telah merevolusikan dunia maklumat. Mesin cetak dianggap sebagai titik penting dalam pembangunan tamadun, maka kemunculan internet menjadi revolusi kedua dalam pemenuhan zaman maklumat (information age).

Pengaruhnya hampir sama dengan kemunculan buku, tetapi kadar kelajuannya terlalu cepat sehingga kehidupan kita benar-benar tercampak dalam kemelut “information overload” dan menyukarkan kita untuk memilih, kerana netizen (diperkenalkan oleh Michael Huebern pada tahun 1992) sudah melangkaui peranan sebagai penghukum, perejam dan perosak kebenaran.

Hampir membangunkan situasi kelam-kabut (chaos) dan kepalsuan (hoax), fakta dipotong-potong kecil, di mana yang bersesuaian dengan andaian tertentu sahaja diambil, dikembang dan seterusnya dipaparkan dalam laman media sosial. Maka, itulah sebabnya lebih ramai yang taksub dengan persepsi, sedangkan sebahagian besar daripada persepsi adalah fitnah, suatu bentuk propaganda yang boleh menghancurkan masyarakat, bangsa dan negara.

Islam turut dipersendakan, seperti dilakukan oleh bloger yang takut berhadapan dengan tindakan undang-undang Alvin Tan: mengutuk penganut Islam; mencaci nabi Muhammad SAW; mengeluh mengenai kandungan al-Qur’an dengan mengambil sebahagiannya dan bukan cuba memahami maksud secara jelas; dan terbaharu, mengukir kalimah Allah sebagai tatu di salah satu lengannya.

Alvin tidak perlu mencabar, tetapi wajar mencari peluang untuk menjalin hubungan baik dengan setiap makhluk, dan atas kesilapan itu menyebabkan beliau terus diburu ketakutan dan kekalutan. Hidupnya tidak lagi tenang, kerana kebebasan disalahertikan, kebebasan itu bakal mengakhiri segala-galanya.Kebebasan bukan bermakna boleh melakukan apa sahaja, ada had dan sempadannya.

Mungkin ramai yang bersetuju apabila Andrew Keen menulis: In today’s digital experiment, the world is being transformed into a winner-take-all, upstairs-downstairs kind of society. This networked future is characterized by an astonishingly unequal distribution of economic value and power in almost industry that the Internet is disrupting. ..its marketed in the..feel-good language of inclusion, transparency, and openness; but, like five-storied pleasure palace, this new world is actually exclusive, opaque, and inegalitarian…the Internet, with empty its empty promise of making the world a fairer place with more opportunity for more people, has had the unintended consequence of actually making the world less equal and reducing rather than increasing employment and general economic well-being. ..the the Internet is rapidly becoming dystopia on the network.”

No Comments

    Leave a reply