IRSHAD MANJI BERKAHWIN

Penulis dan tokoh kontroversi dari Kanada, Irshad Manji mengumumkan perkahwinannya dengan pasangan sama jantina di Hawaii, Sabtu lepas.

Penulis yang juga aktivis Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) itu menikahi kekasihnya, Laura setelah sekian lama menjalinkan hubungan.

Wanita kelahiran Uganda pada tahun 1968 itu terkenal kerana pemikiran kontroversinya, terutama kritikannya terhadap ajaran Islam.

Irshad pernah datang ke  Malaysia untuk melancarkan dan mempromosikan buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta atau dalam versi Bahasa Inggeris ‘Allah, Liberty And Love’ pada tahun 2012.

Bagaimanapun kehadirannya ke negara ini mencetuskan kontroversi dan menerima kecaman keras terutama daripada pertubuhan dan NGO Islam.

Petikan daripada Malaysiakini pada 10 Mei 2016

#TANWIR – Anti homoseksual dan lesbian

Artikel berkaitan: Siapa Irshad Manji?

No Comments

    Leave a reply