ISLAMOFOBIA PROPAGANDA YANG MEMBUNUH

TRAGEDI CHRISTCHURCH yang berlaku di New Zealand telah menghidupkan semula kebencian Barat terhadap Islam dan dalam masa yang sama meningkatkan kembali fahaman ganas white supremacy.

Bermusuh dengan Islam bukanlah perkara baru dalam peradaban manusia yang berpaksikan ‘bangsa pilihan’. Konsep itu pertama kali dianjurkan oleh Adolf Hitler dalam misinya untuk menakluki dunia di permulaan Perang Dunia II. Dengan kecekapan dan kehandalan manipulasi sejarah, pakar propaganda Jerman, Dr Joseph Goebbels memulakan kempen ‘German Supremacy’ bagi  menghalau pendatang Yahudi yang dianggap amat bermasalah.

Antara ajaran propaganda Goebbels ialah: semakin besar penipuan, semakin ramai orang mempercayainya; jika diulang-ulang penipuan itu secukupnya, ia akan dianggap sebagai satu kebenaran; dan usaha untuk menimbulkan keyakinan perlu dilaksanakan berterusan dan berulang kali. Ketegasan pendirian adalah paling utama dan amat diperlukan untuk mencapai kejayaan.

(The bigger the lie, the more people will believe itu; If you repeat a lie often enough, it becomes the truth; and, An attempt to convince must confine itself to a few points and repeat them over and over. Persistence is the first and most important requirement for success). (Sharyl Attkisson, The Smear: How Shady Political Operatives and Fakes News Control What You See, What You Think, and How You Vote, 2017:12).

WHITE SUPREMACY

the smear

Itulah sebahagian daripada teknik kempen yang dibuat oleh Donald Trump untuk memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2016, yang ada kaitan dengan Islamofobia dan berusaha melanjutkan white supremacy. Trump turut menghidupkan semula kebencian terhadap Islam yang pernah dicanangkan oleh George W Bush. Kededuanya adalah tokoh yang mewakili Parti Republikan, parti yang begitu jelas membenci Islam dan amat menyukai Israel.

Ekoran kekacauan yang ditimbulkan oleh Tragedi 9/11, naratif bencikan Islam semakin cepat berkembang sehinggalah Bush melancarkan perang terhadap keganasan  menyerang secara membuta-tuli negara-negara yang dianggap ‘paksi syaitan’ saperti Iran, Irak, Aghanistan dan beberapa buah negara Afrika Utara, hanya kerana ‘memburu’ Osama Benladin, yang dianggap pencetus dan pengganas yang meruntuhkan menara berkembar di New York. Tragedi tersebut benar-benar mengubah ‘cara pandang Barat’ terhadap Islam dan apa sahaja elemen yang boleh dikaitkan dengan ritual, budaya dan sikap umat Islam.

ISTILAH ISLAMOFOBIA

Secara ringkasnya, berdasarkan kajian literatur, Etienne Dinet dan Slima Ben Ibrahim merupakan penulis pertama yang menggunakan istilah islamopfobia kepada buku mereka, Acces De Delire Islamophobe, yang diterbitkan di Perancis pada tahun 1925. Bagaimanapun, istilah dan isu mengenai ketakutan terhadap Islam tidak begitu popular ketika itu.

Istilah islamofobia dikatakan menjadi popular pada tahun 1991 di Amerika Syarikat. Ia mula digunakan pada satu artikel yang tersiar majalah ‘Insight’, tetapi, kurang dipedulikan dan tidak menimbulkan apa-apa reaksi negatif. Ia menjadi suatu bentuk kebimbangan budaya apabila seorang sarjana pengajian politik Yahudi-Amerika mempopularkan teori clash of civilization  yang kemudian diperdebatkan dengan hebatnya di seluruh dunia mulai tahun 1993.

Samuel P Huntington (1927-2008) ketika itu adalah Penyelaras Perancangan Keselamatan Rumah Putih mula melihat runtuhnya Tembok Berlin sebagai penamat kepada Perang Dingin (doktrin perang melawan ideologi komunis) dan bermulalah cabaran baharu kepada peradaban Barat. Budaya timur, termasuk Islam merupakan ‘ancaman terbesar’ kepada kemajuan peradaban Barat.

Teori itu kemudian dilanjutkan pada tahun 1996 setelah terbitnya buku bertajuk Clash of Civilization and the Remaking of World Order. Teori itu menjadi  hala tuju politik George W Bush apabila mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2001 sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-43 selepas berlakunya serangan ke atas menara berkembar New York lapan bulan kemudian (11 September 2001).

OSAMA BEN LADEN

clash of civilizations

Misi perburuan Osama Ben Laden dan kumpulan al-Qaeda telah meningkatkan fenomena Islamofobia di seluruh dunia, bermula dengan penempatan ketumbukan tentera di Afghanistan beberapa bulan kemudian dan seterusnya serangan ke atas Irak pada tahun 2003.

Bush dengan liciknya membina ‘kekuatan baharu kepada Amerika Syarikat untuk bertindak sebagai polis dunia’ akhirnya terperangkap kerana kisah perburuan Osama Ben Laden tidak berjaya dilakukan sepanjang dua penggal pertadbirannya di Rumah Putih. Bagaimanapun, penggantinya, Barrack H Obama dari Parti Demokrat berjanji akan menarik balik askar Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq. Osama Ben Laden akhirnya diisytiharkan mati ditembak dalam satu serangan di Abutabbad, Pakistan pada 2 Mei 2011.

AL-QAEDA

Sejak meletusnya serangan terhadap gerakan al-Qaeda selepas runtuhnya Menara Berkembar, Islamofobia terus mendapat perhatian masyarakat dunia.

Sejak itu juga ramai penulis telah muncul untuk memperkembangkan teori ‘ketakutan terhadap Islam’ melalui penggunaan istilah: Muslim radicalization,  anti-Muslim hate crime, anti-Islamic phenomena, xenophobia’ dan religiously based hate crimes.

while europe slept

Bagaimanapun, istilah Islamofobia mencapai kemuncaknya apabila Amerika Syarikat terus mendera negara-negara Islam (kecuali Arab Saudi dan Mesir) dengan pelbagai istilah untuk menimbulkan kegerunan besar terhadap umat Islam.

MENCURAH MINYAK

Berdasarkan sejarah tersebut, muncullah beberapa buah buku yang cuba ‘mencurah minyak’ dengan menggambarkan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam sebagai ‘anti demokrasi’, fundamentalisme dan otordoks.

legacy of jihad

Antaranya, Legacy of Jihad (Andrew G Boston, 2005), While Europe Slept: How Radical Islam is Destroying the West from Within (Bruce Bewer, 2006), Muslim Mafia: Inside the Secret Underworld That’s Conspiring to Islamize America (P David Gaubatz and Paul E Sperry, 2009), Stealth Jihad: How Radical Islam is Subverting America without Guns or Bombs (Robert Spencer, 2008), Crucified Again: Exposing Islam’s New War on Christians (Raymond Ibrahim, 2013), Fatwa: Hunted in America (Pamela Geller, 2017), Freedom or Submission: On the Dangers of Islamic Extremism & American Complacency (Pamela Geller, 2013) dan Stop the Islamization of America: A Practical Guide to the Resistance (Pamela Geller, 2011).

muslim mafia

fatwa

Saperti lumrahnya, dalam dunia keintelektualan, ada sudut yang disanggah secara akademiknya mengenai fenomena ‘kebencian terhadap Islam’ dan mereka bukan sahaja bersimpati dengan umat Islam, bahkan bersedia menawarkan solusi untuk hidup dengan rukun dan harmoni dalam semangat dan nilai kasih sayang. Antara nama-nama bukan Islam yang hadir memberikan sumbangan fikiran untuk menolak Islamofobia ialah Karen Armstrong, John L Esposito, Vanita Gupta, Barbara Kaufmann, Gabriel Arana, Don de Silva, Karin Miller, Paul Chaffee dan Reed Price.

GABUNGAN INTELEKTUAL

Mereka kemudiannya bergabung memuatkan hasil pemikiran mereka dengan pemikir-pemikir Islam saperti Tariq Ramadhan, Samana Siddiqui, Dilwar Hussein, Sahar Taman dan Abdal Hakim Murad dalam sebuah buku yang bertajuk Islamophobia: Guidebook (2015), yang disunting oleh Karen Armstrong dan kawan-kawan. Buku itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Indonesia dengan tajuk: Islamofobia: Melacak Akar Ketakutan Terhadap Islam di Dunia Barat, terbitan Mizan Pustaka, Ogos 2018.

Buku setebal 350 halaman ini didahului dengan rencana-rencana awal menyusuli fenomena dan ciri-ciri Islamfobia yang ditulis oleh Karen Armstrong, tokoh akademik agnostik dari Britain yang cukup terkenal sebagai ‘jurucakap mengenai Islam’ di dunia Barat.

Karen Arsmtrong memulakan penjelajahan akademik dengan menyoroti ‘penyebaran Wahabisme’ yang akhirnya membawa kepada sikap militan segelintir umat Islam walaupun ajaran yang dikaitkan dengan Imam Muhammad Ibn Abd Al-Wahab (1703-1791) yang menolak pemujaan terhadap para wali dan ritual-ritual pemberhalaan yang dianggap syirik dan bertentangan dengan Islam.

karen armstrong

Menurut Karen Armstrong, sebagai seorang reformis yang berasal dari Najd, Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab telah mendorong “para reformis dan ektremis Muslim hingga ke hari ini” walaupun berpendapat bahawa ‘setiap manusia, lelaki mahupun perempuan’ seharusnya ‘memusatkan diri mengkaji al-Qur’an dan hadis tentang praktik kebiasaan (Sunnah) Nabi dan para sahabatnya’ dan ‘menolak semua tambahan yang muncul belakangan pada Abad Pertengahan…dia menentang aliran Sufi dan Syi’ah yang dipandang sebagai inovasi-inovasi sesat (bida’ah), dan mendesak seluruh umat Muslim agar menolak penafsiran sarat-ilmu yang telah dikembangkan selama berabad-abad oleh para ulama dan agar mereka menafsirkan teks-teks keagamaan untuk mereka sendiri.” (hal. 25-26). Ini bererti, hanya Islam versi sendirilah yang lebih absah, manakala lain-lain pandangan adalah tidak sesuai walaupun apa yang ditafsirkan itu “mendistorsi pesan al-Qur’an.

WAHHABISME

Setelah meninggalnya Muhammad Abd Al-Wahhab, Wahabisme dilihat semakin marak dan mengganas sehingga menimbulkan ‘instrumen teror’ dan ketika meneruskan Dinasti Ibn Saud, Abd Aziz Ibn Muhammad, putra Ibn Saud telah menggunakan konsep takfir bagi menjustifikasikan “pembantaian tanpa pandang bulu terhadap penduduk yang membangkang.” Sedangkan, ajaran Muhammad Abd Al- Wahhab sentiasa ‘menahan diri dari takfir, dengan alasan hanya Allah yang boleh mengetahui isi hati’ seseorang.

Larangan takfir telah diketepikan, dan pada tahun 1801, putra Ibn Saud menyerang dan menakluki Karbala, iaitu kota suci Syi’ah, merobohkan makam Iman Hussein dan membunuh serta menyiksa ribuan pengikut Syi’ah. Pada tahun 1803, dalam keadaan takut dan panik, kota suci Mekah jatuh ke tangan pemimpin bani Saud itu.

Pada tahun 1815, Muhammad Ali Pasha diutus oleh Empayar Uthmaniyah untuk menggempur kubu kuat Wahabi, namun Wahhabi semakin mendapat kekuatan politik semasa Perang Dunia I untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang lebih besar dengan sokongan masyarakat Badui.

Dari situlah Karen Armstrong melihat “akar-akar ISIS…dan di sinilah mereka belajar bertani dan melakukan pekerjaan-pekerjaan’ yang diperlukan untuk melangsungkan kehidupan dan mula melakukan serangan ghazu (yang berakhir dengan menjarah haiwan ternakan) yang kemudiannya digantikan dengan jihad, dan serangan lebih ganas dan ekstrem.” (hal.28).

Wahhabisme menjadi ideologi politik Dinasti Saud dan mereka mula meninggalkan ‘jihad militan’ dan menjadi sebuah gerakan keagamaan yang konservatif.

DINASTI SAUD

Pada tahun 1970, kelompok yang ditinggalkan oleh Dinasti Saud setelah mereka berjaya membentuk pemerintahan, dunia Barat menyambut baik Nasserisme (deologi sosialis Pan Arab yang didokong oleh Gamal Abd Nasser, presiden kedua Mesir), bagi mengimbangi pengaruh Rusia. Selepas berlakunya Revolusi Iran, Washington secara senyap-senyap menyokong Dinasti Saud untuk melawan radikalisme Syi’ah dengan kecenderungan mewahhabikan seluruh dunia Islam. (hal.30).

Dalam rencana ketiga, Karen Armstrong menyorot mengenai sejarah sekularisme yang hadir dengan penuh kekerasan.

Menurut Karen, sekularisme ‘telah membawa manfaat bagi dunia Barat; ia telah membebaskan hierarki gerejawi’ yang menghalang pemikiran ilmiah, pengembangan deologi dan teknologi, alat-alat penting untuk kemodenan.(hal.41).

Sejak berkembangnya sekularisme, ‘pencarian yang bersifat peribadi termasuk agama’ tidak lagi boleh dipengaruhi oleh kerajaan, kerana agama dan politik wajib dipisahkan.

Ketika merumuskan mengeni fundamentalisme, Karen mengakui bahawa: Setiap gerakan  fundamentalis yang telah saya kaji di dalam Yudaisme, Kristian, dan Islam berakar pada ketakutan mendalam akan pemusnahan, yakin bahawa kekuasaan liberal atau sekuler bertekad menghancurkan diri dan iman mereka. Kita dapat melihat bagaimana persepsi ini berkembang di Timur Tengah, dari Attarturk ke syah hingga ke Nasser…pemikir sekuler menganggap ‘agama’ tidak hanya secara inheren gemar berperang dan tidak toleran, tetapi juga tidak rasional dan terkebelakang, ‘lawan sebaliknya’ yang tak wajar dan penuh kekerasan dari negara liberal yang damai, rasional dan manusiawi…[dan kerana itu], Sam Haris merasa perlu menandaskan klaimnya bahawa ‘sebahagian besar Muslim benar-benar telah dibuat gila oleh keyakinan mereka…agama itu sendiri menghasilkan solidaritas sesat sehingga kita harus temukan jalan untuk melemahkannya.” (hal. 51-52.).

SEKULARISME

Dilwar Hussain menghuraikan hubungan sekularisme dan Islam berdasarkan buku suntingannya, British Secularism and Religion: Islam, Society and the State (2011) dengan menjelaskan “Sekularisme sangat penting bagi umat Muslim di dunia moden, sebab ia merupakan landasan bagi kesetaraan, demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, serta otonomi agama itu sendiri. Nilai-nilai ini memiliki resonansi yang kuat dengan pemahaman saya terhadap Islam, meskipun sejumlah suara konservatif mungkin mengesampingkan sebagai ‘nilai-nilai Barat’. (hal.61)

“Bagi dunia Muslim, sekularisme “diasosiasikan dengan ‘westernisasi’ yang dipaksakan…masyarakat Muslim seringkali merasa sangat skeptis dengan istilah ‘sekularisme’ (hal.65). Baginya, walaupun bersetuju dengan sekularisme, ia tidak bermakna mengesampingkan agama.

Sekularisme tetap ada kepentingannya dalam hal ehwal pengurusan negara dan kehidupan, dan ia harus diselaraskan dengan nilai-nilai agama sebagai memandu kehidupan yang lebih baik.

FILE - In this May 8, 2007 file photo, Islamic scholar Tariq Ramadan speaks during a debate at the Swiss Television in Geneva, Switzerland. A Dutch university fired Islamic scholar Tariq Ramadan on Tuesday for hosting a show on Iran's state television, which the school said could be seen as endorsing the regime. Ramadan, known as a reformist who condemns terrorism, seeks to modernize sharia law and urges Muslims living in Europe to integrate has recently been criticized in the Dutch press for allegedly voicing more conservative views for Muslim audiences than he does in the West. (AP Photo/Keystone, Salvatore Di Nolfi, File)

Tariq Ramadan turut memberikan sumbangan dalam menyoroti permasalahan Islamofobia dengan melihat “kewarganegaraan dan identiti’ dan penerimaan syariat oleh bukan Islam.

Mengenai kewargangeraan dan identiti, Tariq menjelaskan: Negara harus bersikap netral terkait urusan agama dan tidak campur tangan dalam urusan teologis.Dalam pandangan kami, perdebatan yang jelas harus dimulai dengan gambaran yang jelas berdasarkan tiga prinsip berikut: supremasi hukum, kewarganegaraan dan sekularisme. (hal.65).

SYARIAT

Mengenai syariat, Tariq menyatakan bahawa ia telah mengingatkan kepada gambaran gelap tentang Islam saperti diskriminasi wanita dan hukum rejam sehingga ada cendekiawan Muslim saperti ‘tidak berani’ menyatakan kerana ‘khuatir boleh menyebabkan orang takut atau menimbulkan kecurigaan terhadap pemikiran mereka’.

Bagi Tariq, syariat adalah ekspresi keimanan individu dan kolektif…syariat tidak hanya merupakan ekspresi dari prinsip-prinsip universal Islam, tetapi juga merupakan kerangka kerja dan pemikiran yang membuatnya menjadi teraktualisasi di dalam sejarah manusia.” (hal.77-78).

Bagi John L Esposito, ketakutan terhadap Islam dan umat Muslim pada umumnya—bukan saja ekstremis Muslim dan gerakan teroris secara khusus—telah dibuat sebagai sesuatu yang normal dalam budaya popular di Amerika mahupun di Eropah. Pidato kebencian, keberpihakan, diskriminasi, dan kejahatan kebencian anti-Islam dan anti-Muslim – yang lazimnya disebut sebagai Islamofobia—sedang meningkat. Islam, Muslim dan mayoritas Muslim telah disamaratakan dan kerap disamakan dengan ekstremime militant dan terorisme yang dipraktikkan oleh hanya sebagian amat kecil umat Muslim, mengaburkan fakta bahawa sebagian besar korban teroris itu justru adalah orang Muslim itu sendiri. (hal. 85)

Islamofobia meningkat secara signifikan tidak hanya terjadinya insiden terorisme domestik, tetapi juga pada saat pemilu, saperti yang terlihat pada pemilu presiden tahun 2008 dan 2012 dan pemilu Kongres tahun 2010…Sebagaimana ditulis oleh Kareem Abdul Jabbar ‘ Trump adalah kemenangan terbesar ISIS: Pameran palsu sempurna yang alih-alih menawarkan kebijakan spesifik dan realistis, mengeksploitasi ketakutan masyarakat; Trump melakukan pekerjaan ISIS untuk kepentingan mereka.” (hal.87)

KATEGORI ISLAMOFOBIA

esposito

Kita boleh memahami Islamofobia dalam pelbagai perspektif, yang mungkin boleh dirumuskan kepada kategori Institutional Islamophobia dan Non-Institutional Islamophobia;  Islamophobia of the State; Dominant  Islamophobia;  Non-dominant Islamophobia dan Unconscious Islamophobia’.

Kesemua perspektif ini telah membangunkan persepsi yang jelas dan jelek kepada banyak pihak sehingga mereka akan terus melihat ia adalah ancaman terbesar bagi kemajuan peradaban Barat dan kapitalisme.

Menurut takrifan yang dibuat oleh PBB, Islamofobia ialah “suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka”. Ia hampir sama dengan takrifan yang dibuat  oleh ‘Commission on British Muslims and Islamofobia’ iaitu “dread or hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims”atau “irrational fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism”.

Selamanya, Islamofobia akan terlihat negatif dan terus dimotivasikan oleh kebimbangan terhadap Islam dan umat Islam apatah lagi dalam ramalan sebuah badan penyelidik antarabangsa, jumlah umat Islam akan cepat bertambah besar dan dalam tempoh kurang 100 tahun lagi, akan mengatasi jumlah penganut Kristian.

MINAT TERHADAP ISLAM

Menariknya, ketika umat Islam dikeronyokkan oleh kecenderungan politik dan media antarabangsa, jumlah penganutnya semakin bertambah, jumlah penganut baharu dan pertambahan semula jadi. Migrasi pemeluk Islam ke Eropah dan Amerika Syarikat misalnya, membawa kepada pertumbuhan minat penduduk setempat untuk mendekati Islam walaupun ada dalam kalangan penganut bukan Islam mengancam dan terus membuli Islam.

Inilah hakikatnya, Islam mempamerkan sebuah corak kehidupan yang tidak meletakkan materialisme sebagai tujuan sebenar, tetapi lebih menyerlahkan sebuah kehidupan bermasyarakat dan saling memahami.

Sekurang-kurangnya, Tragedi Christchurch bakal membuka ruang perbincangan dan motivasi kehidupan yang bakal menarik minat bukan Islam terhadap Islam.

Siapa pun tidak pernah menjangka, akibat Islamofobia yang dijadikan propaganda oleh Barat, ia bukan sahaja gagal menolak fahaman sempit dan sekterianisme Barat, bahkan semakin ramai cendekiawan bukan Islam muncul untuk memperkatakan Islam secara lebih munasabah dan melakukan ‘jihad intelektual’ bagi memperbetulkan persepsi buruk tersebut.

Sejumlah kandungan rencana dan panduan yang dikumpulkan dalam buku Islamofobia: Melacak Akar Ketakutan Terhadap Islam di Dunia Barat ini boleh membantu masyarakat antarabangsa memahami bahawa keganasan itu bukanlah hak ekslusif ‘umat Islam’, ia muncul dalam semua budaya dan etnik yang cenderung ganas serta memikirkan perihal hegemonik.

Buku ini hadir bersama panduan untuk menghapuskan rasa takut terhadap Islam dan bagaimana berhadapan dengan kelompok prejudis terhadap agama.

Kamarun KH

No Comments

    Leave a reply