ISRAEL HAPUS PALESTIN DI BUKU PELAJARAN

Jerusalem: Pemerintah Israel di kawasan pendudukan Jerusalem telah menghapus semua teks dan gambar yang berkaitan dengan Palestin dan perjuangan melawan penjajahan dari buku-buku pelajaran Palestin sebelum diedarkan.

Berdasarkan maklumat dari media Yahudi, Iroshalim, pehak berkuasa dan kementerian Israel menghapus ayat-ayat Al-Quran, puisi, dan kandungan lain dari kurikulum sekolah Palestin.

Lebih lanjut lagi, Palestin News Network (PNN) melaporkan bahawa buku yang diedarkan ke sekolah-sekolah Palestin mengandungi beberapa halaman kosong dan barisan kalimat yang dihitamkan. Kalimat yang hilang dari buku-buku tersebut berisi tentang persatuan muslim dunia dan nilai penting Masjid Al-Aqsa.

Gambar peta, bendera, dan teks lagu kebangsaan Palestin juga dihilangkan. Pehak berkuasa Israel menjustifikasi tindakan penghapusan tersebut sebagai langkah waspadaterhadap buku-buku pelajaran yang menyokong kekerasan

Catatan : Liputan Islam.com

#TANWIR : Anti Israel sampai mati

Tags:

No Comments

    Leave a reply