Jangan Anggap Ringan Dosa Kecil

Kebanyakan kita membezakan dosa kecil dan dosa besar. Kita cenderung berani menerjang dosa kecil dengan andaian bahawa hukuman atau siksa yang akan kita terima masih dalam jangkauan kesanggupan kita menanggungnya. Itu adalah kesalahan kita kerana kita tidak akan pernah tahu apakah siksa atas dosa kecil itu juga ringan?

Perihal ini, Syekh Ibnu Athaillah mengatakan,

ولا صغيرة إذا قابلك عدله

Ertinya, “Tak ada dosa kecil ketika kau dihadapkan pada keadilan-Nya.”

Syekh Zarruq menggesa agar kita tidak melihat seberapa kecil dan seberapa besar dosa yang kita lakukan. Yang harus kita perhatikan, menurutnya, adalah keadilan dan kemurahan Allah. Kedunya ini yang menentukan besar-kecilnya dosa yang kita lakukan.

قلت: فانظر لعدله وفضله، لا لذنوبك وعيوبك سواء كانت صغائر أو كبائر، وبحسب هذا فلا ميل إذ لا علم لنا بما يواجه ولا بما يقابل وقد قال يحيى بن معاذ رضي الله عنه “إن أنالهم فضله لم تبق لهم سيئة وإن أقام عليهم عدله لم تبق لهم حسنة”

Ertinya, “Menurut saya, perhatikanlah keadilan dan kemurahan-Nya, bukan kesalahan dan aibmu baik itu dosa kecil mahupun dosa besar. Sesuai dengan (prinsip) ini, tak boleh cenderung (menganggap kecil atau besar dosa) kerana kita tidak tahu akan disambut (dengan kemurahan-Nya) atau dihadapkan (pada keadilan-Nya). Yahya bin Muadz RA mengatakan, ‘Jika kemurahan Allah menyelimuti mereka, maka tak satupun kesalahan mereka tersisa. Tetapi jika keadilan-Nya tegak di hadapan mereka, maka tak satupun kebaikan mereka yang tinggal,’” (Lihat Syekh Zarruq, Syarhul Hikam, As-Syirkatul Qaumiyyah, 2010 M/1431 H, halaman 64).

Syekh Ibrahim Al-Aqshara’i As-Syadzili menyebutkan bahawa dosa kecil yang dimaksud tidak selalu pelanggaran menurut syar‘iat. Dosa kecil boleh berbentuk kebaikan-kebaikan tingkat terendah, antara lain ibadah yang dilakukan kerana mengharap surga atau ibadah yang dilakukan untuk mengharapkan imbalan duniawi baik harta, pangkat, pengaruh, dan lain sebagainya.

أقول: لا صغيرة معلومة شرعا أو وصفا كالعبادة طلبا للجنة فإنما هي حسنة بار وسيئة مقرب لكونها ممحضة لله إلا وهي كبيرة إذا قابلك عدل الحق بالمناقشة في الحساب لقوله عليه السلام “من نوقش في الحساب عذب” أو بالوقوف للعقاب لا بقصد تلذذ بالخطاب أو بالإهانة بالعذاب أو بالبعد والحجاب لوقوع الجزاء بها على قدرها لمرتكبها لإجلال الحق عن أن يعصى بها أو بمثلها أو بأصغر فضلا عن الأكثر منها ولمقابلة إحسانه بعصيانك

Ertinya, “Menurut saya, tidak ada yang disebut dosa kecil–baik itu menurut ketentuan syarak mahupun secara kelayakan, iaitu ibadah mengharap surga di mana ibadah ini adalah sebuah kebaikan bagi golongan abrar, tapi kesalahan bagi kalangan muqarrabin kerana ibadah harusnya tulus semata-mata kerana Allah–melainkan dosa kecil itu berkualiti besar apabila kamu dihadapkan pada keadilan-Nya sebab soalan ketika hisab sesuai sabda Rasulullah SAW, ‘Siapa saja yang disoal pada masa hisab, maka ia tersiksa.’ (Dosa kecil itu berkualiti besar) sebab penantian siksa, bukan tujuan menikmati percakapan dengan-Nya, sebab penghinaan melalui siksa, atau sebab pengusiran dan penutupan (hijab) sebagai balasan atas dosa kecil itu sesuai kadarnya bagi para pelaku kerana keagungan Allah ta‘ala untuk didurhakai dengan dosa kecil, sebanding, atau dosa yang lebih kecil lagi. Apalagi dosa yang lebih besar dari itu; dan kerana kebaikan-Nya di tengah kedurhakaanmu,” (Lihat Syekh Ibrahim Al-Aqshara’i As-Syadzili, Ihkamul Hikam, Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyah, cetakan I, 2008 M/1429 H, halaman 54).

Dengan kata lain, kita tidak boleh merasa selamat atau mengecilkan dosa kecil. Dosa kecil yang tampaknya ringan memberi kesan besar. Contohnya antara lain buang air kecil tanpa istinjak (bersuci) sebagaimana diceritakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah sabdanya. Allah SWT juga memberi amaran bahawa selain memiliki kemurahan, Allah juga memiliki keadilan.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو مَغْفِرَةٍ لِلنَّاسِ عَلَى ظُلْمِهِمْ وَإِنَّ رَبَّكَ لَشَدِيدُ الْعِقَابِ

Ertinya, “Sungguh, Tuhanmu memiliki ampunan bagi manusia atas kelaliman mereka. sungguh, Tuhamu mahakeras siksa-Nya,” (Surat Ar-Ra’du ayat 6).

Melihat keadilan-Nya, kita sebaiknya tidak membeza-bezakan dosa kecil dan dosa besar. Kecuali itu, kita juga hendaknya lebih sering bermunajat kepada Allah untuk mengharapkan kemurahan-Nya. Wallahu a’lam. (Alhafiz K)

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply