JANGKA WAKTU DAKWAH DAN PERINGKATNYA

JANGKA WAKTU dakwah Nabi Muhammad SAW boleh dibahagikan kepada dua peringkat, di mana setiap peringkat tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri:

 

  1. Jangka waktu di Makkah, iaitu selama kira-kira 13 tahun.
  2. Jangka waktu di Madinah, iaitu genap 10 tahun.

 

Setiap jangka waktu ini merangkumi beberapa peringkat yang setiap satunya mempunyai keistimewaan-keistimewaan tersendiri yang akan tampak jelas dan nyata setelah dilihat secara mendalam pada persekitaran dan suasana yang dilalui semasa misi dakwah dijalankan sepanjang jangka waktu-jangka waktu tersebut.

 

Jangka waktu di Makkah boleh dibahagikan kepada tiga peringkat:

  1. Peringkat dakwah secara rahsia, iaitu selama tiga tahun.
  2. Peringkat dakwah terbuka kepada penduduk Makkah, iaitu bermula pada tahun keempat kenabian hingga penghujung tahun ke-10.
  3. Peringkat dakwah ke luar Kota Makkah dan tersebarnya dakwah di luar Makkah, iaitu bermula pada penghujung tahun ke-10 kenabian sehingga hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

No Comments

    Leave a reply