JUMAAT PERTAMA BULAN RAMADAN DI MASJID AL- AQSA DIHADIRI 100 RIBU JEMAAH

Kira- kira 100 ribu warga Palestin menunaikan solat Jumaat pada bulan Ramadaan di Masjid al-Aqsa meskipun rejim Zionis-Israel melaksankan prosuder keselamatan yang ketat di kota Al-Quds.

Pasukan Israel membina sekatan-sekatan tentera di jalan-jalan menuju Kota Lama dan melakukan pemeriksaan ketat identiti penduduk dan jamaah.

Khatib Masjid Al-Aqsa Syeikh Yusuf Abu Asninah memberikan ucapan selamat atas hadirnya bulan Ramadan dan boleh solat di Masjid al-Aqsa meski warga banyak yang menderita akibat Israel menghalangi mereka.

Dalam khutbahnya, beliau juga menyebutkan tentang kelemahan umat Islam yang mendorong Israel menguasai tanah Palestin. Ia mengajak umat Islam berpegang teguh dengan agama Allah karena itu jalan menuju kemuliaan dan kekuasaan kembali kepada Islam.

Selain itu, beliau menggesa umat Islam agar mengeluarkan wang simpanan mereka di bank-bank Eropah kerana mereka menyokong Israel.

Khatib Al-Aqsa juga menyerukan pembebasan tawanan Palestin dari penjara Israel dan meminta warga Palestin untuk bersabar dan terus bertahan dari segala penderitaan.

Di pihak lain, rejim Zionis pada hari Khamis (9/6/2016) memberitahu warga Palestin di Gaza bahawa seluruh kawasan terbabit di bawah kawalan pihak berkuasa rejim dan kebenaran untuk menjalankan di solat di Masjid Al-Aqsa, telah ditarik balik.

Rejim penjajah Zionis turut memutuskan seluruh kawal selia dengan penguasa tempatan selama bulan suci Ramadaan. Keputusan itu juga akan mengakhiri lawatan mingguan para warga emas Palestin dari Gaza ke Masjid Al-Aqsa Baitul Maqdis selama Ramadan, yang merupakan sebahagian daripada kandungan perjanjian gencatan senjata yang menamatkan pencerobohan ‘Israel’atas Gaza sejak 2014 lalu.

Sehingga hari ini, rejim Zionis-Isreal membuat peraturan yang sangat ketat kepada jamaah yang mahu solat di masjid al-Aqsha. Di antaranya harus melalui puluhan pintu pemeriksaan dan hanya membenarkan laki-laki tua berusia di atas 45 tahun.

Menurut harian Anadolu Agency, Israel melarang kaum laki-laki di atas usia 45 tahun masuk ke Al-Quds meskipun mempunyai dokumen rasmi. Sehingga hari ini, masih banyak kaum Muslim Palestin yang dilarang masuk ke Masjid al-Aqsa kerana pemberian izin masih dikawal sepenuhnya rejim Zionis-Israel.

Tanwir : Menyemarakkan Semangat Badar

Artikel Berkaitan :Catatan Kemenangan Umat Islam Di Bulan Ramadan

 

No Comments

    Leave a reply