Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kadar itu dikekalkan sama seper-ti tahun sebelumnya termasuk di Putrajaya dan Labuan.

“Kadar ini diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.

Beliau berketa demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ihya Ramadan dan Watikah Pelantikan Ketua Amil dan Amil Zakat Fitrah 1439 hijrah/2018 di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan, pada tahun ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melantik sebanyak 880 ketua amil dan amil bagi 73 Pusat Pungutan Zakat di kawasan yang ditetapkan di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Pada hari ini sebanyak 84 buah masjid, 108 buah surau Jumaat dan 486 surau yang berdaftar di Wilayah Persekutu-an termasuk Labuan dan Putrajaya telah menerima sumbangan daripada MAIWP sebanyak RM6.97 juta.

“Masjid menerima sumbangan sebanyak RM12,000 manakala, surau Jumaat dan surau menerima sumbangan RM10,000 untuk pengimarahan ihya Ramadan, kebersihan dan kecerian,” katanya. – UTUSAN ONLINE