KALAU ‘ESOK PRU 15’: HANYUTKAH PH?


Menarik untuk dibincangkan sebuah harapan dari pembaca Malaysiakini 7 Jun 2020. Johani Johari menulis “kalau esok parlimen bubar’ ia adalah pertarungan dua gergasi politik,  iaitu Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Ia adalah pertarungan ‘terbesar’ dalam sejarah politik Malaysia. Ia adalah kali pertama  ruang pertarungan satu lawan satu yang pernah berlaku. Jika ada calon bebas, ia tidak akan menjadi fokus dan perbincangan hangat, kecualilah calon PH dan PN tidak disenangi oleh pengundi setempat. PRU ke-14, ada pertarungan antara ‘gergasi’, tapi muncul juga pertarungan yang membabitkan PAS, UMNO dan PKR (PH).

Ketika itu, PAS mahu menjadi ‘king maker’ dan dilihat sengaja nak memberikan kemenangan kepada PH atas kepercayaan, bila berlaku saingan tiga atau lebih penjuru, BN ada keupayaan nak menang. Realitinya tidak. BN kalah juga. Misalnya, di Parit Buntar, Kubang Pasu ataupun Jerlun.

Secara formal, Perikatan Nasional belum didaftarkan dan dianggap sebagai pakatan yang rapuh, longgar dan ‘haram’. UMNO tidak berminat untuk PN diformalitikan, sedangkan PAS lebih bersedia. Bagi sesetengah ahli UMNO, cadangan itu adalah untuk membolehkan  Muhyiddin lebih selesa.

Pakatan Harapan diluluskan pada 16 Mei 2018, seminggu selepas PH menang. Ia juga bermula sebagai pakatan ‘haram’. PRU ke-14, bertanding menggunakan logo PKR kecuali di Sabah dan Sarawak. DAP takut pengundi terkeliru kerana ada tempat pengundi tidak sukakan PKR. PH ditubuhkan untuk menjatuhkan BN dan juga pemimpin-pemimpinnya.

BN adalah kembangan daripada Perikatan. Perikatan adalah gabungan tiga parti (Semenanjung), iaitu UMNO, MCA dan MIC. BN mula dibentuk tahun 1974, bagi menyaingi kekuatan parti-parti pembangkang dan sebagai usaha mengurangkan politicking selepas Tragedi 13 Mei 1969

Chin Tong

PRU ke-14, BN kalah dan tamatlah penguasaan sejak PRU pertama (1959) . Kini, BN kembali semula ke zaman Perikatan, di mana kekal dengan parti asal yang membentuknya.  Lain-lain komponen sudah ‘berpatah arang’. MCA pernah bercadang   keluar BN, tetapi tak jadi kerana kedudukannya umpama ‘nyawa-nyawa ikan.’ Gerakan yang kalah habis,  mengambil keputusan keluar  BN dengan harapan, dapat memperbaiki kedudukan bila tidak lagi sekandang.

MCA hanya menang di Air Hitam, Johor dan berjaya menambahkan satu lagi kerusi bila menang di Tg Piai. Wee Jeck Seng yang pernah tewas dalam PRU ke-14, masih diterima dengan baik berbanding calon PH dari PPBM. Kekalahan calon PPBM itu menyebabkan Dr Mahathir tertekan dan ada yang mendesak agar cepat memberikan ruang kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

Daripada empat PRK yang kalah (Semenanjung),  PPBM gagal dua kali, DAP dan PKR masing-masing sekali. Lebih mendukacitakan ialah kekalahan PH dalam keadaan negeri dan pusat dikuasai oleh PH kecuali Cameron Highland (negeri BN dan pusat PH). PH menang cemerlang di PRK Port Dickson kerana faktor Anwar yang disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri.

Kemenangan DAP di Sandakan  dikaitkan dengan kekentalan sentimen pengundi Cina. Jika bukan  DAP yang bertanding, ia mungkin  dimenangi oleh PBS, BN tidak meletakkan calon.  Namun dalam PRK DUN Belakong (8 September 2018), BN (MCA) bertanding tetapi tewas kepada DAP. Ia boleh disamakan dengan apa yang berlaku di Sandakan, pengundi Cina tegar menyokong DAP. Ia berbeza dengan Tg Piai, pengundi Cina rasa ‘tertipu’ dengan pemimpin DAP.

aemada

Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dikatakan gagal menentukan dasar ekonomi yang mencergaskan iklim perniagaan dan dalam masa yang sama, rakyat semakin terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup. Kalau dahulunya GST dikatakan sebagai faktor utama, ia tidak berjaya merendahkannya dalam tempoh ‘tiga bulan tanpa SST’. Harga barangan turun sedikit apabila ditolak 6 peratus GST. SST tidak juga mempengaruhi penurunan harga barangan. Ia kekal 6 peratus. Rakyat melihat ia seperti ‘ ditipu’ sebagaimana bayaran tol digantikan dengan caj kesesakan.

Harga kelapa sawit merudum akibat ‘kecelaruan misi PH’. PH menuduh penyertaan agresif China dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia sebagai ‘menjual negara’ dan tindakan agresif PH membatal atau menangguhkan kontrak yang sudah berjalan. Tidak cukup dengan itu, disiarkan berita tentang kegagalan beberapa negara melunaskan hutang kepada China. Pelabuhan di Sri Lanka diserahkan kepada China. Sebuah negara di Afrika dikatakan lebih percayakan mata wang China daripada matawang negaranya sendiri.

China membatalkan kontrak pembelian minyak sawit dari Malaysia. China bersetuju membeli minyak sawit dari Indonesia. Mahathir turut memulakan permusuhan dengan India atas isu pembatalan kuasa autonomi ke atas Kashmir, dasar baru kewargenaraan penduduk Assam dan keengganan mengekstradisikan Dr Zakir Naik.

India berkehendakkan Zakir bagi perbicaraan dakwaan  ‘penggubahan wang haram’ dan  ‘ucapan melampau’. DAP begitu lantang mendesak dan mengkritik keengganan Dr Mahathir.  Sikap degil Mahathir itu menyebabkan keturunan India (DAP) seperti ‘mengamuk’. Mereka lupa, Dr Mahathir adalah pilihan oleh PH sebagai Perdana Menteri ke-7.

Rakyat mula tersinggung dan semakin tersinggung apabila pemimpin DAP terus mempertikaikan penahanan aktivis mereka dalam mempromosikan LTTE. LTTE sudah diharamkan dan dibubarkan, tetapi, di Malaysia ada percubaan untuk menghidupkannya.  Situasi tegang itu akhirnya menyebabkan politik bertambah celaru, tiada keharmonian idealisme dan sentiasa muncul terjahan untuk saling menjatuhkan. PH tidak bekerja berdasarkan aspirasi rakyat, akhirnya euforia bertukar kepada ’harapan kecewa’.

armada 0

Dalam telahan Johani Johari, jika PRU ke-15 diadakan’esok’ atau dalam masa terdekat, PH boleh menang dengan kemenangan tipis. Andaiannya ialah kecelaruan yang sedang berlaku dalam PN. Sebagai pakatan yang longgar, PN mudah berantakan apatah lagi dengan dakwaan UMNO berusaha untuk ‘menelan’ PPBM.

UMNO masih merasakan kedudukannya lebih kuat daripada parti yang bergabung membentuk PN.  Namun dalam masa yang sama, UMNO dan PAS tetap berusaha untuk menjadikan Muafakat Nasional benar-benar diterima dalam PRU ke-15. Atas hasrat itu, MN mungkin tidak bersedia untuk memberikan kerusi-kerusi yang dimenanginya kepada PPBM. PPBM pula dikatakan berhadapan kesukaran mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenanginya. PPBM sudah berpecah.

PAS turut berhasrat menambahkan penguasaannya, bukan hanya bertahan sekadar 18 kerusi. PPBM yang masih berbaki 12 kerusi, bakal berhadapan dengan UMNO kerana calon lompat juga mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO. Secara jelas,  Muhyiddin (PPBM) hanya memiliki 8 kerusi, empat lagi berpihak kepada kem Mahathir.  .

Dengan pemecatan Mahathir, Mukhriz, Mazlee dan Amirudin,  situasi politik semakin kecoh.  Episod pecat memecat menjadi skrip yang boleh membawa rebah kepada PPBM. Apatah lagi keazaman besar Mahathir untuk ‘menjatuhkan Muhyiddin’ dengan apa cara sekalipun.  Paling diyakini akan berlaku ialah ‘undi tidak percaya’ di Sidang Parlimen yang bakal berlangsung bulan Julai nanti. Sekarang PH menyebarkan propaganda, mereka sudah cukup angka dan Muhyiddin bakal ‘tersemban’ sebelum Dewan Rakyat kembali bersidang.

Ada juga andaian bahawa Muhyiddin akan kembali bersama UMNO. Namun, ia tidak mudah kerana UMNO mempunyai ‘kepentingan’nya tersendiri. Apakah Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia berkompromi atau melepaskan jawatan itu kepada Muhyiddin? Apakah ahli UMNO bersedia menerima ‘katak-katak demokrasi’?

alamak Armada

Kalaupun Muhyiddin berpakat dengan Azmin Ali menubuhkan sebuah parti baharu, apakah ia akan memberikan petunjuk bahawa parti baharu itu dapat muncul sebagai regu terbaik dan mendominasi PN? Azmin Ali pernah dilaporkan bakal menyertai Gerakan, sehingga kini belum berlaku. Azmin juga dikatakan merancang penubuhan sebuah parti baharu, Parti Negara (?). Mungkin juga sedang memperhitungkan beberapa kemungkinan yang lain.

Ekoran Langkah Sheraton dan kegagalan Dr Mahathir ‘menyerahkan kuasa sebelum meletakkan jawatan’ Anwar dikatakan semakin menjarakkan diri dengan Dr Mahathir. Dalam dua perhitungan itu, Anwar ditonjolkan sebagai ‘orang yang paling layak’ dan betiup propaganda bahawa dirinya sudah ada ‘bilangan yang cukup’, sedang bergerak untuk sampai ke angka 129 sokongan wakil rakyat dan boleh melakukannya tanpa Dr Mahathir. Terbaharu, kenyataan Anwar bahawa dirinya dihubungi oleh Sultan Johor dan baginda menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar sudah melihat, Dr Mahathir bukan lagi aset, ada ketikanya bertukar menjadi liabiliti. Anwar peroleh sokongan kuat DAP. Sokongan padu itulah harapannya, walaupun agak sukar,  pengundi ‘muak’ dengan sikap dan budaya politik Anwar. Anwar memang sudah lama layak, sejak dahulu dikatakan ‘anugerah terbaik dari Tuhan’, ‘seorang pemimpin yang melepasi pelbagai ujian’ dan ‘diterima dalam kalangan negara Barat dan Islam’.

Sebenarnya, Anwar dan Dr Mahathir adalah ‘bagasi berat’ dan pengundi tidak mahu lagi  lanskap politik dicorakkan oleh mereka berdua. Pengundi mahukan pengaruh Anwar dan Mahathir ‘lesap’ dan dapat dijarakkan secara perlahan-lahan. Kedua-duanya sudah dan sedang alami apa yang dialami oleh  Sisyphus (mitos masyarakat Greek).

Sekarang ada gerakan secara tersembunyi, ‘asal bukan PH’. Alasannya, PH tidak diperlukan selagi tiga entiti itu terbabit. Mereka namakan MAD, iaitu Mahathir, Anwar dan DAP. Rakyat merasakan cukup terhina dengan Dr Mahathir, tidak cukup selama 22 tahun dan 22 bulan ‘menghina orang Melayu’. Melayu dihina sebagai “malas’, ‘mudah lupa’ dan ‘mudah selesa’.

Imejnya sebagai ‘ultra Malay’ tidak lagi ditonjolkan sebaliknya sudah boleh bekerjasama dengan DAP dan menuduh orang Melayu yang tidak boleh menerima DAP sebagai ‘bacul’.Anwar memang sejak awal lagi mengkritik Dasar Ekonomi Baru. Bagi Anwar, DEB hanyalah momokan untuk mengkayakan kroni, dan perihal Dr Mahathir melakukannya hingga kini belum terpadam dalam pemikiran rakyat Malaysia. Ia membabitkan kekayaan besar anak-anak Mahathir dalam perniagaan dan memiliki ratusan syarikat.

Isu pengurusan ekonomi selama 22 tahun terus disebarkan semula: kisah bail-out (MISC), pemilikan saham Dr Mahathir di dalam pembangunan hartanah dan di kawasan tasik di Sg Besi, hubungan mesranya dengan taikun (antaranya, Vincent Tan, Ananda Krishnan, Ting Pek Khing, pemilik Kumpulan YTL  dan Daim Zainudin). Nasib baik sebelum meletakkan jawatan, projek kereta nasional ketiga belum bermula.

9789679789805

9789679789843

Seandainya Dr Mahathir terus menjadi ‘pengacau’ dalam lanskap politik Malaysia, cerita kegagalannya akan terus dikeluarkan. Sekarang sedang viral video pendek mengenai ‘perangai buruk Dr Mahathir’ mengkhianat semua Perdana Menteri kecuali Tun  Razak. Ia merupakan pendedahan dan cuplikan rakaman video yang tersimpan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi). Tun Abdullah melihat ‘kekejaman Dr Mahathir’ sebagai satu bentuk ‘campur tangan’ selepas tidak berkuasa (biografi Being Abdullah Ahmad Badawi, 2016) manakala Musa Hitam menyifatkan Dr Mahathir adalah lebih teruk (Frankly Speaking, 2016).

Kedua, Anwar juga perlu bersara. Tiga kali gagal dalam percubaannya untuk menjadi Perdana Menteri. Kali pertama, Dr Mahathir ‘membakar jambatan’ setelah ada riak berusaha ‘merampas kuasa’ yang kemudiannya dikaitkan dengan ‘masalah moral’. Pelucutan jawatan tahun 1998 mendapat reaksi dan simpati besar.

Setelah gagal ‘menukarkan kerajaan’ pada 16 September 2008, simpati terhadap Anwar semakin menipis. Langkah Sheraton menjadi ‘kemuncak’ kegagalan Anwar kerana sebilangan pendokongnya dalam PKR mengambil sikap tidak lagi ‘mahu bersama Anwar’. Azmin sanggup dianggap ‘pengkhianat’ dan melupakan liku-liku perjuangan reformasi kerana tidak lagi mahu berada di bawah telunjuk Anwar. Nepotisme Anwar terlalu kuat, hinggakan seboleh-boleh PKR dikuasai oleh ahli keluarga sendiri. PKR sudah dianggap sebagai parti keluarga dan rakan-rakan.

Kelompok ketiga ialah DAP. Keengganan PAS meneruskan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat kerana DAP sentiasa ada sifat mengawal dan mereka adalah ‘abang besar’. DAP dikatakan sebagai ‘penaja’ kepada penubuhan PAN (2015). PAN didirikan oleh tokoh PAS yang kecewa setelah muktamar parti cenderung memilih kumpulan ulama berbanding golongan professional. Golongan professional dilihat ada kaitannya dengan Anwar. Fenomena tersebut pernah digelar sebagai Anwarinas dan dikatakan bakal menghancurkan PAS dari dalam seperti serangan virus.

PPBM yang hampir kesemuanya adalah bekas ahli UMNO, mempunyai dua pendirian berbeza mengenai DAP. Pada peringkat awal, kumpulan yang ‘kurang mesra DAP’ akur dengan kerjasama bagi membentuk Pakatan Harapan yang dirintis oleh Dr Mahathir. Ini kerana matlamat utama ialah menumbangkan Najib. Najib dianggap ‘liabiliti’ dan telah membudayakan kleptokrasi secara meluas.

azmin ali

Setelah bersama DAP meneruskan agenda Malaysia Baharu, sekumpulan pemimpin dalam PPBM mula merasai ‘cengkaman DAP’. Mereka merasakan DAP memperoleh ruang yang cukup luas dalam kerajaan, dan seterusnya semakin giat mempengaruhi orang Melayu dengan acuan Malaysian Malaysia. Mereka akhirnya merasakan jika hubungan itu berterusan, survival politik Melayu-Islam bukan lagi berada di persimpangan jalan, bahkan bakal ditolak “ke jalan mati”.

Perdebatan panas pada malam sebelum Dr Mahathir meletakkan jawatan cukup sebagai bukti keresahan kelompok Muhyiddin. Dasar perjuangan PPBM ialah memperkukuhkan kedudukan politi Melayu-Islam, maka Dr Mahathir diasak untuk memutuskan kerjasama dengan DAP. Namun, Dr Mahathir cukup licik. Beliau bersetuju, tetapi tidak mahu dirinya dilibat atau dikaitkan. Menurut Hamzah Zainudin, PPBM melakukan apa yang ‘diarah’ oleh Dr MAhatir ialah ‘keluar daripada PH’ untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS bagi memperkuatkan politik Melayu-Islam.

Selepas peristiwa tersebut, Dr Mahathir cuba menafikan ‘arahan’nya. Tindakan Dr Mahathir itu kemudiannya mendapat respon dari wakil rakyat Hulu Terengganu dengan berkata: Ingatan Dr Mahathir begitu singkat, ‘memorinya hanya empat hari’. Dr Mahathir benar-benar dilanda fenomena “Melayu sudah lupa”. Sebab Dr Mahathir memang ‘sudah lupa’ ada sengaja ‘buat-buat lupa’ bagi mempertahankan egonya.

Pentadbiran PH selama 22 bulan cukup meninggalkan ‘trauma’ kepada orang Melayu-Islam. Setiap hari orang Melayu melihat betapa liciknya DAP menterjemahkan perjuangan Malaysian Malaysia dalam setiap tindakannya, termasuk mempengaruhi keputusan dasar Dr Mahathir. Dalam keadaan tertentu, Dr Mahathir yang ‘sedikit tersedar’ bersedia untuk menangguh atau mengambil sikap bertentangan. Misalnya mengenai ratifikasi i-CERD dan Statut Rom. Setelah mendapat bantahan meluas, kedua-duanya tidak diteruskan.

alamak

Atas kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, secara diam-diam Lim Guan Eng memberikan bantuan kepada institusi pendidikan persendirian Cina. Pemberian bantuan ini menjadi suatu perkara yang menyakitkan orang Melayu memandangkan sekolah-sekolah persendirian tersebut tidak menyokong Dasar Pendidikan Kebangsaan dan akan terus bertahan dengan dasar multibahasa dalam sistem pendidikan kebangsaan. Terbaharu ialah penentangan terhadap kurikulum bahasa Melayu SJKC dan SJKT hanya kerana ada elemen tulisan jawi.

Keadaan menjadi bertambah resah apabila aset TH dipindahkan ke Kementerian Kewangan di bawah pengurusan sebuah syarikat yang ditubuhkan khas oleh Khazanah. Ia dikaitkan dengan dakwaan jelas “DAP berusaha melumpuhkan entity yang ada kaitan dengan orang Melayu”. Dilaporkan lebih 70 peratus aset TH Plantations sudah dijual dan ini menyebabkan orang Melayu semakin bencikan DAP dan bersedia ‘menghukum’ Mujahid Yusuf Rawa yang akhirnya mengakui bertanggungjawab, bukannya Lim Guan Eng.

Sikap pemimpin DAP terhadap Dr Mahathir juga dilihat sebagai ‘melampau’ dan tidak sepatutnya dilakukan. Ini kerana DAP adalah sebahagian daripada ‘perkongsian kuasa’ dalam PH dan kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri perlu dihormati. Jika ada beberapa ‘ketidak selarasan’ atau ‘perbezaan pandangan’ ia sepatutnya tidak dibuat komen secara terbuka. Ia masih boleh dibincangkan secara tertutup sama ada dalam Majlis Presiden PH atau lain-lain platform yang membabitkan seluruh komponen PH.

Ia tidak berlaku. Pemimpin DAP peringkat akar umbi terus mengkritik dan membuat desakan ke atas Dr Mahathir. Ada desakan secara lantang mahukan Dr Mahathir segera meletakkan jawatan. Ketika PPBM kalah di Cameron Highlands, Dr Mahathir menerima desakan dan paling tertekan ialah ketika calon PPBM gagal mempertahankan kerusi Tg Piai.

BANTAH ZAKIR NAIK

Antara pemimpin DAP yang dilihat lantang mengkritik Dr Mahathir ialah Ronnie Liew. Terbaharu, Ronnie Liew menyenaraikan kesilapan-kesilapan Dr Mahathir selepas PH terlucut kuasa. Sebelumnya beliau menggelar Dr Mahathir sebagai ‘harimau kertas’. Biarpun Ronnie Liew adalah pemimpin DAP yang kurang berpengaruh, komen dan kemarahannya turut memberi kesan, yang mungkin boleh ditafsirkan sebagai refleksi perjuangan sebenar DAP. Setakat ini tidak ada tindakan tegas terhadap Ronnie Liew, hanya sekadar memberikan amaran dan menyatakan ia adalah ‘pendapat peribadi’, bukan pendirian DAP.

Kini, Lim Guan Eng terpaksa mencari jalan untuk ‘mempertahankan diri’ selepas dilaporkan pernah menulis surat kepada Peguam Negara, melepaskan seorang taikun Cina yang dikaitkan dengan menerima wang daripada 1MDB. Pendedahan itu adalah reaksi balas kepada komen Dr Mahathir terhadap ‘pelepasan’ Riza Aziz setelah berjanji akan memulangkan sebahagian wang yang dikaitkan dengan  1MDB. Tommy Tomas terus dihantui oleh kesilapan-kesilapannya membebaskan pendokong DAP yang dikaitkan dengan LTTE, melepaskan Lim Guan Eng dengan dakwaan ‘rasuah dan salah guna kuasa’ dan sikap tidak endah untuk ‘mencari keadilan untuk Adib’.

Kredibiliti Lim Guan Eng terus dipersoalkan. Kepintaran Dr Mahathir dan Lim Guan berbohong tentang jumlah sebenar hutang negara dan rasional meminjam bon samurai dilihat sebagai ‘bom jangka’ yang bakal meletup. Lain-lain isu ialah  penjualan aset GLC dan GLiC, ‘kecurian’ wang bayaran balik GST, mengharungi lima bulan pertama dengan wang RM 450 juta, pemberian RM 30 melalui e-wallet, pengecilan skop dan pemansuhan beberapa stesen MRT, mitos penjimatan kos pembinaan ECRL,  bayaran kerja-kerja kajian terowong bawah tanah lebih awal daripada siapnya laporan, dan penjualan tanah-tanah kerajaan di Pulau Pinang. Mungkin juga Lim Guan Eng akan dipersoalkan dengan pembelian banglo tanpa kolam renang di bawah harga pasaran.

komen rais

Kesemuanya ‘momokan’ yang dilakukan oleh PH sepanjang 22 bulan akan terus menjadi pemangkin penolakan rakyat. Ia membuktikan PH bukan sahaja gagal, tetap tidak terlepas daripada budaya klepktokrasi. Dengan isu kehilangan RM 250,000 oleh Ketua Armada PPBM, telah membuka kepada penemuan wang tunai yang lebih besar (RM 600,000) di dua premis kepunyaan pemimpinnya, termasuk sebuah kenderaan bernilai RM 100,000 oleh pihak ketiga.

Dr Mahathir menyifatkan proses siasatan itu sebagai ‘tekanan kepada pembangkang’ tetapi Dr Mahathir melakukan tindakan yang lebih ‘ganas’ kepada Najib selepas berkuasa.Tetapi, rakyat bukan lagi boleh diperbodohkan, rakyat melihat betapa ‘ganas’nya Dr Mahathir menggunakan PDRM untuk menggelidah rumah, pangsapuri, pejabat sementara dan membekukan akaun peribadi Najib sebaik sahaja berkuasa. Rakaman-rakaman lensa kamera kejadian tersebut akan terus disimpan sebagai arkib berharga untuk menyerang Dr Mahathir yang lebih ‘kejam’ daripada dakwaan menggunakan SPRM untuk menyiasat aktivis parti yang menyokongnya.

Jika dilihat daripada perspektif laporan portal online, misalnya Malaysiakini dan Malaysia Dateline (dibawah pengaruh PAN), amat jelas konsep jurnalisme yang diperjuangkan itu bertukar kepada churnalisme. Istilah churnalisme berasal dari perkataan churn, yang dalam bahasa Melayu bererti, memotong sesuatu yang besar menjadi kepingan yang lebih kecil. Kepingan-kepingan kecil itulah yang diambil atau dilaporkan. Ia berdasarkan kecenderungan penulis untuk memilih kepingan mana yang boleh dijungkirbalikkan atau memberikan ‘political mileage’ dan sesuai dengan dasar pemilik portal itu sendiri.

Fakta-fakta lain walaupun menarik, ia diketepikan kerana tiada ‘political mileage’ untuk organisasi politik yang disokongnya. Meskipun ada fakta yang dipilih itu hanya sekadar ‘hearsay’ atau ‘cakap-cakap kosong’ ia akan diapungkan sehingga menjadi ‘kontroversi’ ataupun ‘kesan halo’, ‘boomerang’ mahupun mengundang reaksi politik.

Tidak mengapa, kemudian tokoh yang dikaitkan itu boleh membuat penafian atau penjelasan bahawa ‘dikutip di luar konteks’. Jika ada salah faham “saya memohon maaf’. Itulah strategi yang dipakai, sedangkan ‘kerosakan’ sudah berlaku. Hanya sekadar ‘damage control’. Bagaimanapun prinsip Bad News is a Good News tidak berubah walaupun pendekatan pelaporan sudah terpesong daripada rule of thumb jurnalisme, truth dan fair comment. Kebenaran hanya sekadar persepsi dan bukan lagi fakta, post-truth. (Terima kasih Bill Kovach dan Tom Rossentiel, Blur (2010), Tom Wicker, On Press (1979) dan Sharyll Attkinson, The Smear, (2017)).

PRU ke-14 benar-benar diselubungi oleh post-truth dan sampai sekarang dakwaan kleptokrasi Najib belum dapat dibuktikan. Kleptokrasi bukanlah perkara baharu, budaya itu sudah berkembang sejak Dr Mahathir memerintah. Beliau pernah dilabelkan sebagai seorang Perdana Menteri yang cukup kuat dikaitkan  kroni, korupsi dan nepotisme dan dalam UMNO, ialah politik wang. Mahathir pernah mengakuinya, dan mengakui bahawa kemenangannya dengan 43 undi (episod 1987) tidak selari dengan pencalonannya. Ia ada kaitannya dengan politik wang (Yahya Ismail, Politik UMNO, Melayu Tergugat (1987) dan Ahmad Atory Hussain, Dimensi Politik Melayu 1980-1990 (1993)).

Siapakah yang sebenarnya memulakan ‘politik wang’? Siapa yang terbabit ‘merasuahkan perwakilan’ ketika itu? Tetapi, yang paling diingati ialah kisah cerita rakyat, singa akan menerkam orang yang menolong mencabut duri. Apakah Tengku Razaleigh yang pernah memberikan persetujuan untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Hussein itu ‘diterkamnya’?

membina dan meruntuh Malaysia

Sebenarnya, Dr Mahathir telah menggunakan Musa Hitam dalam pertandingan 1981 dan 1984 bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tahun 1987, perlu dipecahkan misteri, kenapa pengundian dibuat pada hari Jumaat dan kenapa ada ‘black-out’ ketika proses penjumlahan undi? Siapakah sebenarnya yang mengkhianati tradisi dan idealisme perjuangan UMNO? Dr Mahathir telah memusnahkannya dari dalam sebagaimana didedahkan oleh anak saudaranya sendiri, Ahmad Mustapha Hassan, Membina dan Meruntuh Malaysia, 2008.

Kalau ‘esok’ diadakan PRU ke-15, apakah PH boleh menang? Johani Johari menjawab ‘boleh’ dengan ‘kemenangan tipis’. Namun, dari segi sentiment rakyat, harapan PH memang tipis selagi DAP, Anwar dan Mahathir terus dibiarkan ‘melaga-lagakan’ parti politik yang bertentangan. Rakyat akan memberikan ‘undi simpati’ kepada mereka yang didakwa ‘jahat’ dan ‘membentuk kerajaan pintu belakang’ kerana rakyat sedar dan semakin muak dengan percaturan kuasa Mahathir dan Anwar.

Di tengah-tengahnya, ada DAP dan dalam kenyataan pemimpin-pemimpin DAP amat jelas ‘menghasut’ dan cuba mengkhianati ‘penyatuan politik Melayu-Islam’ yang dirintis oleh PAS dan UMNO dan kemudian diperkuatkan dengan penyertaan Bersatu (pro Muhyiddin) dan PKR (pro Azmin) dalam mengharungi kerajaan ‘tebuk atap’ yang sebenarnya berpunca daripada serangan anai-anai dalam koloni PH.

Rabung atap telah runtuh akibat serangan spesies coptotermes, spesies anai-anai paling bahaya yang pernah ditemui di Malaysia. Semakin ‘disembur racun’, semakin kuat ia berlawan. Coptotermes yang sangat kuat mempertahankan askar dan pekerjanya serta koloninya, sebab itu sanggup beroperasi dari busutnya 10 meter di dalam tanah.

Rakyat Malaysia sudah boleh mengesan coptotermes itu dalam politik Malaysia dan PAS sudah berusaha menjauhkan diri sejak tahun 2016 lagi kerana spesies berkenaan sentiasa melihat dirinya sebagai ‘abang besar’ dan ‘hebat’.

SYABAS Tan Sri Muhyiiddin, 100 hari pertama PN sudah ‘ada petunjuk’ Malaysia boleh melangkah ke hadapan dengan cemerlang dan rakyat kembali merasa lega, terlepas daripada cengkaman ‘biawak komodo’.

 

Monosin Sobri

 

Editor's choice

No Comments

    Leave a reply