KASHMIR SEMAKIN DICENGKAM NASIONALIS HINDU

Aadita Chaudry, calon ijazah kedoktoran dalam Kajian Sains dan Teknologi, University York, Toronto, Kanada   menulis mengenai persamaan antara Supremasi Kulit Putih dan Nasionalis Hindu, di mana kededuanya memiliki akar yang sama dengan gagasan ‘ras Arya’ di Abad ke-19. Ketika ini, kededuanya juga dikatakan memiliki tujuan yang sama untuk mengikis sifat-sifat sekular yang terdapat dalam negara masing-masing, yang akhirnya adalah memusuhi Islam.(Baca: Why white supremacists and Hindu nationalists are so alike, Al-Jazeera, 13.12.2018).

Menurut Aadita Chaudry, setelah kemenangan Donald Trump (Pilihan Raya Presiden, 2016), kita menyaksikan ‘normalisasi’ dan kebangkitan sayap kanan supremasi kulit putih serta ‘ultranasionalis’ di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Kemunculan sayap kanan itu walaupun menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia, ideologi yang dicetuskan oleh Donald Trump itu nampaknya sudah menemukakan lahannya yang tidak pernah diduga, iaitu India.

Supremasi Kulit Putih pada beberapa bulan lalu telah menggemparkan dunia apabila berlakunya serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand ketika masyarakat Islam sedang bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada 15 Mac 2019. Dalam serangan yang dilakukan oleh Brendon Tarrant, seorang rakyat Australia telah menyebabkan 51 orng terbunuh dan 49 orang lagi cedera parah. Suspek memperkatakan serangan itu secara langsung menerusi facebook live, dan dia sebenarnya amat bencikan kehadiran umat Islam di bumi kulit putih, lalu menyifatkan dirinya sebagai ‘rasis, eko-fasis dan anti-imigran’.

Nerendra Modi (lahir 17 September 1950) merupakan perancang utama Parti Bharatiya Janata (BJP) di Gujerat (1995 dan 1998) dan menjadi salah seorang yang berpengaruh dalam Pilihan Raya India pada tahun 2009. Pakatan Demokratik Nasional yang dipimpin oleh BJP kalah dalam Pilihan Raya Umum 2009, tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk meraih kemenangan lima tahun kemudiannya (2014).

Narendra Modi adalah seorang nasionalis Hindu dan menganggotai anggota Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), gerakan pemuda Hindu yang pernah disamakan dengan Pemuda Hitler dari segi matalamatnya. Pada tahun 2002, Narendra Modi dilaporkan terbabit dengan satu rusuhan di Gujerat. Rusuhan tersebut membabitkan pembakaran keretapi Godhra dan permusuhan Hindu-Muslim. Keretapi Sabarmati Ekspress dikatakan diserang oleh sekumpulan penganut Islam di Godhra pada 27 Februari 2002 dan mengakibatkan kematian 58 orang penganut Hindu yang menaiki keretapi tersebut dalam perjalanan pulang dari Ayodhya.

Serangan itu menyebabkan penganut Hindu melakukan serangan balas di beberapa wilayah di India sehingga membunuh 790 orang penganut Islam dan 254 penganut Hindu manakala 223 orang dilaporkan hilang. Sejumlah 523 tempat ibadat rosak, termasuk 298 dargah, 205 buah masjid, 17 kuil dan 3 gereja. Dianggarkan lebih 61,000 penganut Islam dan 10,000 penganut Hindu meninggalkan rumah mereka. Insiden tersebut berjaya menangkap hampir 18,000 penganut Hindu dan lebih 3,600 penganut Islam. Insiden tersebut menyebabkan ada pihak yang mendakwa kematian penganut Islam sebagai ‘genosid’ di mana Narendra Modi yang bertanggungjawab sebagai Menteri Utama Gujerat (2001-2014) dipersalahkan. Laporan siasatan yang dilakukan, termasuk dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Laporan Hak Asasi Manusia) menyifatkan Narendra Modi dan pegawai polis tempatan bersubahat dalam rusuhan tersebut, yang kemudiannya dianggarkan lebih 1,000 orang penganut Islam terbunuh.

Sejak kecil, Narendra Modi yang merupakan anak seorang penjual teh di Gujarat digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kebaikan: berani, cerdas, tekun, adil dan belas kasihan. Sifat-sifat ini kemudiannya diilustrasikan dalam sebuah komik Bal Narendra (Narendra Muda) oleh Amar Chitra Katta. Komik tersebut merupakan sebahagian daripada kempen politik Narendra Modi untuk calon nasionalis Hindu sebagai Perdana Menteri India (2014). (Baca: Basharat Peer, Menjadi Muslim Di Bawah Narendra Modi, http://jalantelawi.com/2014/06/menjadi-muslim-di-bawah-narendra-modi/_

Semasa menjawat jawatan Menteri Utama Gujarat, Narendra Modi jarang melawat kem-kem tahanan Muslim dan juga memohon maaf mengenai rusuhan komunal yang terbesar di wilayah yang dikuasainya. Pada tahun 2014, daripada 449 calon BJP yang bertanding di peringkat Dewan Rakyat (Parlimen), hanya lapan orang sahaja calon yang bukan beragama Hindu. Dengan menegaskan cadangan membina semula sebuah kuil untuk dewa Hindu, Ram di atas sebuah tapak masjid yang diruntuhkan oleh pelampau Hindu pada tahun 1992, di utara Ayodhya. Rusuhan tersebut membabitkan kematian ribuan orang penganut Islam (Majid Babri). Masjid Babri itu dibina pada abad ke-16 oleh Babur, Maharaja Mughal Pertama.

kebangkitan nasionalis hindu

Awalnya, masjid tersebut dinamakan sebagai Masjid i-Jamnasthan dan pada tahun 1940,  ditukar kepada Masjid Babri atau Babur. Ia merupakan masjid yang terbesar di Uttar Pradesh. Pada tahun 1992, satu perhimpunan yang membabitkan lebih 150,000 orang bertukar menjadi rusuhan apabila penganut Hindu mendakwa tapak masjid itu adalah tempat kelahiran Sri Rama, dan pernah menjadi tapak pemerintahan dewa Vishnu dan kerajaan Ayodhya. Dalam manuskrip Hindu, Ayodhya merupakan salah sebuah dari enam buah bandar suci agama Hindu. Sehingga tahun 1857, penganut Hindu dan Islam boleh melaksanakan ibadat masing-masing di situ dengan aman dan harmoni.

Di akhir penggal pertama pemerintahan Narendra Modi, lebih empat juta penduduk wilayah Assam yang bersempadanan dengan Bangladesh dilucutkan kerakyatannya apabila gagal mengemukakan dokumen rasmi kelahiran mereka di India sehingga tahun 1971. Tahun 1971 merupakan tarikh perpecahan sebenar antara Bangladesh (Pakistan Timur) dari sebahagian wilayah India, yang mempunyai penduduk seramai 31 juta orang. Kesemua empat juta penduduk Assam yang dilucutkan kerakyatan itu adalah penganut Islam.

Sebahagian nasionalis Hindu mendakwa mereka yang gagal menunjukkan dokumen rasmi sebagai penduduk Assam adalah merupakan pelarian dari Bangladesh yang berhadapan dengan krisis politik selepas negara itu mencapai kemerdekaan. Ada juga dakwaan bahawa penduduk Assam adalah dari etnik Rohingya yang berhijrah dari Rakhine, Myanmar akibat konflik agama yang dilakukan oleh pemerintahan junta tentera, termasuk sami Buddha. Narendra Modi merancang untuk membina sepuluh buah kem tahanan besar di sekitar Assam untuk menempatkan semua penduduk Islam yang gagal mendapat taraf kerakyatan India.

Setelah Narendra Modi menang untuk penggal kedua pada bulan April lalu, beliau memulakan tindakan yang lebih agresif untuk menyempurnakan hasrat nasionalis Hindu, iaitu memecah dua wilayah pentadbiran Kashmir, Jammu dan Kashmir. Jammu merupakan wilayah yang dihuni oleh lebih 60 peratus penganut Hindu manakala Kashmir mempunyai penganut Islam yang amat dominan, iaitu 93 peratus. Kededua wilayah baharu itu akan ditadbirkan secara langsung dari New Delhi. Keputusan tersebut dijangka akan dilaksanakan penghujung tahun 2019 apabila rang undang-undang pemansuhan Perkara 370, Perlembagaan India diluluskan pindaannya.

narendra modi

Narendra Modi dijangka tidak berhadapan dengan masalah besar, kerana BJP memenangi 303 kerusi Dewan Rakyat daripada 353 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Demokratik Kebangsaan India yang diketuainya. Atas kemenangan besar 22 dari 29 buah negeri India itu menyebabkan BJP semakin berusaha untuk menormalisasikan hak-hak Hindu dan merealisasikan bahawa India adalah sebuah negara nasionalis Hindu. Ia menyamai apa yang diinginkan oleh Donald Trump menerusi slogan American Great Agains, iaitu menyekat kemasukan kaum imigran dan memulakan perang perdagangan dengan China. Amerika berusaha untuk memperkuatkan supremasi kulit putih dan kerana itu, bersedia mengenakan sekatan atau cukai tambahan ke atas produk yang diimport dari China.

Kashmir merupakan sebuah wilayah yang menjadi rebutan tiga buah negara, iaitu India, Pakistan dan China. Ketiga-tiga negara tersebut menguasai sebahagian daripada wilayah besar Kashmir berdasarkan kedudukannya yang bersempadanan. China menguasai kawasan seluas 37,555 kilometer persegi (20 peratus), Pakistan mengawasi kawasan seluas 85,846 kilometer persegi (37 peratus) manakala India seluas 101,338 kilometer persegi (43 peratus). Tindakan menggantung kuasa autonomi ke atas Kashmir yang dikuasainya itu dianggap sebagai malatapetaka dan seterusnya memperhebatkan sengketanya dengan Pakistan.

Pakistan mula bimbang dengan cadangan Narendra Modi untuk menambahkan penempatan seramai 370,000 orang tentea India di Kashmir bakal menjadi pengkalan urama menyerang Pakistan untuk masa-masa selanjutnya. India dan Pakistan pernah beberapa kali berbalas serangan berhubung isu Kashmir.

Menurut penulis buku India: Bangkitnya Raksaksa Baru (2007), Irwan Suhanda, ketika India diambang merdeka, telah terbentuk kesepakatan antara Jawaharlal Nehru dan Muhammad Ali Jinnah (1946), bahawa dua dominion akan diberikan hak untuk mentadbir India sebaik sahaja diberikan kemerdekaan pada tahun 1947. Parti Kongres Nasional dipimpin oleh Jawaharlal Nehru manakala Liga Muslim yang diketuai oleh Muhammad Ali Jinnah, dan pada 15 Ogos 1957, dan dua dominion itu ialah India dan Pakistan (termasuk Bangladesh). Sebelum itu telah muncul perbalahan atau konflik mengenai wilayah Kashmir yang dihuni oleh penganut Islam.

Secara umumnya, Kashmir terdiri daripada tiga daerah yang luas, iaitu Jammu, Kahsmir dan Ladakh. Wilayah ini merupakan kawasan yang bukan sahaja cantik dan menarik sektor pelancongan, ia juga merupakan sebuah kawasan yang subur. Eric Margolis menyifatkan Kashmir sebagai zon yang dikawal oleh tentera, disebabkan tiga negara mempunyai kepentingan ke atas wilayah tersebut. (Baca: Eric Margolis, War at the Top of the World: The Struggle for Afghanistan, Kashmir, and Tibet (2004)).

Perebutan Kashmir menjadi bertambah rumit apabila Pakistan dilaporkan telah menyerahkan tanah seluas 8,000 kilometer persegi kepada China. Pemberian tersebut menyebabkan India bukan sahaja bimbang bahkan bermusuh dengan Pakistan. Sekurang-kurang sudah dua kali berlaku perang antara India dan Pakistan, iaitu tahun 1947 dan 1965. Tahun 1999, hampir terjadi perang sekali lagi, tetapi berjaya dikawal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahkan pada awal tahun 2019, meletus beberapa kali tindakan menyerang antara India dan Pakistan menyebabkan beberapa orang terbunuh. Setakat ia belum menunjukkan ada petunjuk akan berlaku perang yang lebih besar.

Cadangan Narendra Modi untuk menambahkan jumlah tentera kepada 1.7 juta orang di Kashmir telah dilihat oleh Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan sebagai percubaan nasionalis Hindu untuk melenyapkan majoriti penduduk Islam di Kashmir. Inilah yang akhirnya dinamakan sebagai India sebagai negara nasionalis Hindu, termasuk menormalisasikan Perlembagaan India dari sekular kepada Negara Hindu.

Apa yang ditulis oleh Adita Chaudry pada penghujung tahun lalu, ada benarnya. Narendra Modi dan Donald Trump pernah berbincang dan menjalin hubungan sejak tahun 2006, manakala kemenangan Donald Trump yang membawa mesej America for American menyuntik semangat untuk menjadikan India sebagai negara nasionalis Hindu. Ada beberapa persamaan pendekatan antara Nasionalis Hindu dan White Supremacy, kerana kedua-duanya saling mengakui bahawa ras Arya mempunyai kelebihan berbanding lain-lain keturunan.

Jelas Adita: “…a loosely knit coalition of populists, white supremacists, white nationalists and neo-Nazis – turned to India to find historic and current justifications for their racist, xenophobic and divisive views. Using a specific, “white nationalist” brand of Orientalism, they projected their fantasies about a racially pure society onto the Indian culture and in response received a warm welcome from Hindu fundamentalists in India.

“While an alliance between the Hindu far right and the Western alt-right may appear confounding on the surface, it actually has a long history, going all the way back to the construction of the Aryan race identity, one of the ideological roots of Nazism, in the early 20th century.

“In the 1930s, German nationalists embraced the 19th-century theory that Europeans and the original Sanskrit speakers of India who had built the highly developed Sanskrit civilisation – which white supremacists wanted to claim as their own – come from a common Indo-European, or Aryan, ancestor. They subsequently built their racist ideology on the assumed superiority of this “pure” race.”

Tambah Adita lagi, “Likewise, Hindu nationalists in India, empowered by the BJP’s landslide election victory in 2014, and inspired by European ethnonationalism and fascism, reject the constitutional secularism of the Indian state, propose that India is fundamentally a Hindu nation, and insist that minorities, especially Muslims and Christians, do not belong in a “Hindu country”.

Ever since the start of the normalisation of far-right ideas in the West, a surge in racist, anti-Semitic and Islamophobic attacks was witnessed across the US and Europe.

The same happened in India after Hindutva officially became the governing ideology in the country. Over the past few years, countless Muslims, Christians and low-caste Hindus have been persecuted, assaulted and even killed for allegedly killing cows and many Muslims were targeted for allegedly participating in so-called “love jihad“.

But despite all these similarities, there is major a difference between Hindu fundamentalism in India and far-right movements in the West: the liberal reaction to it.

Bagaimanapun di bahagian akhir tulisan itu, Aditaa meramalkan bahawa “…Hindu nationalism cannot be defeated by Hindus alone. People around the world who engage with and comment on the Indian culture on a regular basis, including sub-urban Yoga mums in the US and vegan activists in Europe, should educate themselves on the secular nature and diverse identities of India. They need to join the resistance against the oppression and abuse of the country’s minorities and stop perpetuating the Hindu-nationalist myth that India is a “Hindu nation”.

Ertinya, India yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang keempat teramai (Indonesia, Pakistan dan Bangladesh) terlebih dahulu terpaksa berhadapan dengan kebangkitan umat Islam walaupun hanya merupakan 16.4 peratus atau 174 juta orang. Apatah lagi dengan ketakutan nasionalis Hindu terhadap kadar kelahiran semulajadi penganut Islam menyebabkan ia sukar untuk menyegerakan penubuhan negara nasionalis Hindu. Islam meningkat lebih cepat di India manakala sebahagian daripada penganut Hindu semakin meninggalkan agama asal mereka sama ada menjadi agnostik mahupun Kristian ekoran perkembangan ekonomi semasa.

India yang mempunyai penduduk kedua teramai masih belum mampu menghapuskan kemiskinan  bahkan dalam banyak hal, sebahagian rakyatnya dibiarkan menderita hidup dalam kepayahan memperoleh makanan dan pendapatan. Ini menyebabkan sebahagiannya menjadi golongan imigran, dan tentunya, sebahagian yang pernah bergelar imigran tidak lagi bersedia kembali ke negara asal disebabkan selesa dengan negara baharunya.

Bagaimanapun, kelompok nasionalis Hindu tidak akan mudah luntur semangatnya. Mereka akan sentiasa membina tembok dan menyempadankan perjuangan mereka atas nama agama sebabnya dari segi etnik, ia bukan faktor pemersatu yang boleh diharapkan. Begitu juga berasaskan bahasa, kerana bahasa Hindi dan English terus dinobatkan sebagai bahasa rasmi, yang mana sebahagian bahasa (kesemuanya dianggarkan terdapat 22 bahasa utama) hanya wujud sebagai bahasa wilayah atau negeri.

Hanya agama boleh menyatukan etnik-etnik India untuk bersatu, maka itulah sebabnya BJP akan terus menerajui politik nasionalis Hindu, yang pada suatu ketika, mungkin dapat dikalahkan kerana liberalisasi pemikiran sudah pun bermula, dan mereka tetap mahukan India kekal dengan perlembagaan sekularnya, bukan negara nasionalis Hindu. Cabaran itulah yang bakal menentukan Narendra Modi dan BJP sama ada berjaya atau gagal untuk menjadikan India sebagai Negara Nasionalis Hindu untuk tahun-tahun selanjutnya.

education for indian muslim

Jika Trump semakin berhadapan dengan kebencian rakyat Amerika atas keberanian America for American, maka Narendra Modi perlu memikirkan semula apakah senjata ampuhnya untuk membangunkan India sebagai Negara Nasionalis Hindu akan berjaya? Rintangannya masih besar, termasuklah reaksi daripada beberapa negara yang mempunyai hubungan perdagangan dengan India, termasuk negara-negara yang diklasifikasikan sebagai negara Islam. Isu pelucutan hak autonomi di Kashmir sudah menjentik ‘perseteruan’ yang  besar dan tentunya akan mengundang lebih banyak konflik yang akhirnya India terpaksa berkorban atau menangguhkan misinya.

Kamarun KH

No Comments

    Leave a reply