Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan dan Penguatkuasaan Unit Pengurusan al-Quran KDN, Jafri Abdullah berkata, sesiapa yang mempunyai cetakan al-Quran tersebut sama ada dalam bentuk tradisional atau digital diminta menghantar kepada pihak KDN untuk siasatan dan tindakan lanjut kepada penerbit.

“Kesalahan pada cetakan ini amat besar dan tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 14, Akta Percetakan al-Quran (APTQ) 1986,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Bliau mengulas lanjut mengenai potongan Surah Al-Baqarah yang disalah cetak dan mula tersebar hari ini menerusi aplikasi WhatsApp.

Mngulas lanjut, Jafri menasihatkan agar orang ramai berhenti menyebarkan gambar surah berkenaan agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

“rang awam perlu pastikan al-Quran yang dibeli atau digunakan mempunyai cop kelulusan Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Percetakan al-Quran KDN,” katanya. -UTUSAN ONLINE.