Keindahan Islam dengan Pelbagai Warna

Ada berapa warna dalam Islam? Ada yang menjawab cuma hitam. Lihatlah pakaian perempuan yg membungkus rapat Muslimah di Saudi Arabia: Hitam. Lihatlah kiswah ka’bah: hitam. Hajar aswad: hitam.

Islam itu hitam. Begitu kata sarjana asing. Tapi bukankah lelaki bergamis putih? Bersurban putih-merah ala raja Salman atau putih-hitam ala Yaser Arafat. Jadi mana satu yang benar?

 

Tak bolehkah ada warna lain? Nanti dulu bukankah ada pula warna hijau? Bukankah di surga kelak kita akan mengenakan pakaian hijau sesuai informasi yang disampaikan al-Qur’an? (Lihat misalnya al-Kahfi:31)

 

Lalu bagaimana dengan warna kegemaran Rasulullah SAW?

 

Abu Dawud mencantunkam dalam Sunan-nya bahawa Nabi mengenakan kain berwarna hijau. Riwayat Tabarani dari Anas mengatakan Rasul paling suka warna hijau.

 

Jadi hijau adalah ciri warna Islam?

 

Tapi riwayat dari Sahih Muslim menyebutkan sabda Nabi: “kelak Dajjal diikuti Yahudi Isfahan sebanyak 70 ribu, mereka memakai serban warna hijau”

 

Nah…!

 

Bagaimana dengan warna kuning?

 

Riwayat Abu Dawud menceritakan bahawa Rasul mewarnai janggutnya dengan warna kuning (kunyit). Riwayat imam an-Nasa’i mengabarkan Rasul mencelup baju dan surban beliau warna ini dan tidak ada pewarna lain yang beliau sukai selain warna kuning ini. Tapi di riwayat lain disebutkan Rasul tidak suka lelaki memakai pakaian kuning dan juga merah. Mana yang benar? Wa Allahu a’lam.

 

Dalam riwayat lain (Abu Dawud, Ibn Majah dan Tirmidzi) disebutkan Nabi senang warna putih. Baik Imam Ghazali, dalam kitab Ihya, mahupun Imam Ibn Abidin dalam kitab Radd al-Muhtar menyebutkan pula hal yang sama: Rasul suka warna putih. Kita tahu keduanya berbeza mazhab: yang disebut pertama bermazhabkan Syafi’i dan nama yang disebut terakhir berasal dari mazhab Hanafi. Ibn Qayyim, yang bermazhab Hanbali, juga mengakui: warna kesukaan Rasul adalah warna putih.

 

Rasul pernah berkhutbah dengan memakai surban hijau, hitam, bahkan ada juga riwayat yang menyebutkan merah.

 

Yang jelas riwayat yang berbeza di atas menunjukkan bahawa Rasul tidak ragu memakai warna pakaian yang ada yang diterima oleh tradisi masyarakat ketika itu. Beliau tidak mengenakan warna mahupun jenis pakaian yang bertolak belakang dengan masyarakat semasa.

 

Jadi apa warna Islam? Jawapannya warna-warni.

 

Andaikata kita menikmati keindahan perbezaan warna ini tentu kita akan dapat memaknai pula satu hal penting: persatuan dan kesatuan itu bukan dengan cara memaksa orang untuk sama seragam. Ukhuwah juga dapat dicapai melalui kepelbagaian.

 

Nadirsyah Hosen

Dipetik dalam www.nadirhosen.net

No Comments

    Leave a reply