KEKALAHAN BN HAMPIR SAMA KISAH TENGGELAMNYA KAPAL PELANCONGAN MEWAH TITANIC

Kapal persiaran mewah Titanic dianggap sebagai yang terbesar dan tercanggih pada zamannya. Kapal Titanic dibiayai pembinaannya oleh JP Morgan, seorang tokoh kewangan yang bersetuju dengan cadangan Rockefeller dan Rothschild untuk menubuhkan Federal Reserve di Amerika Syarikat.

Federal Reserve boleh mencetak sebanyak mungkin wang tanpa perlu sandarkan nilainya kepada emas sebagaimana dipraktikkan sebelumnya. Ketiga-tiga  mereka ini kemudiannya menguasai ekonomi dan politik Amerika Syarikat selepas penentang penubuhan Federal Reserve meninggal dunia.

Titanic dikatakan sengaja ditenggelamkan bagi membunuh Isidor Straus (rakan kongsi Macy Departmental Store), Benjamin Guggenheim (pewaris lombong emas, perak dan tembaga) dan John Jacob Astor IV (org terkaya dunia ketika itu). Ketiga mereka yerbunuh dalam insiden yanh berlaku pada 14 April 1912 ketika dalam pelayaran dari Britain ke New York City.

Tarikh tenggelamnya Titanic juga merupakan tarikh pembunuhan Abraham Lincoln, presiden Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Federal Reserve.

Titanic tenggelam dikatakan terlanggar iceberg sedangkan Kapten Smith merupakan seorang yang berpengalaman mengenai laluan tersebut.

Bagaimanapun, ketika insiden tersebut, Kapten Smith tidak mempedulikan amaran mengenai iceberg itu. Beliau dikatakan mampu menempuhnya kerana beranggapan kapal itu adalah lebih besar daripada iceberg.

Sikap tidak mahu dengar dan menerima nasihat itulah dipanggil titik buta dalam menjadi punca tenggelamnya Titanic yang mewah, terbesar dan terpanjang ketika itu.

Ketika PRU ke-12 dan 13 sudah ada petunjuk bahawa BN dibenci oleh golongan muda. Akibatnya, BN hilang kuasa majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Walaupun masih memerintah, BN tidak begitu yakin bahawa suatu hari kelangsungan kuasanya akan terancam kerana banyak tindakanya dianggap sombong dan hanya berkisar dalam kitaran kumpulan tertentu.

Akhirnya, ia dilihat sebagai titik buta terbesar yang menyebabkan BN hanya mampu menang 79 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Kenyataan Khairy Jamaludin saperti membenarkan amalan dalam BN, tidak mendengar suara akar umbi.

Lebih gemar mendengar pandangan kumpulan tertentu yang bersifat “bodek” dengan mengetepikan berita yang kurang menarik. Ia saperti Soap Opera, terlalu banyak sugar-coating.

Hasilnya, gula-gula itulah yang menjadi pembunuh. Hasilnya BN kehilangan sebagai kuasa yang memerintah baik di peringkat pusat dan juga negeri (kecuali Pahang, Perlis dan Sarawak).

BN yang mengandaikan bahawa mereka boleh terus berkuasa, begitu yakin dalam setiap kempennya sehingga terlupa gula yang dihadamkannya sudah bertukar menjadi racun.

Racun itulah yang membunuh BN kerana kemenangan di PRN Sarawak dan dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) sebagai perunjuk kemenangan.

Apabila diberitahu bahawa akan berlaku tsunami Melayu masing-masing memandang enteng dan mengandaikannya saperti mimpi di siang hari.

Akhirnya titik buta inilah yang menyebabkan BN dalam kesakitan dan ada organnya  diambil orang. Inilah kelaziman politik, bila berkuasa ramai yang ingin menjadikan kita sebagai sahabat dan apabila kita tidak lagi berkuasa ramainjuga yang bukan sahaja menjauhkan diri bahkan ada juga membenci dan mula memaki hamun.

Bila saya teliti perkembangan dalam tempoh seminggu selepas BN kalah, saya teringatkan kisah karamnya Titanic.

Bukan kerana filem itu termasuk dalam kategori pecah panggung dan syhadunya cinta Kate Winsdet dan Leonardo di Capro, tetapi betapa bebalnya Kapten Smith  yang tidak mengendahkan iceberg yang dikesan oleh subordinatnya.

Titik buta itulah menenggelamkan Titanic sehingga lebih 1200 penumpang terkorban. Begitu juga dengan BN kerana tidak mengendahkan terikan akar umbi, demam BN saperti amat sukar untuk kebah.

Kalaupun kebah dalam tempoh terdekat, apakah  UMNO akan jadi lebih berani sedangkan ketika ini dilihat begitu takut dan sebagai pengecut. Tidak bersuara walaupun ada ketikanya dihina, legasinya selama 61 tahun sedang ditolak ke pinggir belantara politik.

Tentunya, ketika menyambut ulangtahun ke-71, tidak ada dulang diarak tetapi masing-masing sedih dan mengeluh sakit apabila kalah.

Belum terlerai simpulan kesilapan, dan tentunya lutut pun terasa sengal dan ngilu untuk kembali berdiri. Saperti sudah hilang semangat keris persada bangsa dan membaranya darah perjuangan Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

UMNO tidak sepatutnya berakhir dengan lenyapnya Titanic. UMNO perlu bangkit dengan semangat baharu dengan menyantumi setiap orang dengan ramah. UMNO perlu melihat kekentalan semangat juang BJP dan LDP.

Setelah mengalami kekalahan besar, BJP bangkit dengan semangat dan jiwa kental sehingga berjaya menguasai semula India di bawah kepimpinan Manmohan Singh. Begitu juga LDP, Shinzo Abe berjaya membawa semula ke puncak kuasa walaupun ketika berhadapan kekalahan, ia dihina dan dikecam.

Pemimpin mereka tidak berjiwa kerdil, tetapi kental membaiki kesilapan dan mendaki semula tangga politik Jepun.

Oleh  Kahar Harun ( Sumber FB Kahar Harun)

No Comments

    Leave a reply