KENAPA 100 HARI PERTAMA ??????

Masyarakat Melayu Islam mempunyai nilai budaya tersendiri mengenai penyakatan 100 hari.

Bagi sesebuah kematian, 100 hari merupakan sambutan penyakatan kepulangan roh yang begitu mendalam bagi pihak keluarga.

Pada hari tersebut, kebiasaannya diadakan majlis tahlil dan doa selamat.

Bagi seorang wanita, selepas 100 hari adalah “dunia kebebasan” setelah sah bercerai. Melepasi tahap itu, seseorang wanita berada dalam keadaan suci dan dibenarkan berkahwin semula setelah tidak menunjukkan tanda hamil dengan suami pertama.

Dalam politik, tempoh 100 hari (3 bulan 10 hari) menjadi penandaarasan yang signifikan. Bagi seorang Perdana Menteri, tempoh 100 hari pertama menjadi motivasi atau tahap penilaian rakyat sama ada untuk melabelkannya sebagai gagal atau melepasi tahap psikologi.

Itulah keadaannya yang berlaku sekarang. Rakyat menanti dengan penuh harapan apakah Perdana Menteri akan melepaskan beberapa belenggu hidup yang menjadi sebahagian agenda kempen.

Rakyat pertamanya sedang menunggu apa keputusan untuk menghapuskan GST dan digantikan semula dengan SST.

GST dikatakan sebagai punca kenaikan kos sara hidup, tetapi dengan menghapuskannya adakah kos sara hidup akan turun dengan banyaknya atau menyamai dengan tahun 1980 atau 1990-an?

Catatan Ibnu Umar

No Comments

    Leave a reply