KENYATAAN MEDIA (PERKASA) : JANGAN TUNDUK KEPADA TUNTUTAN COMANGO

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA (PERKASA) MALAYSIA
19 Julai 2018
14.15HRS

JANGAN TUNDUK KEPADA TUNTUTAN COMANGO

1.       PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) merujuk kepada laporan portal berita mynewshub.tv bertajuk “Comango Tuntut Janji Kerajaan PH” https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/comango-tuntut-janji-kerajaan-ph/ bertarikh 19.7.2018.

2.     PERKASA berasa sangat bimbang dengan senario terkini berkaitan tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang antara lain mempromosikan hak asasi golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. PERKASA percaya bahawa senario ini dicetuskan bertujuan untuk mencabar kredibiliti dan kewibawaan institusi agama Islam, Perlembagaan Persekutuan dan sensitiviti umat Islam serta kredibiliti Raja Raja Melayu selaku ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

3.  PERKASA dengan ini membantah keras tuntutan COMANGO ini kerana amalan golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender adalah jijik dan bertentangan dengan syariat Islam dan amalan Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah. Perjuangan menegakkan LGBT adalah sia-sia dan tidak bermanfaat di sisi syariat Islam dan Allah SWT bahkan norma dan nilai masyarakat dalam negara ini. Aktiviti songsang ini tidak harus sama sekali diberi peluang menular di negara ini.

4. Dalam isu yang sama, PERKASA juga menyokong penuh keputusan YB. Menteri Belia dan Sukan berhubung pengguguran Numan Afifi kerana orientasi seksualnya dan kerana Numan dilihat sebagai aktivis yang memperjuangkan hak LGTB. Tindakan ini adalah wajar dan signifikan demi memelihara kredibiliti, imej dan kewibawaan YB. Menteri sendiri. Jangan sama sekali gejala songsang ini dibiar menyusup masuk ke dalam jiwa generasi muda Malaysia.

5.  Di kesempatan ini juga, Perkasa menggesa agar semua institusi institusi dan NGO orang Melayu Islam bangkit menyatakan sokongan serta taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di-Pertuan Agong serta institusi Raja Raja Melayu. Janganah COMANGO cuba menganggu dan mencabar institusi dan organisasi Islam serta YDP Agong dan institusi Raja-raja Melayu.

Sekian, terima kasih.

Dr Amini Amir Abdullah
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Islam (BIHALIM) PERKASA.

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply