KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) 18 DISEMBER 2017

PERKASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH: DR. ZAKIR NAIK TIDAK LAGI MENJADI BURUAN INTERPOL DAN SEMUA PIHAK DIMINTA MEMADAM SEMUA DATA FITNAH TERHADAPNYA

  1. PERKASA  merujuk         kepada         laporan         dalam         portal         berita perdana news18.com bertajuk  “Interpol  Rejects  India’s  Request  for  a  Red  Corner Notice Against Zakir Naik” (INTERPOL Tolak Permohonan India Untuk Notis Merah Terhadap Zakir Naik) dan laporan dalam berpuluh-puluh laman sesawang lain bertarikh 16 Disember 2017.
  1. Notis Merah  ialah  permintaan  bagi  mana-mana  negara  untuk  menjejak dan menangkap mana-mana individu untuk diekstradisi. Ia dikeluarkan oleh Interpol berdasarkan permintaan sesebuah negara atau tribunal antarabangsa. Namun demikian ia bukanlah waran tangkap antarabangsa. Apabila Interpol menguar- uarkan Notis Merah, ia bermakna seseorang itu disyakki terlibat dengan jenayah dan masih tidak dihukum serta dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

  1. Perkasa bersyukur kepada Allah SWT. atas pelepasan yang diberikan kepada pendakwah tersohor antarabangsa Dr. Zakir Naik oleh Interpol atas tuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan seperti yang didakwa oleh kerajaan India. Perkasa juga bersyukur kerana Interpol telah membatalkan Notis Merah terhadap Dr. Zakir Naik dan Interpol juga telah mengarahkan semua pihak agar memadamkan semua data berkaitan dengan dakwaan palsu terhadap Dr. Zakir Naik. Sayugia diperingatkan, pada   Oktober   lepas   pihak   National   Investigation   Agency   (NIA),   India   telah menfailkan   senarai   tuduhan   terhadap   Zakir   Naik,   pengasas   Islamic   Research Foundation dan Harmony Media Limited, bahawa beliau mempengaruhi para belia untuk melakukan aktiviti keganasan dan ucapan yang berbaur kebencian.
  1. Perkasa  terpaksa  melantik  peguam  dan  mengorbankan  masa  dan  tenaga untuk menangkis tuduhan banyak pihak terutamanya Hindraf terhadap Dr. Zakir Naik. Pada Mac 2017, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee, memfailkan saman terhadap Dr. Zakir Naik dan memohon deklarasi mahkamah bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan negara, keharmonian dan perpaduan rakyat.
  1. Pada 1 Mei 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan PERKASA untuk menjadi pencelah dalam saman pemula puak-puak Hindraf yang antara lain memohon mendapatkan perintah penahanan dan pengusiran ke atas pendakwah Dr Zakir Naik. Perkasa atas kesedaran dan tanggungjawab untuk melindungi Islam sebagai Agama Persekutuan mempunyai locus standi untuk mencelah bagi kes tersebut dan telah beberapa kali turun naik mahkamah. Perkasa juga telah  memohon  mencelah  di  mahkamah  terhadap  tuntutan  Hindraf  agar kerajaan Malaysia menarik balik taraf pemastautin tetap dan mengekstradisi beliau balik ke India. Alhamdulillah, semoga dengan keputusan Interpol ini, adalah di harap pihak HINDRAF dan kumpulan nya menarik balik serta mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap Dr Zakir Naik demi menjernihkan hubungan antara kaum dan agama.
  1. Sebenarnya isu  mengenai  Tokoh  Ma’al  Hijrah  Malaysia  (2013)  ini  sudah bermula sejak 2012 apabila MCCBCHST membantah Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Kali ini, HINDRAF kelihatan mengetuai pseudo aktivis ini memohon satu perintah mahkamah  (daripada  Mahkamah  Tinggi  Kuala  Lumpur)  bagi  Ketua  Polis  Negara (IGP) untuk menangkap Zakir Naik. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Zakir adalah ancaman kepada keselamatan, keharmonian dan perpaduan negara ini. Perkasa beranggapan, tuduhan-tuduhan sebegini lebih bersifat prasangka dan prejudis tanpa ditunjukkan bukti-bukti yang kukuh. Apakah kejayaan dakwah beliau mengislamkan  ramai  umat  manusia  boleh  menjadi  ancaman  kepada  keamanan negara dan ketenteraman awam? Tidak pula mereka menyatakan hujah atau bukti, bagaimana Zakir boleh menjadi ancaman kepada negara. Satu perkara yang pasti, Perlembagaan  Persekutuan  membenarkan  pendakwahan  Islam  dijalankan  dalam negara ini oleh umat Islam dan pendakyahan agama bukan Islam tidak dibenarkan disebarkan kepada orang Islam dengan apa cara sekalipun.
  1. Perkasa juga telah mengadakan program perdana “Diskusi Intelektual Bersama Dr. Zakir Naik” di Universiti Malaya pada 15 April 2017 dan dalam majlis tersebut juga, beliau telah dianugerahkan Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
  1. Perkasa juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan Malaysia telah mengiktiraf sumbangan Dr. Zakir Naik kepada perkembangan Islam di Malaysia dengan memberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2013. Anugerah tersebut dikurniakan sendiri oleh DYMM. Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kerana sumbangannya kepada pembangunan Islam pada 5 November 2013.
  1. Perkasa menganggap tindakan Interpol itu sebagai amat tepat pada masanya kerana ini boleh membersihkan nama Dr. Zakir Naik daripada sebarang tuduhan yang melulu,  prasangka,  prejudis  dan   fitnah.  Alhamdulillah  dan  terima  kasih Interpol!

YBHG. DATO PADUKA DR. IBRAHIM ALI PRESIDEN

PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

18HB DEC 2017

JAM 10.00PAGI.

No Comments

    Leave a reply