KENYATAAN S.S DATO’SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR BERKAITAN ISU LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER (LGBT)

KENYATAAN S.S DATO’SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR BERKAITAN ISU LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER (LGBT).

Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT ini dianggap sebagai satu penyakit mental dan amatlah membimbangkan, kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang- pasangan.

Sebagaimana telah diciptakan oleh Allah S.W.T, lelaki pasangannya adalah perempuan. Begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina,
baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah hodoh.

Kesimpulannya, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W T di muka bumi ini berpasang-pasangan. lni
adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.

Berdasarkan kepada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W hukum
yang berkaitan dengan LGBT adalah jelas haram dan bertentangan dengan ajaran lslam. Melihat kepada impak negatif gejala ini dalam masyarakat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum
berkaitan isu-isu LGBT di antaranya :

1. Hukum Perkahwinan Mak Nyah Dengan Lelaki

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada
15 Jun 1993 memutuskan bahawa :
” Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan adalah tidak sah, kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara yakin. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki dikira haram, kerana
bertentangan dengan syariat lslam dan bid’ah.”

2. Hukum MenukarJantina Mak Nyah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada
15 Jun 1 993 memutuskan bahawa :
” Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan lslam kerana Allah S.W.T. melarang
mengubah kejadiannya, sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisa,
ayat 119 “.

3. Hukum Wanita Meyerupai Lelaki ( Pengkid )

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 1g
Mac 2009 memutuskan bahawa :
” Pengkid iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi lslam “.

Berdasarkan keterangan ini, betapa pihak Jabatan Mufti telah mengambil daya usaha awal menetapkan hukum yang jelas bagi mendidik dan memandu masyarakat lslam khususnya dengan gejala ini. Apa yang menjadi harapan kami agar masyarakat lebih peka serta perlu lebih penuh keimanan dalam memahami dan melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama, berautoriti dalam Negara kita jni.

Kami juga menyarankan agar sesiapa sahaja perlu menghayati apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah An Nahl ayat ke 43 yang bermaksud : Bertanyalah kepada ahli zikir bila kamu tidak tahu,,. Peringkat Allah S.W.T. ini menegaskan agar kita senantiasa bertanya kepada orang yang berautoriti, yang lebih memahami sekiranya kita tidak mengetahui atau tidak mengetahui atau tidak ada ilmu berkaitan sesuatu isu.

Atas neraca kebajikan dan kasih sayang dalam lslam, agar golongan ini tidak
terpinggir dan merasa seolah didriskriminasi maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangot pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Di dalam fatwa
tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO lslam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas{ugas membebas, mengurus, metindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam.

Antara senarai penerimanya adalah golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup sonsang iaitu :
1. Pelacur
2. Lesbian
3. Mak Nyah (Transexual )
4. Gay
5. Homoseksual
6. Gigolo
7. Biseksual
8. Pengkid
9. Tomboy
’10. Bersedudukan dengan orang bukan lslam

Jabatan ini juga mengucapkan tahniah dan jutaan penghargaan kepada agensi
agama lslam yang sangat komited dalam memperkasa penguatkuasaan pelaksanaan dan tindakan yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, no 3, Tahun 1995 iaitu di bawah Seksyen 10,27,28 dan 30.

Ketegasan ini sudah pasti akan dapat membantu menyekat dari terus menerus
gejala ini berlaku dan dalam langka panjang agar mampu mendidik masyarakat supaya meninggalkan tindakan{indakan yang secara jelas dilarang dan dimurkai oleh Allah S.W.T dan dilaknat oleh baginda Rasulullah S.A.W.

Adalah diharapkan, semoga kita senantiasa saling tegur menegur pada perkara kebenaran dengan penuh kesabaran. Sebarkan kasih sayang sesama muslim, hormatilah golongan para ulama’yang merupakan pewaris para nabi-nabi, agar kita layak mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T serta dijauhkan kita dari kemurkaan dan azab Allah S.W.T.

Sekian, Wassalam.

DATO’SETIA HAJI MOH AMYES BIN ABD. WAHID
Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor

3 September 2018
Shah Alam, Selangor

No Comments

    Leave a reply