Kepuasan seks tema erotisme kapitalisme”

Syarikat jenama kesejahteraan seksual terkemuka, Smile Makers ketika mengumumkan keputusan kajian mengenai kepuasan seksual wanita di Asia dan Eropah baru-baru ini memberikan kita gambaran menarik mengenai kepentingan seks dalam kehidupan manusia.Kepuasan seks tema erotisme kapitalisme”

Kajian itu mendapati bahawa dengan bangganya wanita Malaysia merasakan kepuasan seks menyebabkan mereka lebih disayangi (95 peratus), bahagia (92 peratus), menawan (83 peratus), kurang tekanan (83 peratus), cantik (77 peratus) dan sihat (61 peratus).

Wanita Malaysia turut menduduki tangga teratas dalam penilaian mereka terhadap seks apabila dapatan itu menceritakan bahawa 68 peratus adalah penting berbanding wanita Singapura hanya 47 peratus walaupun lebih rendah daripada Wanita Perancis (88 peratus).
Kajian ini akan memberikan semangat baharu kepada pengeluar bahan kosmetik dan makanan tambahan yang sekarang semakin membanyakkan mereka yang kaya sebagai usahawan di Malaysia. Persaingannya akan menjadi lebih hangat dengan pelbagai teknik dan kaedah sehingga boleh membentuk lebih banyak aksi dan reaksi.

Nampaknya keputusan kajian berkenaan juga akan membuka ruang kebebasan baharu kepada wanita Malaysia yang selama ini dilihat enggan bercakap mengenai seksual secara terbuka atas dasar malu dan tidak selesa berbincang kerana ia termasuk dalam kelompok rahsia peribadi.

Wanita Malaysia semakin terbuka mengenai kepuasan seksual mereka (79 peratus) dan 65 peratus menikmati kepuasan seksual serta boleh mengawal terhadap kepuasan sendiri (73 peratus). Apakah ini merupakan hasil pendedahan dan pendidikan yang mereka lalui berbanding sikap sebenar wanita-wanita yang tergolong dalam kategori generasi baby boomers?

(Wanita tidak malu bincang isu seks, Berita Harian (BH Famili), 21 April 2016).
Membicarakan mengenai kepuasan seksual dan kesannya kepada kehidupan merupakan tema yang tidak pernah berakhir selagi manusia memahami secara alaminya ia adalah keperluan. Tetapi, apakah kepuasan seksual hanya suatu tema yang hanya terhad kepada kepuasan semata-mata tanpa memikirkan apa risiko dan keperluan sebenar kenapa manusia diciptakan dalam bentuk kelainan jantina?
Persoalan ini tidak memberikan kita suatu rumusan kajian yang boleh dibanggakan kerana asasnya, Smile Makers merupakan syarikat pengeluar barangan bagi membantu sex games dan juga jenama kepada sebuah rangkaian klinik pergigian.

Eloklah dipetik sedikit promosi barangan seks yang dikeluarkan oleh Smiles Makers untuk kita ketahui memangnya pengeluar tersebut ada udang di sebalik batu, iaitu melariskan jualan dan mencipta lebih banyak alat-alat permainan seks, kononnya atas kemahuan meningkatkan kepuasan seksual, terutamanya dalam kalangan wanita.

We think sexual health and overall health are connected, and a cheeky grin is one of the most gorgeous things you can wear. In fact, we think of a smile as the ultimate cosmetic.There will be no grubby back alleys or seedy sex shops for us. Instead youll find our collection online at comeplaywithus.com and pretty soon in health and beauty departments all over the world, right beside your favourite beauty brands.
Thats because, from concept and design to packaging and approach, we want to make it a happy experience to find a play partner. Having a bit of fun should never be something youre made to feel awkward about, so were friendly, never take ourselves too seriously, and we promise to be nice to you. Every time. http://www.dezeen.com/2012/12/17/smile-makers-sex-toys-by-ramblin-brands/

Kajian yang dibuat dan sanggup membelanjakan jutaan ringgit mempunyai tujuan bagi memberikan alternatif kepada wanita bagaimana boleh memenuhi kepuasan seksual walaupun berjauhan dengan pasangan yang sah. Inilah yang diharapkan oleh pengeluarnya, yang akan memecahkan konteks hubungan seksual antara lelaki dan wanita secara sah. Memenuhi kepuasan seksual tidak perlu lagi bersama lelaki dan dijalinkan dalam suasana hubungan kasih sayang sepasang manusia secara sah.

Banyak alat-alatan tertentu yang dicipta selembut alat-alatan sebenar, dan boleh digunakan selama mana rasa keinginan itu timbul. Ia akan memberikan fantasi dan budaya sebegini semakin berkembang di Malaysia apabila kedai-kedai jualan barangan seks dan gantiannya sudah ada. Inilah budaya yang perlu dikekang daripada budaya dalam norma masyarakat, kerana ia akan melahirkan generasi yang tidak perlu lagi berkahwin secara sah, membina kehidupan berkeluarga, kepuasan seksual terpenuhi. Ia suatu peradaban baru yang semakin menggila, kapitalisme mengeksploitasi erotisme manusia.

Islam menetapkan tujuan kenapa lelaki dan wanita diciptakan sebagai saling melengkapi, bukan semata-mata untuk kepuasan seksual. Sebab itulah Islam melarang keras terhadap kepuasan seksual hanya semata-mata atas faktor keseronokan, keceriaan dan kegembiraan. Kepuasan seksual menurut pandangan Islam adalah wajib berlangsung dalam ikatan perkahwinan yang sah, sebagai kelangsungan generasi dan pengembangan generasi, kematangan emosi dan kesejahteraan hidup, ia bukan sebagai produk kapitalisme.

Monosin Sobri

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply