KERAJAAN PERLU SEDIAKAN INISIATIF DAN INSENTIF LAIN YANG LEBIH BAIK DALAM MENANGANI WABAK COVID 19

 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam (23 Mac 2020) adalah alternatif terkini walaupun terdapat pro dan kontra nya.

PUTRA juga menekankan keutamaan negara pada masa ini adalah meneruskan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

PUTRA sebagai pengimbang kepada kerajaan merasakan perlunya YAB Perdana Menteri mengadakan alternatif lain seperti membuat potongan Potong gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Exco Kerajaan Negeri sebanyak 30% dan menarik pelbagai elaun.

PUTRA juga melihat ini adalah tindakan yang perlu dilakukan dengan segera kerana ada dikalangan mereka ini juga masih menikmati elaun sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Malah ada yang memperolehi pencen sebagai Yang Berhormat. Sekiranya pemotongan sebanyak 20% elaun Ahli Parlimen dan15% elaun Ahli Dewan Undangan Negeri dilaksanakan ianya adalah tindakan terbaik.

PUTRA juga mencadangkan agar YAB Perdana Menteri memberikan insentif RM1000 untuk yang bergaji bawah RM3 ribu dan insentif RM500 yang bergaji atas RM5 ribu.

Inilah cara yang sepatutnya pentadbiran YAB Perdana Menteri lakukan demi membuktikan sikap benar-benar prihatin kepada rakyat dan negara.

PUTRA sentiasa bertindak sebagai badan pemantau yang memastikan pentadbiran Kerajaan Malaysia sentiasa cekap dan telus.

“Bertunjangkan Hak..Berpaksikan Kebenaran”

– Datuk Dr. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir
Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia (PUTRA)

No Comments

    Leave a reply