KESAL KENYATAAN MUJAHID CARA MEMBANTERAS MAKSIAT

 

HARI ini di kalangan sesetengah masyarakat kota tidaklah begitu peka sangat dengan masalah sosial yang berlaku di sekelilingnya. Di mana-mana kita dapat lihat anak- anak muda begitu bebas dan terbuka menunjukkan aksi sumbang mereka tanpa segan silu khasnya di taman-taman perumahan, di kompleks membeli-belah, tempat-tempat sunyi di kawasan perumahan atau flat.Hakikatnya dlm ilmu fekah menteri agama Datuk mujahid Yusuf Rawa ini sangat lemah.Dia tidak faham bahawa jabatan agama hanya buat serbuan sekiranya mendapat laporan. Bukannya pejabat agama mengintip kesalahan setiap orang. Kalayu salah tindakan jabatan jabatan agama sudah lama para ulamak kita menegurnya.

Inilah imej buruk yang amat kita kesali dan perlu dibersihkan seawal mungkin sebelum merebaknya perbuatan yang lebih hina iaitu zina dan kelahiran anak tanpa bapa yang lebih memalukan kita umat Islam.

Nabi s.a.w. memberi amaran dalam sabdanya yang bermaksud: Umatku masih dalam keadaan baik selagi perbuatan zina tidak melanda mereka. Apabila perbuatan zina sudah merajalela di antara mereka, Allah akan menurunkan seksaan-Nya pada mereka semua” (riwayat Ahmad).

Dan inilah juga antara sebab kenapa segala doa kita tidak diterima Allah s.w.t. sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sama ada kamu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran atau kamu puas berdoa tetapi langsung tidak dikabulkan.

Dosa adalah segala sesuatu yang menyalahi perintah Allah s.w.t., baik yang berkaitan dengan keharusan untuk meninggalkannya mahupun kewajipan untuk melakukannya.

Kerana itu, seseorang yang beriman akan berasa gelisah apabila melakukan perkara mungkar. Nabi s.a.w., bersabda yang bermaksud: Perbuatan baik adalah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang, sedangkan perbuatan dosa adalah perbuatan yang menjadikan jiwa goncang dan hati menjadi gusar, sekalipun kamu mendapatkan petua dari ahli fatwa (mufti) (riwayat Ahmad).

Sebenarnya sesuatu angkara kejahatan itu boleh mengundang bala bencana yang akan menimpa kita bukan hanya khusus kepada mereka yang melakukan kejahatan atau kezaliman. Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan takutilah fitnah atau bala bencana yang akan menimpa kamu semua dan bukan di kalangan mereka yang zalim sahaja (surah al-Anfal ayat 25).

Dalam masalah membanteras perkara maksiat ini masyarakat seharusnya tidak mudah keliru dalam masalah melakukan intipan (ketika membuat serbuan khalwat) oleh para pegawai penguat kuasa agama kerana mereka ada panduan undang-undang yang selaras dengan agama untuk memastikan perbezaan antara pengintipan yang dilarang dengan penyiasatan atau penyelidikan yang dibenar dan dituntut oleh agama.

Dalam soal pengintipan ini Allah s.w.t., dengan tegas menjelaskan dalam firma-Nya yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari- cari kesalahan dan keaiban orang dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain (surah al-Hujuraat ayat – 12).

Justeru sesetengah sangkaan itu ada juga asasnya maka sangkaan inilah yang ditapis dan disiasat oleh pihak berkuasa agama sedangkan dalam masalah penyiasatan pula Allah s.w.t. ada memerintahkannya dalam firman-Nya bermaksud: Wahai orang yang beriman! sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik dengan satu berita maka selidikilah (untuk menentukan kesahihannya) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan suatu kaum itu (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu mengenainya – sehingga kamu akan menyesali apa yang kamu lakukan (surah al-Hujuraat ayat 6).

Apa yang dapat kita fahami ialah semua berita itu perlu ditapis kemudian baru disiasat dan setelah ada buktinya barulah dibuat penyelidikan atau saringan dan setelah terbukti benar dan sahih barulah diambil tindakan sekalipun di tempat yang tertutup, dan setelah didapati benar-benar seseorang itu bersalah barulah dikenakan hukuman yang setimpal.

Khalifah ar-Rashidin Umar Al-Khattab r.a. yang dikatakan pernah melakukan pengintipan terhadap seorang belia dalam kawasan rumahnya. Pemuda ini beranggapan perbuatan Umar itu salah kerana pengintipan itu berlaku dalam kawasan rumahnya dan Umar r.a. sendiri tidak menceritakan dari mana sumber berita tentang salah laku pemuda ini dan juga tidak membawa sebarang buktinya. Lantaran itu Umar kemudian memaafkanya. Khalifah sebenarnya bukan mengintip tetapi menjalankan tugas rondaan pemantauan biasa.

Inikan pula penyiasatan oleh pihak yang berkuasa dengan cukup bukti dan laporan serta maklumat dan dilakukan di tempat terbuka pula. Pengnitipan seperti ini sebenarnya tidak dilarang kerana inilah apa yang dikatakan pemantauan dan pengawalan untuk mencegah kemungkaran dari merebak dan berleluasa dalam masyarakat.

Pengawasan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab itu adalah menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat dari apa jua bentuk atau bibit yang akan melahirkan fitnah atau bala bencana. Kita tidak sepatutnya membela keburukan yang menjadi musuh kepada kemajuan dan ketamadunan umat manusia itu sendiri. Lebih baik dari itu kita menadah tangan memohon petunjuk dari Allah s.w.t. mudahmudahan dihiasi hati kita dengan cahaya keimanan dan menjadikan kita benci kesesatan dan kemungkaran (maksud al-Quran surah al-Hujuraat).

Janganlah kerana kesilapan beberapa orang pegawai penguat kuasa agama, kita disuruh meninggalkan terus tugas murni yang digalakkan dalam agama kita sendiri. Sebenarnya gejala khalwat yang berlaku secara berleluasa itu datang dari tabiat buruknya sendiri.

Meskipun demikian mereka masih tidak sedar dan terus-menerus melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., baik secara institusi mahupun secara individu. Berbagai tempat maksiat didirikan dan dikembangkan secara terbuka. Kita harus mengembalikan jati diri kemerdekaan negara (Malaysia) yang terjadi kerana berkat rahmat Allah yang Maha Kuasa ini. Ini bermakna dalam setiap langkah pembangunan yang dilakukan haruslah benar-benar didasari oleh keimanan kepada Allah s.w.t. Hanya dengan keimanan yang kuat kepada Allah s.w.t. kita akan menjadi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh Mohd Shauki Abd Majid

No Comments

    Leave a reply