Ketaatan Ibadah Tidak untuk Dipamerkan

Kalau anda merasa dekat dengan menteri atau artis boleh lah dipamerkan, tapi kedekatan dengan Tuhan tidak untuk dipamerkan. Kenapa? Begini penjelasannya.

Kedekatan dengan sesama manusia itu hal yg wajar: dapat selfie, saling mention atau follbek. Tokoh atau artis itu juga manusia, sama dengan kita.

Hubungan sesama manusia melalui media sosia itu fitrah kita selaku manusia untuk saling mengenali, bekerjasama, dan silaturahmi. Oleh itu silakan dipamerkan di ruang awam.

Namun hubungan dengan Tuhan itu berbeza. Tidak untuk ditunjukkan apatah lagi dipamerkan menerusi media sosial, mengapa demikian? sebab ini berkaitan dengan hati yang paling dalam.

Semakin dekat anda dengan Tuhan, semakin anda hendak merahsiakannya. Semakin merunduk dan semakin merendahkan diri serendah-rendahnya.

Kalau tokoh atau artis memerlukan sokongan anda sebagai pengundi atau penggemar, Tuhan tidak memerlukan anda sebagai hamba apalagi kekasih. Kitalah yg memerlukanNya.

Tuhan tidak dibebani kewajipan mengabulkan pinta hanya kerana kita rajin beribadah.

Sejak bila Tuhan dapat dirasuah oleh ibadah kita amat kecil, atau oleh keluh kesah kita yg bising itu? Tuhan bebas semahu Dia.

Kita tidak dapat mendakwa sesebuah peristiwa berlaku disebabkan doa dan ibadah kita. Sebab itu kita tidak boleh mempamerkan terkabulnya doa kita di media sosial.

Mendakwa terkabulnya doa atau pamer kedekatan dg Tuhan itu malah menyerlahkan ego diri yang bukannya kita hendak singkirkan tetapi malah kita tinggikan.

Agama mengajarkan doa kebaikan, kita malah mendoakan orang lain celaka di media sosial. Agama mengajarkan kita menebar rahmat, bukan laknat.

Celakanya bukan sahaja pamer merasa dekat dengan Tuhan, kita juga bersorak atas musibah orang lain, seolah Allah mengazabnya. Tahu dari mana?

Tidak ada yang dapat memastikan musibah itu sebagai dugaan atau azab. Tidak ada yang boleh memastikan kejayaan atau kegagalan itu akibat doa kita atau orang lain.

Maka diperlukan kerendahan hati untuk mendekati Sang Maha Tinggi. Kita harus kosong dari keinginan agar hati kita dipenuhi oleh kehendakNya.

Siapa yang memelihara keinginannya, maka setan akan mengendarainya. Siapa yang berserah diri padaNya, maka Allah akan membimbingnya.

Siapa yang merasa dekat dengan Tuhan, maka Tuhan akan menjauh darinya. Siapa yang merasa suci, maka sejatinya dia sangat kotor.

Semakin dekat kita dengan Tuhan, akan semakin kita merasa kotor, bukan merasa suci; semakin merasa tidak layak, bukan malah pamer di media sosial.

Yang merasa bertindak atas namaNya, akan dihinakanNya. Yang merasa hamba padaNya, akan diangkat ke tempat yang mulia.

Yang merasa bodoh, akan ditambahkan ilmuNya. Yang merasa tahu segalanya, akan dipermalukanNya. Yang merasa faqir, akan diberi.

Sekali lagi, jebakan setan itu amat tipis. Kedekatan dengan Tuhan tidak untuk dipamerkan. Itu rahsia antara kita dengan Tuhan.

Kalau anda pamer rahsia anda dg Tuhan, itu ertinya anda tidak merasa cukup dekat denganNya, anda seolah masih perlu pengakuan orang lain.

Anda perlu pengakuan orang lain bahawa anda dekat dengan tokoh ternama, maka anda pamerkan, tapi anda tidak boleh pamer kedekatan anda dengan Tuhan.

dipetik dalam nadirhosen.net

No Comments

    Leave a reply