Ketika Ibadah Seumpama Perilaku Hamba Sahaya

Ketika menyembah Allah, tidak salah manusia mengharapkan sebuah ganjaran atau mengharapkan keselamatan dari segala bencana di dunia dan akhirat. Tetapi sesungguhnya bukan itu tujuan asas penciptaan manusia. Manusia diciptakan untuk menyembah-Nya semata tanpa syarat apapun.

Orang yang menyembah Allah kerana mengharapkan sesuatu dinilai belum menghayati perintah Allah yang melekat dalam sifat-sifat-Nya. Hal ini disinggung oleh Syekh Ibnu Athaillah dalam butir hikmah berikut ini.

من عبده لشيء يرجوه منه أو ليدفع بطاعته ورود العقوبة عنه فما قام بحق أوصافه

Ertinya, “Siapa saja yang menyembah Allah kerana sebuah harapan atau penolakan atas sebuah siksa melalui ibadahnya, maka ia belum menunaikan kewajipan sifat-sifat-Nya.”

Menerangkan hikmah ini, Syekh Syarqawi mengatakan bahawa orang yang beribadah disebabkan sebuah harapan tertentu sebenarnya hanya memikirkan diri (nafsu)-nya, bukan bagaimana menyempurnakan ibadahnya agar benar-benar ikhlas kerana Allah SWT.

 

بل هو قائم بحظ نفسه من جلب الثواب أو دفع العقاب بخلاف ما إذا عبده لأجل جلاله وعظمته وما هو عليه من محامد صفاته التى لا يشارك فيها إذ من كان كذالك يستحق أن يخدم بالعبادة فأنه حينئذ يكون قائما بحق أوصافه أي موفيا لها حقها… وفي الحديث لا يكن أحدكم كالعبد السوء إن خاف عمل، ولا كالأجير السوء إن لم يعط الأجرة لم يعمل

 

Ertinya, “Tetapi ia menunaikan tuntutan nafsunya berupa kehadiran pahala atau penolakan azab. Hal ini tentu berbeza dengan seseorang yang menyembah Allah kerana kebesaran, keagungan, dan sifat-sifat terpuji Allah lainnya yang hanya dimiliki oleh-Nya, mereka yang sudah demikian berhak untuk menyandang khidmat-melayani melalui ibadah sehingga ketika itulah mereka dinilai telah menunaikan kewajipan sifat-sifat-Nya, maksudnya memenuhi tuntutan sifat-sifat-Nya… Di dalam sebuah riwayat Rasulullah bersabda, ‘Jangan sampai salah seorang kalian berperilaku seperti hamba yang buruk di mana ia baru bekerja kerana takut (disiksa majikannya). Jangan juga kalian berperilaku seperti buruh yang buruk di mana ia tidak mahu mengerjakan kewajipannya sebelum diberi upah,’” (Lihat Syekh Syarqawi, Syarhul Hikam, Semarang, Al-Munawwir, tanpa tahun, juz I, halaman 69).

Yang perlu diberi penekanan ialah pesanan Rasulullah SAW agar umatnya tidak menjadi hamba dan buruh yang buruk. Hamba yang buruk hanya digerakkan oleh rasa takut kepada tuannya. Sementara buruh yang buruk digerakkan oleh upah atau imbalan yang dijanjikan sang majikan. Terlebih lagi buruknya adalah orang yang berpura-pura ibadah atau mengenakan simbol-simbol agama untuk kepentingan duniawi. Wallahu a‘lam.

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply