Ketika Rasulullah Ditampar Orang Badui

Dikisahkan dalam kitab Nawadhir, Hikayat 45 Mu’jizat Rasul halaman 46 karya Ahmad Syihabuddin Bin Salamah Al-Qulyuby, begini ceritanya:

 

Suatu hari Rasulullah SAW datang ke rumah putrinya Fatimah radhiallahu ‘anha, Rasul datang dalam keadaan lapar dan meletakkan batu di dalam perutnya. Malangnya putri kesayangnnya itu dalam keadaan yang sama dan tidak memiliki makanan sedikitpun di rumahnya, Fatimah belum makan selama tiga hari. Nabi pun keluar dari rumah kecil itu dengan rasa iba melihat cucunya Hasan dan Husain menahan lapar.

 

Nabi berjalan hingga berada di sebuah perigi di pinggiran kota Madinah. Dipandanginya perigi tersebut hingga datanglah seorang dari suku badui ingin mengambil air. Rupa-rupanya, orang badui Arab tersebut tidak mengetahui bahawa yang berdiri di tepi perigi tersebut adalah Rasulullah.

 

                                                                          فقال له : يا اعرابي هل لك في اجير تستاجره؟ قال: نعم

قال: تستاجره  بماذا؟ قال: يستسقي من هذا البءر , فدفع الاعرابي له الدلوا فدفع له ثلاث تمر

 

Nabi berkata: “Apakah engkau memerlukan perkhidmatan sewa?”

 

“Iya,” ucap orang Badui, disusul dengan pertanyaan, “Engkau akan menyewakan apa?”

 

“Perkhidmatan untuk mengambil air di perigi ini,” ucap Nabi. Pemuda tersebut memberi nabi baldi untuk mengambil air dengan upah tiga biji kurma.

 

Tak disangka-sangka ketika mengambil air, tali baldi terputus. Nabi berdiri dan terkejut melihat baldi yang jatuh ke dalam perigi. Badui itu marah besar, melihat pekerjaan Nabi yang belum selesai dan terhenti sebab baldi timba tak dapat dipakai untuk mengambil air.

 

Orang Badui itu marah dan menampar muka Nabi sambil memberikan dua puluh empat kurma pada Nabi. Tidak hanya itu, badui tersebut mengambil baldi dalam perigi dan melemparnya kepada Nabi.

 

Tak sedikitpun Nabi beranjak dari tempat berdiri atau marah pada penyewa jasanya tersebut. Nabi hanya tersenyum dan mengambil upah kurma yang diberikan oleh Badui.

 

Melihat sikap dan kesabaran Nabi itulah, Badui tersebut mulai berfikir, sambil terus melanjutkan perjalannya. Dia merasa pelik melihat sosok yang menawarkan perkhidmatan tersebut hanya diam ketika ditampar. Barulah Badui merasa ketakutan, dan mula menyedari seorang yang baru dia tampar adalah Muhammad.

 

Badui didera rasa bersalah, dan ketakutan hingga ia memotong tangan yang telah ia gunakan untuk menampar Nabi. Dia berjalan hingga sampai Masjid, banyak yang bertanya perihal tangannya yang putus.

 

فقالوا ما اصا بك ؟ فقال: لطمت وجه انسان, ثم ظننت انه محمد واخفت ان تصيبني العقوبة فقطعت يدي التي لطمته بها.

 

Aku telah menampar wajah seseorang, dan aku berfikir itu adalah Muhammad, aku takut akan tertimpa musibah, maka aku memotong tangan yang telah kugunakan untuk menamparnya.

 

Pemuda badui dari daerah pedalaman Arab itu terus berjalan sembari membawa potongan tangan kanannya, dan berseru “Wahai sahabat Muhammad, di manakah Muhammad masa ini?” jerit Badui itu di halaman Masjid.

 

Salman datang dan mengajaknya ke rumah Fatimah di sana, Nabi duduk sambil menggendong kedua cucunya Hasan dan Husain. Ketika melihat Nabi, wajahnya penuh rasa takut dan penyesalan.

 

            فلما راه قال: يا محمد اعذرني فاني لم اعرفك, .

 

Wahai Muhammad maafkan aku, aku tak tahu jika yang kujumai dekat perigi adalah dirimu. 

 

Nabi tersenyum, malah berkata jika pemuda badui adalah penyelamat bagi cucu dan anaknya Fatimah.

 

Mengetahui Nabi tak sedikitpun menyimpan rasa marah, pemuda badui mengajukan permintaan pada Nabi untuk mengembalikan tangannya seperti semula. Nabi memegang tangannya dan mengusap beberapa kali. Dengan izin dari Allah tangan kanan pemuda Badui tersebut kembali seperti semula.

 

www.nu.or.id

 

No Comments

    Leave a reply