Ketika Rasulullah Menangguhkan Keinginan Orang Memeluk Islam

Satu lagi peristiwa mencengangkan ditunjukkan Rasulullah pada masa penaklukan kota Makkah. Kota Suci dikuasai umat Islam. Musuh benar-benar tak berdaya. Tetapi, Nabi Muhammad memang punya cara-cara tersendiri dalam menghadapi bekas musuh-musuhnya.

Tak ada darah menetes di dalam ataupun sekitar Masjidil Haram. Penghancuran patung berhala di sekeliling Ka’bah pun dilakukan atas permintaan penduduk Makkah. Sejak awal, Nabi mengelak pelbagai bentuk kekerasan dan kerosakan kerana musuh tidak lagi menyerang.

Sikap lemah lembut dan tidak memaksa dalam peristiwa Fathul Makkah menghantarkan kemenangan yang gemilang. Musyrikin Quraisy berpus-pusu memeluk Islam, terutama setelah pemimpin tertinggi mereka, Abu Sofyan beserta ahli keluarganya secara suka rela mengucapkan dua kalimat syahadat.

Hanya saja, kesedaran tauhid tidak berlaku serta merta. Seorang panglima Quraisy bernama Shofwan bin Umayyah sempat memutuskan untuk masuk Islam tapi dibatalkan. Dia memerlukan sedikit masa untuk membulatkan niatnya itu.

“Berilah saya masa seminggu untuk berfikir, apakah saya harus masuk Islam atau tidak,” kata Shofwan kepada Nabi.

“Jangan seminggu,” jawab Nabi.

Shofwan terperanjat dan bertanya, “Apakah itu terlalu lama?”

“Tidak,” Rasulullah menyahut, “Terlalu singkat. Kuberi kau masa selama dua bulan. Apakah akan mengucapkan syahadat atau tidak. Fikirkanlah masak-masak sebab Islam adalah agama bagi orang-orang berakal dan menggunakan akalnya untuk berfikir. Tiada agama bagi orang yang tak memiliki akal.” (nu.or.id)

No Comments

    Leave a reply