Ketika Umar bin Khattab Menangis Kuat

Amirul Mukminin Umar bin Khattab dikenali sebagai sahabat yang memiliki watak yang keras, tegas, dan lugas. Beliau juga memiliki pendirian yang sangat teguh dan tidak segan-segan ‘menghunus pedang’ manakala ada orang yang menyakiti Nabi Muhammad dan menghalang-halangi dakwah Islam. Oleh itu, Beliau menjadi sahabat yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

 

Di balik perangainya yang begitu ‘keras’, Umar bin Khattab ternyata memiliki hati yang lembut dan mudah tersentuh. Bahkan, ada sebuah peristiwa membuat Umar bin Khattab menangis dengan suara yang sangat kencang.

 

Salah satunya adalah cerita yang diriwayatkan Ubaidillah bin Umar sebagaimana yang tertera dalam buku Tertawa Bersama Al-Qur’an, Menangis Bersama Al-Qur’an. Diceritakan, suatu hari Umar bin Khattab menjadi imam solat Subuh. Setelah membaca Surah Fatihah, Umar membaca Surah Yusuf. Ketika sampai pada ayat ke-84, Umar bin Khattab menangis keras hingga jamaah yang berada di barisan paling belakang mendengarnya. Umar pun tak kuasa untuk melanjutkan bacaannya.

 

Dan Yaqub berpaling dari mereka (anak-anaknya) seraya berkata: “Aduhai duka citaku terhadap Yusuf”, dan kedua matanya menjadi putih kerana kesedihan dan dia adalah seorang yang menahan amarahnya (terhadap anak-anaknya). (QS. Yusuf: 84)

 

Riwayat lain menyebutkan bahawa ‘Singa Padang Pasir’ menangis tersedu-sedu apabila membaca Surah Yusuf ayat ke-86. Yaqub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.”

 

Umar bin Khattab menangis kerana sangat menghayati makna Al-Qur’an. Dalam hal ini, Umar begitu meresapi kisah sedih Nabi Yusuf dan keluarganya hingga ia tak kuasa membendung air mata. (nu.or.id)

 

No Comments

    Leave a reply