Kimanis catat kemenangan kelima Barisan Nasional, majoriti 2,029

BEAUFORT – Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan kelima dan kali ini di Parlimen Kimanis selepas berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Cameron Highlands,  Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.

Calon BN, Datuk Mohamad Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,677 undi selepas selesai  penjumlahan keseluruhan 70 peti undi.

Kimanis dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Men itu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Karim ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada PRU14, namun kalah dengan majoriti 156 undi kepada Anifah, yang ketika itu bertanding atas tiket BN.

Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain daripada Parti Harapan Rakyat Sabah, Jaafar Ismail pula meraih 1,300 undi. – MalaysiaGazette

Sumber : malaysiagazette

No Comments

    Leave a reply