KITA JAGA RUMAH KITA

Jika rumah kita dimasuk pencuri, apakah tindakan kita?

Adakah kita akan biarkan pencuri ambil segala apa yang diinginkannya sehingga barang-barang berharga habis diangkutnya?

Apakah ketika kita kehilangan semua barangan berharga yang dikumpulkan bertahun lamanya itu dengan keringat dan jimat cermat akan hadir aktivis kemanusiaan dari seantero dunia tampil menggantikan kehilangan itu?

Ketika rumah kita dimasuki pencuri, di manakah wira-wira kemanusiaan itu berada? Mengapa mereka tidak hadir untuk membantu?

Apakah mereka hanya sekadar berkata: kenapa tidak kawal rumah sendiri; pasang CCTV atau gajikan pengawal keselamatan? Di manakah peranan ahli komuniti bagi membendung masalah itu? Kenapa tidak ada kesatuan penduduk atau rukun tetangga?

shot 6

Ironinya bila pencuri itu terbunuh kerana kita bangkit mempertahankan hak kita yang diceroboh, banyak kekesalan diperkatakan,  sehingga ada kes. Kita pula di dakwa ‘membunuh dengan niat’ dan ketika itu, di manakah aktivis kemanusiaan dengan suara lantangnya boleh berteriak: bebaskan si tuan rumah yang dituduh membunuh itu kerana mempertahankan hanya yang telah diceroboh?

Kita mungkin ingat peristiwa ini. “Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim Mahkamah Tinggi (Kuala Terengganu) Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Datuk Zainal berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.

Zainal Azman telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. (Astro Awani, 27 Mei 2018). Itu suatu kisah, yang mungkin akan berulang lagi walaupun ‘kita mempertahankan hak kita daripada diceroboh’ kerana kita ‘gagal menimbulkan keraguan munasabah’.

Ketika pihak keselamatan membuat pemeriksaan ke atas warga asing di Jalan Masjid India, menangkap mereka yang tidak ada dokumen sah, ramai pula aktivis kemanusiaan tampil mempersoalkan adab kemanusiaan yang patut dipertimbangkan sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkan nilai kemanusiaan yang jitu dan luhur. Ada pertimbangan berdasarkan naluri dan teramat paradoks.

Kumpulan ini tidak mentadbirkan sesebuah negara, maka pengetahuan yang ada hanyalah bersandarkan kaedah berfikir dalam satu bentuk kewajaran pandangan dan sikap. Pertimbangan sedemikian sepatutnya dibingkaikan terlebih dahulu dengan kefahaman mengenai hak yang ada dan dimiliki oleh sesebuah negara bernafaskan makna kedaulatan. Hak asasi dan kebebasan ada hadnya, kemanusiaan itu ada sempadannya. Kita sudah lama diingatkan tentang peribahasa agung kita: kalau berbudi jangan sampai tergadai body.

shot 2

Cuba kita fikirkan apakah tindakan mereka bagi menekan Myanmar ketika operasi pembersihan etnik dilakukan oleh junta tentera dan sami Buddha ke atas etnik Rohingya sejak negara itu meluluskan Citizenship Law pada tahun 1982. Mereka berusaha menghapuskan pertimbangan sejarah kerana dalam edisi mereka tidak wujud istilah Rohingya. Mereka amat bencikan etnik Rohingya kerana mereka beragama Islam dan Islam pernah muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Rakhine pada suatu ketika.

Kes Palestin juga menunjukkan kegagalan total aktivis kemanusiaan untuk menekan Israel yang menipu bahawa mereka kembali kepada Tanah Yang Dijanjikan. Siapakah yang berjanji dan siapa pula menjadi tali barut untuk mengusir penduduk asal di Wilayah itu sejak tahun 1948? Apakah benar ada bukti bahawa bumi Palestin itu adakah Tanah Yang Dijanjikan dan tidak berpenghuni? (Saya kagum dengan mendiang Edward Said (1935-2003) dengan pendiriannya terhadap Palestin (tanah leluhurnya) sebagaimana dirakamkan oleh David Barsamian, Pena dan Pedang, ITBM, 2015.

Apakah ketika penduduk Malaysia yang berasal dalam lingkaran nusantara yang diistilahkan dalam wilayah Melayu adalah pendatang kepada Tanah Melayu? (Boleh telusuri hujah sejarah itu dalam Zaharah Sulaiman, Wan Hashim Wan Teh dan Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda, UPSI, 2016).

Apakah dengan hanya bersandarkan sedikit bukti daripada prasasti yang dijumpai di Lembah Bujang menandakan bahawa orang India adalah penduduk yang terawal menetap di Tanah Melayu? Akibat ‘salah kontak’ M Kulasegaran menafikan kenyataannya bahawa orang Melayu adalah pendatang walaupun berkata “orang India sudah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Hindu dibawa oleh orang India ke Tanah Melayu. Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutama penemuan Sungai Batu di Kedah membuktikan hal ini.” (Berita Harian, 29 Julai 2018). Namun, rasisme pemikiran M Kulasegaran sekali lagi terkeluar ketika berkempen di PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan (2019).

shot 3

Apakah dengan mengubah nama-nama tempat dengan nama lain yang ada kaitannya dengan sastera dan budaya luaran yang dibawa oleh tetamu menunjukkan Pulau Pinang bukan diterokai oleh orang Melayu? Banyak fakta sejarah cuba diselewengkan dengan tafsiran baharu. Percubaan tersebut oleh DAP pada tahun 2008 menimbulkan polemik yang besar dan tidak dapat dimaafkan oleh orang Melayu. Antara tulisan yang membantah tafsiran tersebut ialah Ahmad Murad Merican, Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang, DBP, 2015)

Kesemua sikap dan pendirian itu membuktikan bahawa ‘tetamu’ berusaha untuk menyingkirkan warisan sejarah sebelumnya bagi menyatakan bahawa merekalah yang perlu diberikan hak yang sewajarnya. Ini kerana mereka sudah merasakan dirinya kuat, terutama kedudukan ekonomi yang besar. Daripada kekuatan ekonomi itu mereka berusaha untuk menguasai politik. Politik itulah yang akan memberikan kuasa untuk mengubah atau meminda apa-apa yang dilihat tidak selari dengan cita-cita besar mereka, termasuklah kuasa memerintah dan mematuhi kontrak sosial. (Khalid Salleh, Melayu Hilang di Dunia, Rentak Positif Sdn. Bhd. 2011.)

Beberapa hari lalu muncul sebuah video. Seorang pemimpin etnik Rohingya dikatakan telah menuntut haknya untuk mendapatkan kerakyatan daripada kerajaan Malaysia. Kebetulan pula, video itu tular beberapa hari selepas pihak berkuasa menghalang ‘penumpang kapal terapung’ yang mengandungi lebih 200 penumpang daripada mendarat di Langkawi. Pemimpin itu dikatakan marah atas larangan tersebut.

Video itu kemudiannya  didakwa palsu.  Tetapi, ia tidak bermakna ‘orang pelarian’ yang telah diberikan kad oleh UNHCR itu tidak besar kepala. Mereka sebenarnya semakin ‘kurang ajar’ atau biadab, bahkan dalam sesetengah keadaan menjadi masalah besar kepada masyarakat tempatan. Beberapa video lain turut tular, termasuklah gelagat kurang ajar Long Tiger. Long Tiger sudah ditangkap, tapi bagaimana pula dengan dominasi Rohingya di Selayang? Ia perlu diselesaikan dengan segera.

shot 4

Tindakan tidak membenarkan peniaga menggajikan warga asing tanpa dokumen sah, termasuk etnik Rohingya yang memiliki kad UNHCR wajar dipatuhi. Kerajaan diminta jangan melayan kehendak kapitalis yang menguasai Pasar Borong, kerana mereka bukan sahaja mencari untung besar di situ bahkan sedia mengeksploitasi PATI. Segala-galanya diharapkan selepas ini akan berjalan dengan baik, tiada lagi kebimbangan masyarakat setempat mengenai koloni Rohingya, Bangladesh mahupun Indonesia di negara ini.

Jika mereka berniaga, mereka menipu dalam timbangan. Jika mereka ramai, mereka menjadi biadap dengan tidak menghormati nilai dan budaya tempatan. Mereka terus berdegil dengan budaya dan nilai hidupnya yang kasar dan kurang ajar. Begitu juga dengan pekerja binaan keturunan Indonesia. Sebahagian besar mereka tidak memiliki dokumen sah, tetapi meminta upah begitu tinggi. Kualiti binaan mereka juga tidaklah sebagus kontraktor tempatan, dan ada cerita, kontraktor Indonesia ‘curi tulang’: kerja tidak siap, wang lesap.

Ada cerita mereka (PATI) bukan sahaja mencabar penduduk tempatan dengan kata-kata kesat, bahkan turut mengugut dengan ancaman akan merogol atau bertindak sekiranya dominasi mereka diganggu. Apakah wilayah Selayang itu sudah menjadi milik mereka? Bagaimana mereka boleh memonopoli perniagaan haram di bahu jalan Pasar Borong Kuala Lumpur? Siapakah yang membekalkan mereka bahan untuk diniagakan?

Bagaimana pula dengan kisah anggota polis dibelasah oleh pendatang tanpa izin ketika menjalankan tugas atau membuat rondaan? Mengapa koloni mereka tidak boleh disentuh atau diperiksa? (Berita Harian, 12 April 2020) Polis ditumbuk oleh warga asing kerana ditegur melanggar PKP. Pada bulan September 2015, seorang anggota polis cedera dibelasah dan pistolnya dirampas oleh sekumpulan PATI di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. (The Rakyat Post).

Apabila anggota keselamatan berusaha mencari dan membuat pemeriksaan di Plaza City One, ia dianggap tidak berperikemanusiaan? Berfikirlah, wahai aktivis kemanusiaan, walau apa pun sikap dan pendirian anda, pertimbangkanlah hak dan kedaulatan sesebuah negara. Anda sebenarnya tidak ada negara yang perlu diuruskan, kerana anda  bergerak dalam platform seumpama pokok kiambang. Nampak cantik di permukaan tetapi akarnya tidak menjejaki tanah.

Benar kata bekas Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi Negeri Sembilan, apabila ‘tetamu’ sudah terlalu besar, mereka semakin besar kepala (Baham Kita). Mereka menjadi biadab, tidak hormat budaya dan kehidupan masyarakat tempatan. Mereka sedang berusaha memaksa masyarakat tempatan menerima mereka, tetapi mereka pula tidak boleh beradaptasi atau menyesuaikan diri untuk menerima budaya dan nilai masyarakat tempatan. Itu adalah sesuatu yang pelek dan jelek. Sepatutnya, masuk kandang kambing mengembek dan tidak mengaum ketika berhadapan dengan reban ayam.

Inilah budaya yang sedang berlaku dan berkembang.  Masyarakat Malaysia semakin hanyut kerana lebih mengutamakan alasan kemanusiaan sehingga hilang pertimbangan kedaulatan dan haknya yang asal. Ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan pendatang asing atau orang pelarian yang diberikan ‘perlindungan sementara’ bahkan oleh rakyat negara ini yang pada asalnya adalah keturunan ‘pendatang’.

shot 5

Tidak siapa boleh menafikan. Orang Cina dan India berasal daripada kumpulan pendatang. Mereka dibawa oleh Inggeris untuk mengeksploitasi sumber ekonomi negara ini bagi kemakmuran ekonomi penjajah. Setelah merasakan kehidupan di Tanah Melayu menjadi semakin baik dan senang, mereka mula inginkan kehidupan yang lebih kekal di sini.

Orang Melayu boleh bertoleransi. Orang Melayu sedia memberikan kesempatan untuk hidup bersama dengan syarat mereka bersetuju dengan apa yang kita fahami sebagai kontrak sosial. Persetujuan itu membolehkan mereka diberikan kerakyatan.

Cerita awal itu ingin mereka hapuskan. Mereka mula berkata, kami bukan pendatang, kami adalah rakyat Malaysia yang sah. Maka kami berhak memperoleh apa yang sepatutnya sebagai warganegara. Memang, mereka ada hak tetapi mereka tidak boleh merombak persetujuan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, yang asalnya dikenali sebagai Kontrak Sosial. Kenapakah ramai di antara mereka tidak mahu memahaminya? Mereka sebenarnya sudah menderhaka kepada nenek moyang mereka sendiri yang menyetujui Kontrak Sosial. Generasi terkemudian menjadi terlalu selfish dan tamak.

Pejuang-pejuang hak asasi dan aktivis kemanusiaan: Fikirkanlah jika rumah anda dimasuki oleh orang lain, bukan penghuni sebenar, apakah tindakan anda? Apakah anda akan membiarkan ‘tetamu’ itu menggelidah dan mengambil apa yang mereka suka?

Jika anda tidak bersedia menerima akibat buruk dimasuki ‘tetamu’, anda tentu berfikir mengenai hak anda. Anda mempunyai ‘kedaulatan’ untuk mempertahankan diri dan harta, maka itulah tindakan Malaysia apabila tidak membenarkan ‘penumpang kapal terapung; mendarat di sini.

Dengan menunda ‘penumpang kapal terapung’ itu ke tengah lautan pertengahan April lalu tidak bermakna tindakan itu tidak berperikemanusiaan. Jika tidak berperikemanusiaan, pasukan keselamatan boleh lakukan seperti apa yang dilakukan oleh pihak tentera Myanmar. Mereka menembak kapal-kapal tersebut.

Jika anda merupakan aktivis kemanusiaan yang tegar dan tidak meroyan, anda sepatutnya ke Myanmar untuk mendesak atau memaksa kerajaan Myanmar tidak melakukan pembersihan etnik atau menekan etnik Rohingya. Mereka mestilah diterima sebagai warganegara, diberikan hak untuk hidup dengan aman dan Citizenship Law yang lama digantikan dengan yang baharu, dengan nilai kemanusiaan yang tinggi bersama hak dan kebebasan sebagaimana diperjuangkan oleh anda serta ditetapkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia.

rohingya 4

Jika anda benar-benar berjuang atas prinsip kemanusiaan, teruskan perjuangan anda tetapi jangan perlekehkan hak dan kedaulatan sesebuah negara dalam menentukan siapakah yang dibenarkan menjadi ‘tetamu’ dalam negara ini. Sesebuah negara akan diakui kedaulatannya apabila dengan tegas dapat menjaga haknya daripada diceroboh, seperti anda menjaga rumah anda daripada dimasuki pencuri.

Anda berhak menggajikan pegawai keselamatan di premis anda dan juga memasang CCTV. Malaysia juga ada hak sama ada menerima atau menolak sesiapa sahaja yang ingin masuk ke negara ini, berdasarkan peraturan dan undang-undang. Ini bermakna apabila pihak keselamatan mengesan, menahan dan menggelidah kawasan yang didiami oleh PATI, itu adalah hak dan pematuhan prinsip undang-undang sesebuah negara.

Tidak ada sebab aktivis kemanusiaan boleh menuduh tindakan itu zalim, kerana apa yang dilakukan adalah betul pada asasnya walaupun anda sedang berhujah tentang kesihatan awam. Ia dua perkara yang berbeza. kesihatan awam seumpama kita memasang CCTV di rumah. Jika CCTV tidak dipasang, bukan bererti kita tidak boleh menangkap pencuri yang masuk ke rumah kita.

COVID-19 adalah wabak penyakit berjangkit. Ia boleh menular dengan cepat dan usaha mengekangnya adalah tindakan yang berbeza dengan mengekang PATI. PATI tetap merupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana telah menceroboh ‘rumah kita’ dan menjejaskan ekosistem kehidupan masyarakat.

COVID-19 memang tidak diundang dan PATI juga tidak diundang. Kededuanya masuk ke negara ini tanpa memberi salam hanya berbeza ialah dari segi zahirnya. COVID-19 tidak nampak tapi impaknya adalah menakutkan. PATI disedari kehadirannya dan juga membawa impak yang juga menakutkan. Kededuanya memerlukan pengawasan setiap masa, kerana ia boleh ‘mematikan’ kesejahteraan hidup dan mengugat harapan untuk hidup aman dengan sihat, tidak berpenyakit serta tenang.

Salahlah apabila kita jaga rumah kita daripada dimasuki tetamu tanpa diundang? Bahkan, salahkah kita bila kita bertindak tegas ke atas ‘tetamu yang sudah lama ada di sini’ atas kesalahannya? Jika ia dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan, bersediakah anda untuk diperkosa oleh tetamu yang anda perjuangkan itu?

 

MONOSIN SOBRI

No Comments

    Leave a reply