KITA SENDIRI YANG MENGUBAH

Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak merubah keadaan suatu kaum yang berada dalam kenikmatan dan kesejahteraan,sehingga mereka merubahnya sendiri. Juga tidak merubah suatu kaum yang hina dan rendah,kecuali mereka merubah keadaan mereka sendiri. Inilah makna dari ayat al Qur’an surah Ar Ra’d 13:11. ” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “.

PRU Malaysia ke 14 telah berlalu. Kaum Malaysia telah buat putusan merubah apa yang ada pada diri mereka. Tahniah atau takhziah masa akan menentukan. Samaada 100 hari atau lima tahun sama2lah akan bersaksi dalam menikmati atau dalam derita. Yang pasti atau hampir pasti ialah apa yang selama ini menjadi ‘ taboo ‘ politik (polical taboos) sudah di nyahkan dari pemikran politik Malaysia (berasaskan undi popular). Antaranya ialah :

1. Malaysia tidak mahu di definisi menurut kaum dan agama terutama Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan. Hatta orang muda melayu menolak definisi negara menurut kaum dan agama seperti yang di lahirkan menerusi kotak-kotak undi saluran orang muda ( pertama dan kedua kali menggundi )

2. Orang melayu sudah boleh menerima konsep Malaysian Malaysia yang selama ini di momokkan oleh UMNO.

3. Bangsa/kaum Malaysia tidak lagi mahu di takuti dengan isu isu agama dan telah setuju yang persoalan agama adalah urusan peribadi. Malah pengundi Islam dalam sunami melayu telah menolak semua kempen menakutkan mereka tentang ancaman terhadap Islam

3. Konsep keadilan yang selama ini di perjuangkan oleh orang bukan melayu dan bukan Islam telah boleh di terima oleh pengundi muda melayu seperti tidak perlu nyatakan agama dalam kad pengenalan, peruntukkan samarata untuk semua agama, hak orang islam untuk murtad, LGBT mesti di iktiraf haknya dalam undang. Mahkamah syariah mesti mesti rendah statusnya dari makhkamah sivil. Di buang semua peruntukkan yang mewajibkan tempat sembahyang orang islam dalam premis perniagaan besar seperti di peruntukkan dalam undang-undang kecil kerajaan tempatan, di buang persyaratan jualan barangan tidak halal di sudut 2 terpencil dan lain-lain persyaratan yang menghalang perkembangan kemajuan negara.

4. Kemajuan dan amalan agama dalam negara hendaklah bersifat peribadi dan semua agama bebas menjalan kegiatan mereka tanpa di halang. Sentimen yang di taja selama ini oleh ektrimis agama atau kepentingan sempit parti UMNO dan PAS tentang agama selaian Islam seperti gerakan kristian evangelis telah di tolak hatta oleh pengundi Islam sendiri. Malaysia tidak oleh menghalang kemajuan mana-mana agama untuk nrnyebarkan agama mereka kepada sesiapa pun bangsa Malaysia, anak yang di lahirkan di Malaysia tidak secara autimatik menganut agama ibu bapanya. Mereka berhak menentukan agama anutan mereka bila sudah berumur 18 tahun.

5. Bangsa Malaysia melalui undi popularnya dalam PRU 14 baru baru ini tidak berhalangan supaya kerajaan baru di tubuhkan untuk menggubal atau meminda sebarang akta atau perundang yang menjadi penghalang kepada pembentukkan Malaysia baru.

6. Kempen-kempen negatif dari BN yang masih susah menerima pukulan kekalahan terhadap kononnya dosa-dosa dahulu atau kontradiksi pegangan Tun M, LGE, Mat Sabu dan lain tidak akan dapat mempengaruhi pengundi melayu yang telah dengan jelas menyahkan jauh jauh ‘taboo’ politik. Orang melayu hari ini bokeh menerima DAP, boleh menerima pemimpin bukan Islam dan boleh menerima gerakan agama kristian dan lain-lain aras dasar kebebasan ,keadilan dan liberalisma. Keputusan sudah dibuat. Apa saja yang mendatang akan dirasai bersama susuai dengan ayat al-Al-Quran diatas.

Catatan Ibnu Qayyum

No Comments

    Leave a reply