Lebih 40 Golongan Songsang Di Selangor Layak Dapat Zakat

Tanpa disedari, umat Islam di Selangor sejak tahun 2012 lagi sudah bantu 10 golongan songsang di negeri itu menerusi hasil bayaran zakat kepada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Perkara pelik itu namun hanya didedahkan stesen televisyen tempatan TV3 menerusi Buletin 1.30 hari ini walhal isu sensasi ini sudah disiarkan sebuah akhbar arus perdana, Utusan Malaysia pada 2012 tetapi tiada siapa yang sedar.

Lebih dahsyat, Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Tambahan No.14 diputuskan pada 14 Mei 2012 dan diwartakan kerajaan negeri itu pada 7 Jun 2012 ada lagi tambah hampir 30 golongan lain.

Berdasarkan warta tersebut yang ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor, Datuk Setia Mohd. Tamyes Abd. Wahid, golongan itu dimasukkan dalam asnaf al-riqab iaitu kumpulan kelima yang layak terima zakat.

Jawatankuasa Fatwa Selangor menyatakan kelompok terbabit dalam jadual senarai menurut subseskyen 48(6) enakmen itu atas dasar kasih sayang selain memulihkan kembali kehidupan mereka kembali kepada ajaran Islam.

Ini bermakna selain asnaf fakir, miskin, amil, mualaf, gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil, golongan al-riqab atau bermaksud hamba yang mahu bebaskan belenggu masalah dirinya itu juga boleh terima zakat daripada pihak LZS.

Bahkan mereka layak menerima bantuan zakat melalui perantara mana-mana institusi, pusat komuniti, badan bukan kerajaan atau individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang negara serta hukum Syarak.

Mohd. Tamyes dalam warta tersebut menyenaraikan asnaf al-riqab antaranya kepada kelompok masalah sosial yang meliputi penagih terbelenggu dengan dadah dan bekas penagih selain terbelenggu dengan masalah jenayah syariah.

Ini termasuk umat Islam yang ada hasrat bertaubat daripada minum arak, zina, judi, khalwat, buang anak, hamil luar nikah, sumbang mahram, persetubuhan haram, muncikari (ibu ayam), jual atau beri anak kepada orang kafir.

Turut disenaraikan layak terima zakat tersebut ialah mereka yang dalam kelompok terbelenggu dengan amalan salah Islam iaitu tidak solat, tidak puasa, buang anak, usaha ingin bunuh diri dan hidup bersama-sama pelacur.

Kelompok keempat pula ialah individu Islam yang terbelenggu dengan gaya hidup songsang iaitu pelacur, lesbian, mak nyah, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan bersekedudukan dengan orang bukan Islam.

Manakala golongan kelima meliputi mereka yang terbelenggu kes juvana iaitu gangster, jenayah harta benda, gaduh melibatkan kecederaan, rompak, pecah rumah, rogol, jenayah dengan senjata bahaya dan ugutan keganasan.

Penerima kumpulan keenam ialah mereka yang terbelenggu dengan penyakit kronik iaitu pesakit HIV/AIDS, kanser, tibi, hepatitis, dan lain-lain. Ada juga kelompok masalah akidah yang dibahagikan kepada dua kumpulan berbeza.

Kumpulan pertama disenaraikan layak dapat zakat asnaf al-riqab ialah yang terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat iaitu doktrin palsu, mengaku jadi nabi, hina Islam, pemujaan salah serta persendakan Al-Quran dan Hadis.

Sementara kumpulan kedua pula ialah bagi usaha pemurnian akidah orang Islam yang terpesong dengan melibatkan orang yang ingin murtad dan orang yang dalam proses Istitabah iaitu perintah bertaubat daripada perihal murtad.

Berdasarkan pengamatan, ada negara-negara yang telah alih peruntukan al-riqab ini kepada asnaf lain, misalnya di Arab Saudi. dengan alasan tiada lagi amalan perhambaan abdi seperti pada zaman dahulu sehingga boleh dijual beli.

Bahkan, Simposium Kedua Perbadanan Rasmi Zakat Sedunia pada 1989, telah mengeluarkan fatwa bahawa agihan zakat bagi asnaf al-riqab boleh diagihkan kepada asnaf lain (sila rujuk buku Fiqh Zakat Malaysia, halaman 227).

Namun, menurut pandangan fuqaha lain, keperluan ke atas perluasan definisi al-Riqab dapat beri manfaat kepada seluruh umat dan tidak sekadar sempit sebagai ‘hamba’ semata-mata; tetapi lebih luas meliputi pelbagai aspek lain.

Misalnya, ulama tersohor Dr. Yusuf al-Qaradawi di dalam kitabnya ada menyatakan bahawa para tawanan Muslim yang ditahan oleh musuh Islam boleh dibebaskan dengan menggunakan peruntukan zakat daripada asnaf al-Riqab.

Pandangan ini telah dikemukakan oleh Imam Ahmad. Begitu juga Sayyid Rashid Ridha telah kemuka pandangannya dalam kitab tafsirnya al-Manar, bahawa dana zakat juga boleh dikembangkan bagi bantu usaha golongan tertentu.

Ini termasuk kelompok umat Islam yang mahu membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajahan dan pandangan ini didokong oleh Syeikh Mahmud Syaltut (Hukum Zakat, halaman 592). – Agensi/Mynewshub.TV

No Comments

    Leave a reply