LGBT: Antara undang-undang dan moraliti

PERJUANGAN golongan LGBT pada dasarnya adalah suatu bentuk perjuangan yang dahagakan kepada pengiktirafan. Bukan sahaja pengiktirafan dari kaca mata undang-undang sebagai suatu perbuatan yang sah, tetapi mereka mempunyai ultimate goal, iaitu supaya pada akhirnya perlakuan mereka diiktiraf dan diterima oleh masyarakat sebagai suatu tabiie yang tidak mempunyai sebarang kontradiksi dengan moraliti dan dijadikan suatu normalisasi supaya masyarakat tidak lagi memandang enteng terhadap golongan yang terkongkong di dalam pagar kongkongan LGBT.

Moraliti dan undang-undang adalah perkara yang terletak didalam bakul yang berbeza. Jika undang-undang adalah suatu arahan yang digubal oleh pihak yang lebih superior untuk mengawasi segerombolan manusiawi, moraliti pula adalah suatu presepsi yang dipengaruhi oleh beberapa faktor yang digunakan untuk membezakan diantara yang baik dan yang buruk, dan digunakan sebagai alat timbangan sesuatu perbuatan sama ada ia seharusnya diletakkan didalam rak klasifikasi perbuatan bermoral atau dilempar ke rak klasifikasi perbuatan yang tidak bermoral.

Oleh kerana undang-undang adalah suatu arahan ciptaan manusia, walaupun sesuatu perkara yang dianggap jijik dan dianggap tidak bermoral oleh mesyarakat setempat sekalipun, ianya tidak mustahil untuk dicerna dan diterima dari perspektif undang-undang sesebuah negara, terutamanya apabila mereka yang menggubal tidak mempunyai sebarang timbangan syara’.

Tetapi jika sesuatu perkara yang mempunyai percanggahan yang kuat dengan moraliti masyarakat setempat, ianya agak sukar untuk diterima oleh masyarakat tersebut dengan mudah walaupun perkara tersebut adalah sah disisi undang-undang.

Ini kerana moraliti adalah perkara yang sangat berkait rapat dengan agama, budaya dan adat resam masyarakat setempat. Analoginya Jika moraliti adalah batang kepada sesuatu tumbuhan, akar-akarnya pula sudah pasti yang pertamanya doktrin yang dibawa oleh agama, kemudian budaya yang telah tersemat sekian lama, dan yang akhir adalah adat resam yang telah ditinggalkan kepada kita.

Oleh kerana setiap negara mempunyai perspektif terhadap agama, adat dan budaya yang berlainan, pandangan terhadap sesebuah perilaku sama ada ianya bermoral atau tidak berbeza bagi sesuatu negara dan negara yang lain. Di Malaysia misalnya, kita mungkin bertanggapan bahawa memakai kasut didalam rumah itu merupakan perkara yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk dilaksanakan dek akibat ketinggian akhlak yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita, juga dipengaruhi oleh agama islam supaya menjaga kesucian rumah sebagai tempat beribadat, tetapi perkara ini mungkin tidak dianggap sedemikian di negara lain kerana penafsiran mereka terhadap memakai kasut didalam rumah dalam konteks moraliti adalah berlainan dengan kita. Begitu juga sebaliknya.

Dan kerana tingginya pengaruh agama dan adat di kalangan rakyat malaysia dan bangsa melayu khusunya, adalah menjadi suatu kejanggalan buat kita untuk menerima kesalahan yang merupakan sesuatu yang jelas bertentangan dengan apa yang telah disebut didalam Al-Quran dan As-Sunnah dan bertentangan dengan adat dan budaya yang ditinggalkan oleh generasi nenek moyang kita. kerana ianya mempengaruhi pandangan moraliti kita terhadap seseuatu perbuatan. Walaupun jika suatu hari nanti, tidak ada lagi undang-undang untuk menghukum si perilaku LGBT tersebut, masyarakat tetap akan menghukum melalui ‘social sanction’ yang bakal dilemparkan kepada mereka.

Tetapi yang dikhuatiri adalah kerana tidak mustahil perkara yang tidak bermoral ini pada hari ini diterima oleh masyarakat sebagai perkara yang beromoral walaupun ianya sukar, terutamanya apabila berlalunya suatu jangka masa yang agak lama dan transisi generasi daripada generasi yang mengangkat kehidupan beragama dan adat budaya yang tinggi, kepada generasi yang mendambakan kehidupan yang lebih terbuka dan bebas dari nilai-nilai tersebut, kerana seperti tempat, moraliti juga bervariasi dari suatu masa ke masa yang lain.

Kita perlu tahu bahawa moraliti boleh mempengaruhi enforcement undang-undang sesebuah negara, dalam masa yang sama undang-undang sesebuah negara juga boleh untuk mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap sesuatu perkara sama ada ianya bermoral atau tidak.

Kerana itu dalam konteks polemik LGBT di tanah air sekarang, walaupun mereka sendiri sedar bahawa perjuangan mereka adalah suatu bentuk perjuangan yang akan ditolak oleh moraliti majoriti rakyat malaysia, tetapi kenapa mereka tetap memperjuangkan pengiktirafan dari sudut undang-undang?

Kerana mereka tahu bahawa melalui penerimanaan undang-undang, lambat laun ia mampu untuk membawa kepada penerimaan moraliti masyarakat kita, terutamanya golongan muda yang jahil dan jauh tersasar dari fahaman agama dan nilai-nilai konservatif.

Mana mungkin anak muda berjiwa rebellious yang tidak mempunyai apa apa timbangan syara’ untuk tidak terpengaruh dengan neraca undang-undang, jika undang-undang sendiri menghalalkan perbuatan LGBT?

Dan dalam konteks LGBT di malaysia kita perlu tahu bahawa mereka ini terbahagi kepada dua golongan:

Pertama adalah golongan yang melakukan kesalahan tersebut secara tersembunyi dan mereka sedar apa yang mereka lakukan adalah salah dari sudut undang-undang dan moraliti. dan golongan yang kedua adalah golongan yang memperjuangkan dan mempertahankan agenda LGBT secara terang-terangan dan berusaha untuk mengubah status quo dan penerimaan undang-undang terhadap perlakuan LGBT.

Seharusnya pendekatan kita terhadap mereka juga berlainan bergantung kepada golongan mana mereka berada, bukan membabi buta dan membakul sama rata antara kedua dua mereka, sama ada terlalu berhikmah terhadap kedua dua golongan atau terlalu berkeras kepada kedua duanya.

Kita perlu santuni golongan pertama dengan hikmah yang tinggi supaya mereka kembali ke landasan yang benar sepertimana yang disebut oleh imam hassan al banna didalam majmu’ rasail, dan kita juga perlu mempejuangkan hak beragama kepada golongan ini kerana kita yakin melalui keyakinan agama yang kukuh , ianya merupakan solusi kepada sebarang persamasalahan yang berlaku, walaupun bunyinya terlalu cliche

tetapi bagi golongan kedua seharusnya kita berkelakuan seperti orang yang mempunyai agenda dan dengan menggunakan ketegasan. Kerana mereka di seberang sana juga bukan calang calang orang yang tidak mempunyai agenda. Dan seharusnya agenda dilawan dengan agenda, bukannya dengan kelembutan yang tiada pokok pangkalnya.

Kerana itu sepatutnya kita mengakui kewujudan mereka, mengakui bahawa masalah lgbt memang benar berlaku di dalam masyarakat kita, dan mengakui orang yang mendokong ideologi ini benar benar berada di dalam pagar negara kita.

Kerana implimentasi terhadap apa apa tindakan untuk merawat sesuatu penyakit perlu dimulakan dengan mengakui bahawa penyakit itu wujud. Tetapi walaupun kita mengakui kewujudan mereka, kita tidak seharusnya mengiktiraf perjuangan mereka sebagai perjuangan yang sah

Jika Marina Mahathir menuntut supaya golongan LGBT mendapat hak yang sama seperti rakyat biasa seperti hak rawatan perubatan yang sama, hak untuk membuat laporan polis dan lain-lain sama seperti rakyat biasa. Silakan, kita tidak pernah menghalang.

Tetapi undang-undang di Malaysia masih lagi meletakkan LGBT dibawah perlakuan kesalahan. Dan seharusnya ia juga dilayan sama seperti pesalah yang lain dari sudut undang-undang jika kesamaan itu yang dituntut oleh beliau.

Dan untuk mendapatkan hak undang-undang, itu yang kami tidak bersetuju.

Sebab kami percaya ia mampu mengancam status quo Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan dan menimbulkan ketiadaan harmoni di kalangan masyarakat dalam negara, dan yang lebih penting kami khuatir perkara itu mampu membentuk selaput normalisasi terhadap penerimaan dalam konteks moraliti generasi yang akan datang.

Tidak cukupkah huru hara yang sedang berlaku sekarang?

Abu Ubaidah Zulkifli

Tags: ,

No Comments

    Leave a reply