Lima Fakta Menarik Perkembangan Muslim di Eropah

Muslim adalah minoriti di benua Eropah. Populasinya dianggarkan hanya 4,9 peratus dari jumlah penduduk Eropah. Namun di beberapa negara seperti Perancis dan Sweden, populasi Muslim cukup tinggi. Bahkan jumlah Muslim di negara-negara Eropah dijangka akan meningkat dua kali ganda -bahkan lebih- selama beberapa dekad ke depan.

 

Perubahan demografi ini telah menyebabkan pergolakan politik dan sosial di negara-negara Eropah, terutama setelah kedatangan jutaan pencari suaka baru yang kebanyakan adalah Muslim. Pada pilihan raya di Perancis dan Jerman, imigran Muslim menjadi isu utama.

 

Berdasarkan hasil kaji selidik Pew Research Center, berikut adalah lima fakta menarik tentang populasi Muslim di benua biru Eropah.

 

Pertama, Perancis dan Jerman adalah negara dengan populasi Muslim terbesar di Eropa. Sehingga pertengahan tahun 2016, terdapst 5,7 juta Muslim di Perancis atau 8,8 peratus dari populasi dan 5 juta Muslim di Jerman atau 6,1 peratus dari jumlah populasi. Sementara Cyprus adalah negara Eropah yang menyaksikan penyebaran Muslim begitu besar, jumlahnya mencecah 300 ribu atau 25,4 peratus dari jumlah keseluruhan populasi.

 

Kedua, populasi Muslim di Eropah terus meningkat. Pada pertengahan 2010 sampai pertengahan 2016, jumlah Muslim di Eropah meningkat satu peratus yakni dari 3,8 peratus menjadi 4,9 peratus atau 19,5 juta jiwa menjadi 25,8 juta. Bahkan, pada tahun 2050 populasi Muslim dijangka akan meningkat dua kali ganda menjadi 11,2 peratus atau lebih, bergantung pada seberapa ramai migrasi yang diizinkan masuk ke Eropah. Seandainya arus migrasi Muslim ke Eropah terhenti, populasi Muslim di Eropah tetap akan meningkat menjadi 7,4 peratus memandangkan jumlah belia dan tingkat kesuburan yang tinggi dari Muslim Eropa masa ini.

 

Ketiga, usia warga Muslim di Eropah jauh lebih muda dan memiliki lebih banyak anak daripada orang Eropah lainnya. Usia rata-rata Muslim di seluruh negara Eropah adalah 30,4, sementara orang Eropa lainnya adalah 43,8. Ertinya, usia warga Muslim lebih muda tiga belas tahun daripada rata-rata usia warga Eropah. Lima puluh peratus jumlah Muslim Eropah adalah berusia di bawah tiga puluh tahun. Sementara penduduk Eropah lainnya yang berusia di bawah tiga puluh tahun hanya tiga puluh dua peratus saja. Selain itu, umat Islam perempuan di Eropah rata-rata memiliki 2,6 anak. Satu peratus lebih tinggi daripada perempuan Eropah lainnya yang hanya 1,6 peratus.

 

Keempat, migrasi merupakan faktor terbesar yang mendorong pertumbuhan populasi Muslim di Eropah, terutama antara pertengahan 2010 sampai pertengahan 2016. Diperkirakan 2,5 juta Muslim datang ke Eropah untuk bekerja, belajar, dan lainnya –selain untuk mencari suaka. Sekitar 1,3 juta menerima atau diharapkan menerima status pengungsi dan membolehkan mereka tinggal di Eropah. Kelahiran adalah faktor sekunder daripada pertumbuhan Muslim di Eropah. Terdapat 2,9 juta lebih kelahiran daripada kematian pada tempoh ini.

 

Terakhir, pandangan terhadap Muslim sangat beragam di seluruh negara-negara Eropa. Pandangan yang dimaksud di sini adalah pandangan tentang umat Islam berkaitan dengan ideologi. Pandangan negatif terhadap Muslim berlaku di Eropah Timur dan Selatan. Namun, majoriti responden di Britain, Perancis, Jerman, Sweden, dan Belanda memiliki persepsi yang baik terhadap Muslim.

 

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply