MAHKAMAH TENTERA MESIR HUKUM 418 PENYOKONG IKHWANUL MUSLIMIN

CAIRO, Isnin – Sebuah mahkamah tentera Mesir menjatuhkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 25 tahun terhadap 418 penyokong Ikhwanul Muslimin kerana dituduh terbabit dalam keganasan pada tahun 2013.

Sumber kehakiman berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada 350 defendan yang tidak hadir, manakala 10 tahun kepada 68 defendan yang hadir.

Pihak berkuasa Mesir menuduh penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi yang digulingkan terbabit dengan aktiviti agresif sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa itu.

Mesir mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan menggelarnya sebagai pertubuhan pengganas pada Disember 2013 dan beribu-ribu penyokong didakwa kerana terbabit dalam insiden pencerobohan.

Dalam hal yang berkaitan, Kumpulan Sinai ISIS (sebelum ini dikenali sebagai Ansar Bait al-Maqdis) mengumumkan bahawa Abu Duaa al-Ansari, ketua kumpulan Sinai, telah terbunuh dalam satu kempen ketenteraan yang dijalankan oleh tentera Mesir.

Ketua jurucakap tentera Mesir, Brigadier Jeneral Mohammed Samir menyatakan bahawa ketua kumpulan Sinai ISIS dan 45 yang lain terbunuh dalam serangan bom di Arish.

Pada November 2014, Kumpulan Sinai berjanji akan setia kepada ISIS dan mengaku bertanggungjawab bagi kebanyakan serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan di Mesir. Sebaliknya, tentera Mesir dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri sedang menjalankan kempen intensif untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini.

#TANWIR Anti kekerasan.

Petikan Portal Islam dan Melayu (ISMAWEB) pada 22 Ogos 2016

No Comments

    Leave a reply