Mana Didahulukan Solat atau Makan?

Ketika perut dalam keadaan lapar sejak beberapa jam lalu dan makanan telah tersaji, tiba-tiba azan berkumandang. Mana satu yang kita dahulukan? Solat terlebih dahulu ataukah menyantap makanan agar kita solatnya lebih khusyu’?

Adapun sebuah hadits yg menjelaskan tentang ini:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ هِشَامٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا وُضِعَ الْعَشَاءُ وَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَابْدَءُوا بِالْعَشَاء.

رواه البخاري.

Ertinya:

“Aku mendengar ‘Aisyah radliallahu ‘anha (w. 57 H) berkata,, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (w. 11 H) bersabda: “Apabila makan malam sudah dihidangkan sedangkan shalat jama’ah sudah dibacakan iqamatnya, maka dahulukanlah makan”. H.R. Bukhari (w. 256 H).

 

Jumhur ulama memaknai perintah mendahulukan makan di sini dengan hukum sunnah.

Tetapi ulama berbeza pendapat; ada yang membatasi mendahulukan makan di sini dengan:

  1. Hanya untuk orang yang perlu makan ketika itu. ( Pendapat masyhur ulama asy-Syafi’iyyah ).
  2. Imam al-Ghazali menambahkan batasan dengan “apabila dibimbangi makanan itu akan bau/hilang”.

Bagaimanapun terdapat juga pendapat kalangan ulama yang tidak membatasi kesunnahan mendahulukan makan daripada solat (ertinya lebih baik mendahulukan makan daripada sholat dalam keadaan apapun), di antaranya; Imam ats-Tsauriy, Imam Ahmad, Imam Ishaq.

Adapun ulama lain yg berpendapat jika waktu solat wajib sangat sempit, sedangkan waktu shalat akan berakhir dan seandainya seseorang mendahulukan shalat, waktu shalat akan habis maka hendaknya ia mendahulukan shalat agar shalat tetap dilakukan pada waktunya.

Imam Ibn al-Mundzir menjelaskan pendapat beliau dengan berkata bahawa mendahulukan sholat di sini apabila hati kita tidak terpaut kepada makanan tersebut, atau terpaut tapi tidak ketika sholat, jika hatinya terpaut kepada makanan itu ketika solat, maka hendaknya mendahulukan makan baru kemudian sholat.

Adapun hikmah mendahulukan makan daripada sholat yakni:

Jika seseorang sangat lapar dan perlu segera makan,  keadaan semacam ini akan membuat ia tidak menumpukan sholat. Hatinya tidak tenang dan fikiran akan kacau bilau. Keadaan semacam ini mengakibatkan seseorang tidak khusyu’ dalam sholat,  sedangkan di dalam sholat seseorang perlu menghadirkan hati yang khusyu’. Oleh itu,  Nabi S.A.W memerintahkan untuk menyantap makanan sebelum menunaikan sholat agar hati boleh khusyu’ dalam menjalani shalat.

Dipetik dalam sarkub.com

No Comments

    Leave a reply