MASALAH SEKSUAL PUNCA PENCERAIAN

Sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, situa­si tersebut agak membimbangkan kerana statistik menunjukkan berlaku peningkatan pendaftaran pence­raian setiap tahun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, statistik menunjukkan pada 2012 sebanyak 29,253 pasangan mendaftar untuk bercerai, manakala pada 2013 pula sebanyak 29,583 pasangan dan angka tersebut terus meningkat kepada 33,842 pasangan pada 2014.

“Antara masalah yang menjadi punca utama mereka mendaftarkan penceraian ialah lemah didikan agama, faktor ekonomi, campur tangan orang ketiga, masalah seksual, masalah sosial, masalah kesihatan, masalah kerjaya, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi.

“Bagi tempoh sama juga seba­nyak 12,434 pasangan telah mendaftar untuk rujuk kembali, dalam hal ini semua pihak harus sepakat mencari penyelesaian bagi mengelak statistik penceraian di negara ini terus meningkat setiap tahun,” katanya.

#TANWIR-Cerai halal tetapi dibenci Allah.

No Comments

    Leave a reply