Masukkan Perjuangan Komunis Memerdekakan Negara Dalam Buku Teks – Aktivis

(Utusan) – Kerajaan digesa untuk menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya (PKM).

Menurut aktivis Fadiah Nadwa Fikri, perjuangan puak berhaluan kiri tersebut merupakan fakta yang tidak dimasukkan dalam buku teks sedia. Menurut Fadiah Nadwa golongan kiri turut sama berjuang untuk kemerdekaan negara.

Bercakap dalam forum Perlukah Kita Menulis Semula Buku Sejarah? Fadiah Nadwa berkata, fakta tersebut perlu dimasukkan ke dalam buku teks sejarah bagi memberikan kefahaman kepada pelajar dan masyarakat mengenai Malaysia sebagai sebuah negara.

Fadiah Nadwa juga mendakwa buku-buku teks sedia ada mempunyai fakta yang tidak tepat serta perlu diubah dengan memasukkan keseluruhan sejarah kemerdekaan negara termasuklah perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Sumber : Malaysiakini.net

No Comments

    Leave a reply