Media Barat putar belit hakikat Xinjiang

Sejak tahun lalu hingga kini, isu berkaitan Xinjiang paling kerap digembargemburkan media Barat. Namun apakah ia berdasarkan hakikat?

Media Barat enggan memberitahu anda bahawa Kerajaan China melindungi kebebasan agama dan kepercayaan, berteguh untuk menjaga hak dan kepentingan setiap kaum minoriti, melarang diskriminasi dan penindasan terhadap mana-mana kaum.

Terdapat hampir 200 juta penganut agama di China, termasuk lebih 20 juta Muslim. Kaum Hui dan Uighur antara dua kaum utama dalam Muslim di China.

Di Xinjiang ada lebih 28,000 tempat keagamaan, hampir 30,000 pengajar agama. Setiap 530 Muslim mempunyai satu masjid secara purata. Kadar ini lebih tinggi daripada negara Islam seperti Turki.

Kaum Uighur dan minoriti lain bukan sahaja tidak dianiaya di China, sebaliknya menikmati dasar dan kebajikan sosial lebih baik berbanding Han, kaum majoriti di China.

Dari segi dasar kelahiran anak, untuk memastikan nisbah populasi kaum minoriti ditinggikan, Uighur dan kaum minoriti lain menangguhkan pelaksanaan Polisi Pengawalan Kelahiran 10 tahun, berbanding Han.

Dari segi pendidikan, kebanyakan provinsi di China menjalankan dasar pendidikan wajib sembilan tahun percuma, manakala Xinjiang adalah provinsi pertama melaksanakan dasar pendidikan 15 tahun percuma.

Hampir 10 juta pelajar China menduduki peperiksaan kemasukan kolej setiap tahun, peperiksaan terpenting untuk ke universiti.

Markah pelajar kaum minoriti di Xinjiang serta kawasan lain dapat bertambah, paling banyak 50 hingga 60 mata. Ini bermakna pangkat pelajar itu akan mengatasi beratus-ratus ribu pelajar kaum Han.

Dari segi dasar pengebumian pula, keluasan purata tanah suai tani di China kurang daripada satu pertiga keluasan purata dunia dan harga tanah di bandar China sudah sampai tahap agak tinggi. Oleh itu, kaum Han mesti menjalankan pembakaran mayat, namun Muslim dibenar mengamalkan adat resam pengebumian menurut Islam.

Menurut media Barat, China menindas Uighur dan kaum minoriti Muslim lain atas nama memerangi keganasan dan fahaman ekstremisme, tetapi mereka enggan memberitahu anda bahawa:

Sejak 1990-an, Xinjiang khususnya kawasan selatan yang miskin diresapi fahaman keganasan dan ekstremisme, misalnya daripada Pergerakan Islam Turkestan Timur (ETIM) secara berterusan.

Sebilangan pertubuhan asing yang mempunyai motif terselindung menawarkan dana kepada keluarga tempatan untuk menggalakkan anak tidak belajar di sekolah ditubuhkan kerajaan, tetapi pergi sekolah agama yang haram dan menerima ‘pembaptisan’ fahaman ekstremisme.

Sesetengah pengikut fahaman pemisahan menganjurkan pemisahan Xinjiang daripada China dan menubuhkan ‘Negeri Turkestan Timur’ yang mengamalkan sistem ‘teokrasi’.

Dari 1990 hujung 2016, kumpulan pengganas, pelampau agama dan pengikut fahaman pemisahan dari dalam dan luar China mengadakan ribuan insiden keganasan di Xinjiang dan kawasan lain. Ini menyebabkan kematian dan kecederaan ramai orang pelbagai kaum, beratus-ratus polis terkorban dan kerugian harta benda tidak dapat dikira.

Tanggal 5 Julai 2009 dianggap hari paling hitam di Xinjiang. Ratusan pelampau agama Uighur menyerang orang biasa, pegawai keselamatan awam dan polis, serta menghancurkan dan membakar perbadanan kerajaan, rumah kediaman, kedai serta kereta di jalan bandar Urumqi, menyebabkan 197 maut dan lebih 1,700 cedera.

Keesokan harinya, Imam Masjid Id Kah di Kashgar, Xinjiang, iaitu Mullah Juma Tayier, mengutuk kejadian itu. Beliau kemudian dibunuh pelampau agama di luar masjid pada fajar 30 Julai 2014.

Oleh sebab situasi keselamatan semakin teruk, Kerajaan Pusat China dan kerajaan wilayah Xinjiang melaksanakan tindakan memerangi jenayah keganasan, memberi tumpuan kepada pencegahan keganasan dan penghapusan ekstremisme.

Akibatnya, sampai kini sudah tiga tahun tiada insiden keganasan berlaku di Xinjiang dan rakyat jelata boleh keluar berjalan-jalan serta ke pasar malam tanpa kebimbangan. Pada 2018, industri pelancongan Xinjiang berkembang pesat, jumlah pelancong dari dalam dan luar China mencecah 150 juta, bertambah 40 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Semua pelancong yang pernah mengunjungi Xinjiang merasai keamanan, keindahan dan kemakmuran di sana.

Kata media Barat, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional Xinjiang ialah ‘kem penumpuan’ di mana Muslim dipenjara dan mengalami ‘pembasuhan otak’ dengan zalim. Tetapi mereka enggan memberitahu anda bahawa:

Hakikatnya, Pusat Pendidikan dan Latihan Vokasional adalah seperti sekolah berasrama. Pelatih belajar di sana, boleh berkomunikasi dengan luar, balik rumah pada hujung minggu dan memohon hari cuti.

Mereka menguasai ilmu sains dan kebudayaan, kemahiran vokasional melalui kursus latihan. Selepas tamat pelajaran, mereka akan mencari rezeki dalam masyarakat dan memulakan kehidupan baharu semula.

Apabila delegasi Malaysia melawat ke sesuatu pusat latihan, mereka bertemu pelatih yang sedang mempelajari reka bentuk pakaian. Pelatih memberitahu ahli delegasi bahawa dia memohon melanjutkan pelajaran tiga bulan lagi untuk menguasai kemahiran dengan lebih baik.

Media Barat membesar-besarkan berita 23 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menuduh China tentang isu berkaitan Xinjiang pada mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2019. Namun, mereka enggan memberitahu anda bahawa:

Kebanyakan dalam 23 negara itu adalah negara Barat dan sekutu AS lazimnya. Antaranya tidak terdapat negara Islam mahupun negara membangun.

Media Barat tidak memberitahu anda bahawa, pada mesyuarat itu, terdapat 66 negara lagi dalam ucapan bersama atau sendirinya, memuji kemajuan China dalam bidang perlindungan hak asasi manusia dan dasar pentadbiran Xinjiang, serta menentang perbuatan campur tangan dalam urusan dalam negeri atas nama isu hak asasi manusia.

Laporan New York Times dan media Barat lain kononnya tentang ‘dokumen dalaman’ kerajaan China penuh dengan penipuan dan kekeliruan. Contohnya, laporan itu memfitnah kerajaan China melaksanakan dasar ‘No Mercy’ kepada rakyat Uyghur. Sebenarnya dasar itu adalah untuk kumpulan pengganas.

Media Barat tidak memberitahu anda bahawa sejak 2015 hingga kini, kerajaan China menerbitkan tujuh Kertas Putih untuk memperkenalkan secara terperinci tentang dasar kaum dan agama, langkah menentang keganasan dan kemajuan dalam bidang hak asasi manusia di Xinjiang.

Media Barat dengan sengaja mengabaikan laporan memaparkan keadaan benar dan positif tentang Xinjiang, sebaliknya berminat menggembar-gemburkan berita yang memutarbelitkan fakta.

Ini membuat orang tertanya-tanya, sama ada media Barat benar-benar peduli terhadap keadaan Muslim hidup di China, ataupun mereka hanya mempergunakan isu Xinjiang sebagai senjata untuk mengutuk China.

Sejak berlakunya peristiwa 11 September 2001, kerajaan AS memperkuat tindakan memerangi keganasan dan memandang diri sebagai pejuang antikeganasan. Namun apabila kegiatan keganasan berlaku di Xinjiang , AS mengatakannya sebagai ‘permulaan gerakan demokrasi China’, malah menyampaikan simpati dan memberikan dana kepada kumpulan pengganas ETIM. Apakah agenda tersembunyi di belakang ‘dua standard’ ini?

Bagi negara Barat yang menguasai kebanyakan media arus utama dan platform media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, mudah untuk menceroboh dan menyerang sebuah negara bagi tujuan politik.

Sebagai wakil negara membangun, China ditindas dan dihalang dalam jalan pembangunan oleh sesetengah negara kuasa besar.

Isu Hong Kong dan isu Xinjiang dijadikan alat mereka. Berapa fakta sengaja disembunyi di bawah dinding yang dibina dengan mesin pendapat awam negara Barat? Hal ini perlu diteliti pembaca.

Sejak hujung 2018, lebih 70 delegasi asing melawat Xinjiang. Antaranya terdapat pegawai kerajaan, wartawan dan perbadanan Muslim dari Malaysia.

Mereka mengenali keadaan pembangunan ekonomi dan masyarakat Xinjiang dengan pengalaman sendiri, serta mengunjungi Pusat Latihan Keterampilan dan Pendidikan Vokasional.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, menerbitkan makalah mengatakan, masyarakat Xinjiang sangat memelihara budaya, tradisi dan adat resam warisan etnik Uyghur, Kazakh, Hui dan lain-lain.

Pastinya China bukan satu negara yang menentang Islam. Tindakan kerajaan Xinjiang mencegah dan memerangi jenayah keganasan harus disokong.

Semakin ramai orang bersetuju dengan dasar kaum dan agama oleh kerajaan China yang bertepatan dengan keadaan sendiri, di samping itu menyokong usaha China mencegah dan memerangi ekstremisme dan keganasan.

Kami akan menjemput lebih ramai kawan dari luar negara termasuk Malaysia untuk mengunjungi Xinjiang supaya mereka melihat sendiri usaha kerajaan China mengekalkan keamanan, keharmonian, kestabilan dan pembangunan Xinjiang.

Semoga anda dapati hakikat yang mana media Barat enggan memberitahu anda.

Oleh Bai Tian (Duta Besar China di Malaysia)

Sumber :Berita Harian Online

No Comments

    Leave a reply