Melayu bangsa hebat

Melayu merupakan bangsa hebat yang telah dibuktikan menerusi beberapa hasil kajian sejarah dijalankan sebelum ini.

Penyelidik, penulis dan penceramah sejarah, Zaharah Sulaiman berkata, bangsa Melayu merupakan pentadbir dalam kegemilangan Empayar Melayu Funan (Kemboja), Champa, Kedah Tua, Srivijaya, Langkasuka hingga ke Empayar Cermin di Kelantan dan Kesultanan Melaka.

Katanya, bangsa Melayu juga membina puluhan kerajaan negara kota sebelum satu demi satu dicerobohi dan dimusnahkan oleh kuasa-kuasa besar Eropah dan kabilah jiran yang lebih agresif.

“Rumpun Melayu di nusantara dan Melayu Polinesia berjumlah lebih 400 juta, menduduki sekitar satu perenam muka bumi,” katanya dalam  program wacana ilmiah bertajuk Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda, di sini, semalam.

“Hakikatnya tidak begitu. Bangsa asing mempunyai agenda untuk menguasai bangsa dan tanah Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Zaharah berkata, dakwaan Melayu sebagai bangsa pendatang adalah tidak benar kerana kajian mendapati nenek moyang bangsa itu datang ke rantau ini lebih 60,000 tahun lalu, lebih awal berbanding penghijrahan manusia ke Yunan iaitu 40,000 tahun.

“Melayu Pribumi berasal sejak mula berlabuh di Benua Melayu Sunda,” katanya.

Sumber : Sinarharian.com

No Comments

    Leave a reply