MELURUSKAN FAHAMAN MUFTI WILAYAH BERKAITAN ISU SUMPAH

 

Setelah saya meneliti kenyataan amatur Mufti Wilayah tentang isu sumpah laknat mantan PM maka saya dapati fahaman Mufti Wilayah Persekutuan perlu diluruskan:

1. Dia mengesyorkan JAWI supaya menguatkuasakan larangan bersumpah di masjid sedangkan tidak ada sebarang Akta Pentadbiran Islam WPKL untuk melarang seseorg bersumpah di masjid. Dia jelas mahu melarang terhadap sesuatu perbuatan yang harus. Sedangkan pemimpin politik non muslim memasuki masjid dlm keadaan tidak menutup aurat di masjid WPKL tidak pula dilarang. Mufti tidak wajar memutuskan hukum dengan memilih bulu.

2. Amalan bersumpah di masjid merupakan amalan sunnah yang diharuskan. Jumhur ulama termasuk Imam Syafiie menganjurkan kita bersumpah di maqam Ibrahim, Minbar Masjid Nabi SAW atau bersumpah di dalam mana-mana masjid jika kes berkenaan berlaku di luar Makkah dan Madinah samada ia dibicarakan melalui mahkamah ataupun tidak. (Mukhtasar al-Muzani, Bab Tempat Bersumpah, Jld 8, hlm 417).

3. Mufti Wilayah juga mendakwa tiada sumpah laknat di dalam Islam. Kemudian dia u-turn dgn mendakwa sumpah laknat hanya melibatkan Li’an sahaja. Kenyataannya jelas kontradik dan boleh mengelirukan umat Islam. Mufti sepatutnya memberi pencerahan, menasihati dan memandu manusia ke jalan Allah. Bukannya mengeluarkan kenyataan simplistik, berbaur politik dan backup politician yang dipercayai terlibat dgn video semburit.

4. Ketahuilah bahawa dalam Islam terdapat sumpah atas nama Allah, sumpah Li’an (sumpah laknat menafikan kandungan isteri) dan sumpah laknat mubahalah bagi mempertahankan kebenaran. Sumpah dalam kitab-kitab Feqh disebut dengan Bab al-Ayman Wan Nuzur (Bab Sumpah & Nazar). Boleh rujuk surah Ali Imran ayat 77 dan hadis-hadis Nabi SAW, kisah Para sahabat RA berkaitan dgn Ayman dan Halaf (sumpah) dan seumpamanya.

5. Dalam kes DSN, beliau layak bersumpah laknat disebabkan pihak pendakwa terlebih dahulu membuat akuan sumpah terhadapnya dengan tuduhan beliau menghamilkan seorang wanita Mongolia.

Selain itu, ada juga akuan sumpah dari subjek utama pembunuhan wanita Mongolia bahawa DSN tidak terlibat dalam kes pembunuhan berkenaan. Sebenarnya kes ini telah selesai diperingkat mahkamah. Tetapi kini, banduan gantung mandatori itu kembali u-turn membuat dakwaan bahawa DSN mengarahkan kes pembunuhan berkenaan.

Jadi, demi melepaskan diri dari fitnah dan tuduhan jahat, maka DSN berhak bersumpah laknat bagi membersihkan tuduhan jenayah atas dirinya jika dia berada di pihak benar. Alhamdulillah, sumpah laknat berkenaan berlangsung pada hari Jumaat di Masjid Kg Baru dan di saksikan sejumlah umat Islam. So, perbuatan DSN sebenarnya telah bertepatan dengan hukum syarak dan pendapat Ulama muktabar. Walaupun ia tidak memberi impak kepada perundangan civil/syariah namun kita boleh melihat prinsip berani kerana benar dan takut kerana Allah berlaku di depan mata kita.

Alhamdulillah. Kaedah hukum syarak menjelaskan: “Orang yang mendakwa (wajib) mengemukakan bukti dan orang yang didakwa (jika tiada saksi dan bukti) maka dia hendaklah bersumpah. – hadis sahih.

So,bersabarlah untuk melihat hasilnya dalam ketentuan Allah SWT. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

6. Selain itu, Mufti Wilayah juga mendakwa mubahalah (sumpah laknat nekad) tiada dlm perundangan Islam. Bahkan dia secara konfiden mendakwa mubahalah hanyalah sumpah untuk menegakkan hujah dlm sesuatu perdebatan. Kenyataan ini amat dangkal. Ini kerana mubahalah bukan sekadar sumpah laknat antara Islam dgn bukan Islam sahaja. Sebaliknya ia turut merangkumi sumpah laknat antara golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah vs golongan sesat yang mengaku menjadi Tuhan, Nabi atau Rasul. Kes Ulama India vs mubahalah dgn Mirza Ghulam Ahmad Qadyani boleh dirujuk. Pengasas Ajaran kufur Qadyani itu mati beberapa bulan selepas mubahalah dgn mayatnya bergelumang dgn tahi.

Di Malaysia, kes Ayah Pin dan Haji Kahar yang mengaku Nabi pun boleh dibawa ber mubahalah sebenarnya. Saya sendiri pernah ber mubahalah dgn seorang wanita yang mendakwa dia sebagai Nabi Isa. Akhirnya wanita itu mati dgn kanser tahap 4 secara tiba-tiba. Tetapi semua ini tiada dlm Akta Pentadbiran Islam Negeri termasuk Wilayah.

Namun begitu, tidak beerti mubahalah tiada dlm perundangan Islam. Cukup bahaya apabila anda tidak tahu sesuatu perkara.. anda katakan: amalan ini tidak ada dalam Islam. Anda cuba menjadikan seolah-olah Islam itu sempit dan jumud. Allahu Allah!

7. Mufti sepatutnya membuat kajian atau homework terhadap sesuatu isu terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berkaitan tokoh politik. Hal ini penting supaya beliau tidak dikecam netizen, tidak memutuskan hukum secara salah, tidak menjatuhkan kredibiliti Mufti dan merosakkan reputasi dirinya. Bahkan posisi Mufti amat penting tidak dilihat sebagai alat politik.

8. Saya sendiri telah bermuzakarah secara bersemuka dengan Mufti Wilayah tentang isu akidah, pemikiran Islam, hadis dan hukum-hakam serta masalah kandungan buku-buku yang ditulis atas nama beliau.

Demi Allah, beliau tidak mampu menjawab hujah saya. Bahkan beliau hanya mampu meminta pegawai-pegawai beliau memberi respon ilmiah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Akhirnya, tauliah saya turut disekat beliau tanpa sebarang alasan.

Malah resolusi muzakarah pun masih belum dapat ditepati beliau walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu. Ternyata, imej warak dan kesufian yang ditonjolkan beliau sama sekali tidak dapat menutup doktrin kewahabian beliau sebagaimana yang terdapat dalam ucapan dan buku-buku yang ditulis atas namanya sama sekali.

Lastly, Jika Mufti tidak pandai menulis buku agama maka usah berlagak anda sebagai seorang penulis buku puluhan buku.

Jika Mufti tidak mengamalkan ilmu tasawuf usah berlagak sebagai seorang sufi.

Jika Mufti komited dengan ideologi Wahhabi maka usah mengkhianati Akta Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan dan jawatan Mufti Wilayah.

Jika Mufti minat politik kepartian maka elok bertanding dalam PRU 15 akan datang. Beliau boleh berjuang di lapangan seperti player Liverpool yang beliau agungkan.

Jika Mufti ada maruah diri, elok beliau meletak jawatan. Jawatan Mufti Liverpool masih kosong untuk diisi.

Dr. Zamihan al-Ghari
Striker Penjaring Terbanyak
Liga Putrajaya 2019.

Sumber : Facebook Ustaz Zamihan Al-Ghari

No Comments

    Leave a reply