Memaafkan Sebelum Diminta

SYEIKH SYU’AIB seorang  ulama dan khatib masjid Al Azhar mengkisahkan bahawa suatu ketika dia mengunjungi Imam As Suyuti sebelum beliau meninggal dunia dan meminta kepadanya untuk memaafkan mereka yang menzaliminya.

Imam As Suyuthi pun menjawab,”Aku sudah memaafkan mereka semua sejak  kezaliman itu menimpaku. Adapun aku menzahirkan permusuhan terhadap mereka dengan menulis sanggahan-sanggahan agar mereka tidak melakukan hal itu kepada selain diriku.” (Lawaqih Al Anwar Al Qudsiyah, hal. 417)

 

www.hidayatullah.com

No Comments

    Leave a reply