Memahami Kesunnahan Memanah yang Sebenar

Akhir-akhir ini ramai orang yang berlumba-lumba mengamalkan perkara-perkara yang dianggap sebagai sunah Rasulullah SAW. Semua perkara yang mereka baca dari hadis-hadis Rasul serta merta diamalkan dengan anggapan bahawa perkara tersebut merupakan sunah Rasul SAW.

Sebut saja memanah dan berkuda. Dua perkara ini menjadi hal yang sering diserukan menerusi media social bagi mengikuti kesunahan memanah. Perkara ini mencetuskan soalan di minda kita: benarkah memanah atau berkuda itu sunah? Sehingga sangat dianjurkan untuk dipelajari bahkan sampai dilakukan di dalam masjid.

Hanya ada beberapa hadis yang menunjukkan keutamaan memanah. Salah satunya yang diriwayatkan merupakan tafsir Rasulullah atas surat Al-Anfal ayat 60.

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ

Ertinya, “Bersiap sedialah bagi menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”

Setelah mengucapkan ayat itu kemudian Nabi mengulang-ulang sebuah kalimat sebanyak tiga kali untuk menafsirkan ayat dari Al-Anfal yang dibacanya.

ألا إِنَّ الْقُوَّةَ الرَّمْيُ

Ertinya, “Ketahuilah, sesungguhnya yang dimaksud dengan kekuatan itu adalah memanah.”

Dalam hadits lain sebagaimana ditulis Ibnu Hajar dalam Fathul Bari-nya juga dijelaskan keutamaan seorang pemanah yang masuk syurga kerana anak panahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir. Juga ada satu hadis lagi yang menjelaskan kerugian bagi orang yang mampu memanah tapi tidak mengamalkan kemampuannya. Bahkan dalam riwayat Ibnu Majah orang yang tidak mengamalkan kemampuannya dalam memanah dikatakan sebagai orang yang derhaka kepada Rasul (maksiat dan berdosa).

Tampaknya, hadis-hadis itulah yang dijadikan landasan kesunahan memanah sehingga beberapa pihak kuat mengkempenkan aktiviti memanah hingga menjadikan masjid sebagai tempat memanah.

Tentunya, masyarakat harus mengetahui bagaimana kategori sebuah tindakan Rasul itu sebagai sunah atau tidak. Kita harus membezakan antara sunah atau agama dan budaya dalam membaca hadis.

Membaca hadis di atas, pengarang yang memberi syarah Sunan Abu Dawud, Abdul Muhsin bin Hammad Al-Abbad mengatakan, hadis di atas diungkapkan kepada para sahabat pada masa perang mengalami kekurangan pasukan sehingga senjata yang paling berkesan untuk memenangi peperangan ketika itu adalah panah memandangkan panah adalah satu-satunya senjata yang ada masa itu.

Ibnu Hajar juga menekankan bahawa aspek penting dalam hadis-hadis di atas adalah kemampuan untuk mengalahkan musuh yang lebih berkesan. Maka Rasul pada masa itu melihat bahawa panah adalah senjata yang paling berkesan. Rasul akan sangat kesal sekali pada masa itu jika ada seorang pemanah handal tapi mensia-siakan kemampuannya.

Hal ini tentu sangat berbeza dengan senjata sekarang yang sudah semakin berkembang dan canggih. Bahkan masa ini juga bukan masa-masa perang sebagaimana anjuran menguasai memanah seperti yang dikatakan Rasul ketika itu.

Dalam kaidah memahami hadis, hendaknya kita dapat membezakan antara sarana yang berubah dan tujuan yang tetap. Dalam hal ini, panah adalah sebuah sarana, bukan tujuan. Sedangkan tujuannya adalah mampu mengalahkan lawan.

Sehingga dari penjelasan beberapa ahli di atas, kita simpulkan bahawa memanah adalah hanya sarana yang digunakan pada masa itu. Jika pada masa sekarang, ketika musuh menyerang kita dengan pelbagai macam serangan seperti persenjataan perang, serangan siber, kecerdasan dan keilmuan yang lain, maka perintah sunnahnya adalah menguasai sarana-sarana yang digunakan oleh pihak lawan itu, bukan hanya memanah.

Jika berlatih memanah dan ingin ahli menjadi pemanah, hukumnya hanya mubah. Tetapi menganggap pemanah menjadi sebuah kesunahan yang akhirnya menimbulkan perilaku tidak baik seperti berlatih di dalam masjid dan sebagainya apatah lagi menyalahkan orang yang tidak mampu memanah, itu adalah sebuah kesalahan. Wallahu alam. (M Alvin Nur Choironi)

Dipetik dalam www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply